ULANGTAHUN KE 9 RPWP

00 ulangtahun rpwp
Alhamdulillah. Terima kasih Allah

Setiap menjelang tarikh Maulidurrasul maka RPWP juga turut menyambut ulangtahun penubuhannya. Ini kerana ia turut lahir pada tarikh itu iaitu 12 Rabi Al-Awwal 1426 – bersamaan Khamis 21 April 2005. Alhamdulillah, BERSYUKUR KAMI KEPADA ALLAH, tahun ini genap sudah 9 tahun mengikut kalender Hijrah usia RPWP.

ALHAMDULILLAH. Berkat istiqomah dan khusyuk dalam menyusun dan melaksanakan takwim, segala yang diusahakan mula menampakkan kejayaan zahir dan batin, rohani dan jasmaninya.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menyampaikan ucapan hari Ulangtahun kepada RPWP sejak beberapa hari lalu.

4 WARGA TURUT MENYAMBUT ULANGTAHUN HIJRAH YANG SAMA

Yang lebih menariknya bagi kami ialah tarikh Hijrah itu adalah bersamaan dengan tarikh kelahiran mengikut kalender Hijrah untuk 4 ahli keluarga Dr Hj Masjuki Hj Mohd Musuri, Pengasas Warga Prihatin. Berikut adalah tanggal kelahiran insan istimewa tersebut,

Ayahanda Dr Hj Masjuki Hj Mohd Musuri (Ayah 53 th) : 11 Rabi Al-Awwal 1382 (Ahad 12 Ogos 1962)

Nurhani Masjuki (Hani 15 th) : 12 Rabi Al-Awwal 1420 (Sabtu 26 Jun 1999)

Nur Afiah Masjuki (Kak Apiah 17 th) : 14 Rabi Al-Awwal 1418 (Sabtu 19 Julai 1997)

Abu Rijal Masjuki (Ijal 11 th) : 14 Rabi Al-Awwal 1424 (Khamis 15 Mei 2003)

Warga Prihatin turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Ayahanda, Hani, Kak Afiah dan Abu Rijal. Sama-sama kita doakan agar semuanya dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan fizikal dan mental untuk bersama-sama kita semua dalam usaha bakti membangun generasi dan agama.

Semuga Allah sentiasa melimpahkan taufik dan hidayah kepada kita semua, serta meredhai dan memberkati segala usaha kita selamanya.

Dengan rendah diri ingin kami ucapkan terima kasih kepada kira-kira 67 Ribu penyokong Warga Prihatin yang telah memberi sumbangan ilmu, sokongan moral maupun material kepada KAMI selama ini.

INSYAALLAH apa yang kita beri akan kembali semula nikmatnya kepada kita dan keluarga kita, dalam sedar maupun tidak, dalam nyata maupun tersembunyi. Semuga kita sama-sama mendapat redha Allah dan keberkatannya.

Amiin, Amiin, Amiin Ya Robb al-Aalamiin.

PERUTUSAN ULANGTAHUN
Warga Prihatin

16 Rabi Al-Awwal, 1435