Sokongan moral buat anak Prihatin
Anak kami ini sedang membuat kajian tentang kesejahteraan pelanggan bagi memenuhi keperluan tahun akhir pengajian Ijazah di bidang perniagaan mereka di UITM. Besarlah harapan kami kiranya anda yang ada ilmu, ada pengalaman atau idea dalam hal tersebut memberi buah fikiran.
Jika semua itu anda tidak ada, sumbangan paling minima ialah dengan satu klik untuk LIKE page dan status mereka. Jika kita tidak dapat sumbangkan ilmu, mungkin kita yang dapat menimba ilmu dari perkongsian mereka di page itu.
Selain perkongsian ilmu, sumbangan kecil kita insyaallah akan memberikan sokongan moral kepada usaha anak-anak ini. Sepanjang pengajian, beliau telahpun berdikari dengan melakukan perniagaan sendiri untuk membiayai pengajiannya. Lebihan hasil perniagaan itu malah mampu menambah tabung pembangunan RPWP. Sejak alam persekolahan dan peringkat diploma lagi, beliau telah berkorban untuk RPWP. Setiap kali cuti beliau akan bersama-sama bapa-bapa sukarelawan berpanas dan berhujan bekerja membangun komplek RPWP.
Sebelum ini beliau telah berjaya menamatkan kursus Diploma dengan CGPA melebihi 3.5 walaupun dengan menyertai ROTU. Walaupun dihalang menyertai ROTU oleh pensyarah yang inginkan beliau cemerlang dalam pelajaran di semester pertama, namun beliau gagahkan juga lalu berjaya mendapat CGPA 3.7.
INSYAALLAH, selepas selesai pengajian di peringkat tertinggi nanti, beliau jugalah yang akan bersama-sama anak-anak dan ibu bapa para profesional yang lain untuk mengendalikan ‘Sekolah Intergerasi Islam’ yang bakal kami lancarkan tidak berapa lama lagi.
Jika tidak keberatan, silalah klik link berikut untuk memberikan sokongan moral kepada group pelajar ini. Satu LIKE dari hujung jari anda amat berharga dari segi ilmiah dan moral kepada mereka melalui spirit jemaah Islamiah.
https://www.facebook.com/RaimieFaiz
Kami dahului sokongan anda dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.
WARGA PRIHATIN.
p/s:
Latarbelakang anak-anak ini boleh juga didapati dari link berikut:
http://prihatin.net.my/web2/2013/09/07/parenting-tips-10-ajar-anak-bekerja-elak-sindrom-anak-malas/
http://prihatin.net.my/web2/2013/08/29/pengorbanan-impian-seorang-ayah/