TANAM POKOK, SEMAI AKHLAK, TUAI JATI DIRI

Belajar daripada alam, membesar dengan pengalaman.
.
Gambar hiasan adalah hasil tanaman tembikai oleh seorang remaja berusia 14 tahun. Semuanya bermula dari cetusan dalaman yang menjadi azam (ikigai) lalu meminta izin dari murobbi untuk cuba menanam tembikai di Sudut Tani RPWP sehingga berhasil mengeluarkan buah yang boleh dituai.
.
Sebenarnya di sebalik sebiji tembikai itu, tersimpan banyak pelajaran kehidupan yang ingin kami kongsikan. Antaranya;
.
1. Penyediaan Tanah yang subur mengajar kita tentang pentingnya hati yang bersih daripada hasad dan dengki, agar benih kebaikan dapat tumbuh dengan sempurna.
.
2. Panas matahari mendidik erti kesabaran. Seperti tembikai yang memerlukan cahaya dan kepanasan matahari untuk menghasilkan kemanisan, anak-anak juga memerlukan cabaran untuk membentuk ketahanan jiwa dan kematangan diri.
.
3. Takwim Pengurusan air, baja dan merumput mengajar disiplin, tanggungjawab dan kesederhanaan. Tidak boleh berlebihan, tidak boleh pula diabaikan.
.
4. Penjagaan buah pula mendidik kita tentang ketelitian serta kepentingan ihsan, kasih sayang dan sikap saling melindungi.
.
5. Akhirnya, apabila tiba waktu menuai, kita belajar bahawa usaha perlu disertai kesabaran, doa dan tawakal. Kita berusaha menyemai, tetapi Allah SWT yang menumbuhkan dan mengurniakan hasilnya.
.
Inilah pendidikan kehidupan yang ingin kita tanamkan dalam jiwa anak-anak.
.
Dalam Kem Cuti Sekolah Disember ini (ARTCAMP-21), anak-anak bukan sekadar mengikuti aktiviti rekreasi dan latihan dalam kumpulan yang biasa. Mereka akan berpeluang mengenali dunia penanaman pelbagai tumbuhan dan penjagaan haiwan ternakan secara praktikal.
.
Dari sebiji benih menjadi pokok dan buah yang siap dimakan. Dari sebutir telur, menjadi anak ayam dan itik, sehingga proses sembelihan dan siap terhidang di meja, semua itu akan dikongsikan kepada peserta Artcamp-21 nanti.
.
Mungkin ramai ibubapa yang tidak tahu bahawa begitu ramai anak yang hanya mengenali ayam melalui hidangan di meja makan. Ada pula yang langsung tidak pernah memegang atau memijak tanah, apatahlagi menyemai benih atau melihat sendiri bagaimana makanan dihasilkan.
.
Artcamp akan memberi peluang untuk mereka mengenali kehidupan dengan lebih dekat. Kita bukan sekadar mahu melahirkan petani atau penternak. Kita mahu membina USAHAwan!
.
Anak-anak perlu belajar merancang, berusaha, mengurus sumber, menyelesaikan masalah dan menghargai hasil titik peluh sendiri.
.
Lebih daripada itu, pelbagai pengisian rohani dan aktiviti kem turut dirancang untuk membina jati diri, akhlak, kepimpinan dan kemahiran hidup.
.
MARI BERIKAN ANAK-ANAK PENGALAMAN YANG TIDAK SEMESTINYA MEREKA PEROLEH DI BILIK DARJAH.
.
Kerana pendidikan terbaik bukan hanya mengisi minda, tetapi turut membentuk hati, akhlak dan keupayaan menghadapi cabaran kehidupan.
.
INFO PENYERTAAN Kem Cuti Sekolah Artcamp (kali ke 21)
— 21-26 Disember 2026
— Penyertaan terhad kepada 100 peserta sahaja (separuh sudah terisi)
— Yuran: RM864 seorang
.
Pendaftaran dan pertanyaan:
WhatsApp: +6011-2328 4212
Info lanjut: www.snap.my (http://www.snap.my/)