Fenomena Mengutuk Pemimpin bukan Ajaran Islam

Perangai mengutuk pemimpin dan Sultan secara terbuka sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Itu bukan cara Islam, semua Muslim tahu akan hal itu. Jika Muslim amal tabiat itu pastinya ia tidak layak mengaku Muslim. Tapi itulah hakikatnya, semacam tidak ada apa salahnya dengan tabiat hudoh itu, yang kini rata-rata menjadi amalan ekstemis Muslim.

FB, tweeter, blog, YouTube penuh dengan pelbagai gambar-gambar, video, kata-kata rencana dan macam-macam material kutukan yang melampau secara terbuka, TETAPI DI BELAKANG PEMIMPIN. Semua itu berbaur hasutan, mengajak orang membenci. Yang dikutuk akan kekal dengan tabiat yang menjadi bahan kutukan terhadap beliau. APA KESUDAHANNYA?

Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Ironinya, dulu seluruh bangsa di Malaysia menghormati institusi Raja dan Menteri. Apabila Melayu Muslim mulakan, maka menari-narilah umat yang lain, dalam dan luar negara ikut memukul gendang kutukan sewanang-wenangnya.

WARGA PRIHATIN mengajak agar kita berhenti dengan tabiat itu. Tidak kiralah samada kita golongan partisan maupun yang kononnya sedang berceramah agama ke sana ke mari. Bukan berhajat untuk kita menelan saja segala kebatilan, tetapi mengajak agar menggunakan kaedah yang berhemah, mengikut pendekatan Al-Qur’an dan Sunnah untuk memperbetulkan sebarang kesilapan.

Sekali lagi ditekankan, DEBAT akan menerbitkan ideologi bantah membantah, sentiasa berlaku cadang dan bangkang. “berbantah-bantah akan melemahkan kamu” (Firman). “Tegakkanlah Diin, dan jangan kamu berfirqah-firqah”(Firman).

Jalan penyelesaian ialah SYURO.
Sumber dalil NAQLI. Satu surah Allah nukilkan dalam Al-quran yang kononnya kita junjung (Bukunya) tapi tidak kita amalkan Hidayah dariNya. Mari ramai-ramai fikirkan dengan fakta yang jelas, apa kesalahan dan keburukan pemimpin, apa pula kebaikan mereka yang kita sukai. Cari saluran yang betul untuk kita sampaikan kepada mereka secara tertutup.

BERHENTILAH MENGERUHKAN KEADAAN MELALUI KUTUKAN LIAR.

al-Qur’an diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia, dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah al-Qur’an” (Hadis).
Taati Allah dan taati Rasul dan Ulil amri di kalangan kamu, dan jika ada perselisihan, kembalikan kepada Allah dan Rasulnya (al-Qur’an dan Sunnahnya)” (Firman).
Jika tidak dari Allah, pasti banyak khilaf” (Firman).
Sesungguhnya was wis (bisikan jahat) itu adalah perbuatan Syaitan” (Firman)

Akhlak ialah mengikut kehendak al-Kholiq (pencipta). Cara paling beradab ialah mengikut saranan Allah melalui kitabnya al-Qur’an.
Lawan berADAB ialah BIADAB.

Mari sama-sama kita renungkan dan sama-sama buat ISLAH (pembaharuan pendekatan) agar amal kita menjadi amal yang SOLEH (berhasil dan membawa pembaharuan ke arah kebaikan). Jika tidak, amal usaha kita untuk memperbetulkan pemimpin akan jadi sia-sia (surah al-Asr), “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (kerana menyalak dengan cara itu akan menjadikan usaha kita sia-sia, menang jadi abu , kalah jadi arang), keculi orang yang beriman dan beramal SOLEH, dan mereka nsihat menasihati dengan kebenrn, nasihat menasihati dengan kesabaran

TERLALU BANYAK UNTUK DI UNGKAPKAN TENTANG INI. BERHENTILAH MENGUTUK, MELALAK, MENULIS, MELUKIS GAMBAR DAN LAIN-LAIN SECARA TERBUKA. IKUTLAH APA YANG DI ANJURKAN OLEH AL-QURAN DAN SUNNAH.

Keluhan dan seruan
WARGA PRIHATIN