Tegar Yang Asal – Subhanallah anak ini Memang Berbakat

9 JUTA TELAH MENONTON KLIP VIDEO INI

Subhanallah, Suara anakanda Tegar “Pengamen Cilik” yang kini jadi jutawan memang lunak. Tegar Septian (11) kini kewalahan menerima tawaran persembahan kerananya.

Admin ambil inisiatif untuk edit suara rakaman kasual handfone sewaktu Tegar membuat aksi `mengamen’ di jalanan dengan memasukan kesan echo. Anda tidak akan percaya dengan bakat semulajadi yang ada pada anak ini.

Kita ada banyak contoh yang baik, beberapa artis yang bersyukur dengan bakat dan rezeki yang Allah kurniakan. Mereka menggunakan kurnia itu untuk kebaikan. Mendendangkan lagu lagu nasihat dan mengajak peminat ke arah kebaikan, Alhamdulillah.

Tetapi banyak juga contoh tidak baik tentang golongan artis cilik sebegini. Ada yang dulunya susah, kemudian dengan bakat menjadi artis terkenal. Lepas tu hanyut dengan kemewahan dan berakhir di pusat pemulihan dadah. Ada yang terpapar gambar atau filem lucah mereka, bersepah di internet… Masyaallah.

KESUSAHAN HIDUP Tegar sebelum ini tidak kita ketahui dan tidak mampu kita di sini menolongnya. Kini Lagu “Ku Yang Dulu… Dulu Ku Susah” kini menjadi siulan anak anak di merata Nusantara. Syukur kerana Tegar terlepas dari kemiskinan tegar. Kita tidak membayar royalti dengan persembahan beliau tetapi syarikat rakaman telah cukup meraih rezeki bagi pihak beliau.

Cukuplah dengan sumbangan doa kepada beliau agar dapat bimbingan penjaga yang beriman. Semuga wajah sejuk dan suara lunak anak ini boleh memberi hidayah kepada dirinya sendiri dan mempengaruhi ratusan ribu anak-anak pengamen lain di Indonesia dan para peminat beliau amnya mendekatkan diri kepada Allah.

Banyak Pelajaran dari sejarah anak ini. Mungkin sebab itu TV3 ketengahkan beliau.

Bandingkan kedua dua versi semasa beliau jadi PENGAMEN (pengemis jalanan) dengan rupa yang sekarang dalam dua klip yang disatukan postingnya ini.

Yang kami bimbang ialah kejutan budaya dan syndrome LUPA DIRI. Sama sama kita doakan agar beliau tidak terpesong dengan kekayaan yang terjadi dengan sekelip mata.

Dulu kita hanya dapat saksikan kehebatan bermain gitar kecil begini dari orang orang Mexico sahaja. hari ini kita lihat kehebatan anak kecil tempatan. Parenting Tips mengambil fakta bahawa bakat yang di asah secara istiqomah begini boleh mengkagumkan hasilnya.

Mari berfikiran positif dan tanpa prejudis mendoakan TEGAR. Kesusahan tidak selamanya. Dengan izin Allah dan usaha kita, apa pun boleh berlaku.

Ini Klip video beliau yang sekarang.

Kami suka tengok wajah beliau sewaktu mengemis berbanding dengan wajah sekarang. anda semua bagaimana?