Gadis 15 Tahun dirogol kekasih berulang kali

rogolRogol kekasih, buruh akhirnya ke penjara & disebat!

Kuala Terengganu, 20 Mei 2014 – Seorang buruh dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan empat sebatan oleh Mahkamah Sekysen kerana mengaku salah atas kesalahan merogol kekasihnya berulang kali pada petengahan Jun hingga September tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Azlan Nordin, 20, beralamat di Dungun mengaku salah selepas pertuduhan dibaca oleh Hakim Mahkamah Sekysen, Mohd Azhar Othman semalam.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu berusia 19 tahun dikatakan merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun 3 bulan di sebuah rumah kosong tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun jam 12 tengah malam pada petengahan Jun 2013.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh merogol mangsa dilokasi yang sama pada petengahan September 2013 jam 12 tengah malam.

Mangsa mendakwa tertuduh telah merogolnya berulang kali ketika dirumah lelaki berkenaan dan mangsa turut menerima ancaman daripada tertuduh sekiranya enggan melakukan hubungan dengannya, dia akan mengamuk di hadapan rumah datuk mangsa.

Akibat tidak tahan dengan perlakuan tertuduh, mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 17 Oktober tahun lalu dan tertuduh ditahan jam 2.20 pagi di kediamannya di Kampung Bahagia, Tok Kah, Dungun pada 7 November 2013.

Mohd Azuan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Azhar memerintahkan tertuduh menjalani hukuman serentak bagi kedua-dua pertuduhan.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.
SUMBER: KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor