TUN DR HASMAH : PERGINYA TAK KEMBALI, TAPI PELAJARANNYA KEKAL DIINGATI

Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali masih ‘bersama kita’ dengan pelajaran besar buat para isteri.
.
Selain merupakan figura wanita yang amat dihormati melalui sumbangannya sebagai perintis perubatan luar bandar; beliau juga pejuang kebajikan masyarakat, serta ikon kerendahan hati yang menzahirkan makna sebenar ‘Isteri Teman Sepanjang Hayat.’
.
Sebagai salah seorang doktor wanita Melayu terawal di Malaysia, beliau mengabdikan usahanya demi meningkatkan taraf kesihatan ibu dan anak di kawasan luar bandar dengan penuh keikhlasan. Sifat keibuan dan keperhatian sosialnya terus disalurkan melalui pelbagai aktiviti kebajikan yang memperkasa golongan wanita serta kanak-kanak. Dalam pada itu, peribadinya yang sentiasa merendah diri dan anggun mencerminkan imej wanita berilmu yang berjiwa besar.
.
Kesemua kebaikan ini berjalin erat dengan peranannya sebagai pendamping setia Tun Dr. Mahathir Mohamad selama lebih enam dekad. Beliau bukan sahaja menjadi tiang keutuhan dan sokongan emosi sewaktu suaminya mengemudi negara, malah sanggup berkorban dalam menguruskan rumahtangga demi memastikan keharmonian keluarga kekal terjamin.
.
Kedalaman cinta, kesetiaan dan sifat saling menghormati yang ditunjukkan hingga ke penghujung usia menjadikan perjalanan hidup beliau sebagai lambang keindahan ikatan teman sepanjang hayat yang menginspirasikan masyarakat. Tugas dan peranan seorang isteri di sisi suami merangkumi tanggungjawab emosi, fizikal dan kerohanian untuk membina rumahtangga yang harmoni (sakinah, mawaddah, wa rahmah).
.
Dari uswah baik allahyarhamah, kita yang menjadi saksi akan peranan-peranan utama beliau sebagai seorang wanita, terutamanya sebagai seorang isteri:
.
1. Teman Sokongan Emosi dan Mental
Isteri berperanan sebagai tempat suami berlabuh dan meluahkan rasa selepas berdepan cabaran di luar. Memberikan ketenangan, kata-kata semangat dan menjadi pendengar yang baik sewaktu suami mengalami tekanan adalah sokongan terpenting dalam mengukuhkan emosi suami.
.
2. Pendamping dan Rakan Kongsi Kehidupan
Kehidupan berumahtangga memerlukan kerjasama dua hala. Isteri berdiri bersama suami dalam membuat keputusan penting, saling menasihati dengan kesantunan, serta menjadi rakan setara dalam mengharungi suka dan duka kehidupan.
.
3. Pengurus dan Pelindung Keharmonian Rumahtangga
Isteri membantu menguruskan hal ehwal kediaman, mentadbir harta suami dengan amanah, serta menjaga kerahsiaan dan maruah rumahtangga. Apabila suami keluar bekerja, isteri menjadi benteng utama dalam memelihara kehormatan diri dan keluarga.
.
4. Ibu dan Pendidik Anak-Anak
Dalam membentuk generasi, isteri memainkan peranan penting sebagai ‘madrasah’ pertama bagi anak-anak. Bersama-sama suami, isteri menyemaikan nilai moral, agama dan kasih sayang dalam pembesaran anak-anak.
.
5. Pendorong Kebajikan dan Kerohanian Suami
Isteri yang baik sentiasa mengingatkan dan menggalakkan suami ke arah kebaikan, sama ada dari sudut ibadah, hubungan sesama manusia, mahupun integriti dalam kerjaya.
.
6. Menjaga Hubungan Kasih Sayang
Memelihara kemesraan, penampilan diri dan komunikasi yang lembut membantu mengekalkan kehangatan cinta serta mengeratkan ikatan lahiriah dan batiniah antara suami isteri.
.
7. Menjadi qurrota a’yuun (penyejuk mata, penenang jiwa, penyenang hati) seperti yang termaktub di dalam Surah alFurqon 25/74:
“Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah bagi kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami orang-orang yang bertakwa dan pemimpin.”
.
Jika sebagai seorang isteri menjalankan fungsi diri, sebagaimana seorang suami menjalankan fungsi diri masing-masing; hanya saling bekerjasama, saling merima dan saling melengkapi; pasti akan sama-sama bahagia hingga ke hujung nyawa serta dirindui walaupun selepas ajalnya tiba.
.
Semoga pengakhiran kita hanya yang baik-baik, untuk semua.
.
Mardhotillah.
WARGA PRIHATIN
– Gambar sisipan, janaan AI untuk Ibu Negara yang dirindui