Live Update – Ziarah Kasih Misi Kemanusiaan & Pembelajaran Alam (101 photos)

00 melaka
Live Update – Ziarah Kasih Misi Kemanusiaan Pembelajaran Alam RPWP kali ini adalah ke Rumah Nenek Rom, seorang ibu tunggal dan warga Emas di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Melaka. Misi memperkenalkan alam dan mendidik akhlak anak-anak untuk menghormati dan berbakti kepada warga emas, orang sakit, OKU dan ibu tunggal.

Nenek Rom adalah ikon tokoh ibu dan isteri yang telah sekian lama kami ambil uswahnya untuk ikon pendidikan akhlak anak-anak nisak kami. Beliau kini sedang sakit Rheumatism yang parah dan buah pinggang yang agak kritikal. Bahagian dapur rumah Mak Rom rosak ditimpa pokok durian, sama seperti rumah Chenta Kasih Dayana baru-baru ini. Cucunya, anak seorang ibu tunggal yang sedang menuntut di kolej pula mengalami kemalangan yang agak serius dan memerlukan bantuan hayat.

Berjiran dengan Nenek Rom ialah Mak Usu, seorang lagi warga Emas dan ibu tunggal dan anak angkatnya seorang OKU yang juga sedang sakit. Mak Usu adalah ikon insan prihatin dari hujung desa yang kami ambil uswah darinya untuk memberi motivasi kemanusiaan kepada anak-anak kami.

Semuga kami berjaya membentuk sifat prihatin anak-anak dan dapat sedikit sebanyak meringankan beban hidup dan membahagiakan insan-insan yang terbiar sendirian ini.

Rancangan menziarahi nenek Rom pada 27 Disember lalu telah tertangguh. Kali ini berpuluh-puluh warga diserang Denggi pula. Mulanya kami rasa tidak dapat meneruskan rancangan ke dua ini akibat wabak Denggi yang melanda. Namun akhirnya kami buat keputusan bertawakkal untuk meneruskannya juga. Kira-kira 10 warga terpaksa tidak ikut serta kerana demam dan setengahnya di wad. Sampai saja di Melaka, 5 daripada anak-anak yang ikut telah turut demam dan terus kami hantar ke hospital Melaka. Seorang darinya ditahan di wad malam tadi.

Team pertama telah tiba pagi semalam untuk membantu persiapan awal di rumah nenek Rom. Rombongan besar sampai dengan sebuah bas dan 4 MPV jam 7.15 malam. Unit pertama bas terpakai ini telah kami beli atas ikhsan Syarikat Candid Syndrome milik Saiful Nang dan hasil sumbangan wakaf bas oleh pembaca yang prihatin dan budiman.

Saiful Nang sendiri tidak dapat ikut serta kerana ditahan di Wad bersama anaknya Orked akibat Denggi. Apapun Kambing Australia yang disumbangkan oleh Folower beliau dari Australia selamat di BBQ untuk santapan anak-anak malam tadi.

Semuga amal ibadah dari khidmat bas ini turut dirasai ganjarannya oleh semua yang turut mewakafkan harta mereka, biar apapun jumlahnya. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan unit bas yang kedua.

Kami akan update melalui gambar di album ini dari masa ke semasa Insyaallah.

— at Kampung Tanjung Rimau Dalam.