Selagi Umat Islam Tidak Bersatu Ia Akan Gagal Menyatukan Umat Lain
Perpecahan umat Islam bermula sejurus selepas zaman wafatnya Nabi saw. Perang Jamal menyaksikan 12,000 umat Islam gugur, perang Sifin 90,000 umat terbunuh, dibunuh sesama sendiri.
Agenda perang saudara diteruskan oleh Iran vs Iraq, Iraq vs Kuwait dan begitulah juga kita di sini. Kenapa kita tidak pernah sedar dan serik..??? perlukah kita meratapi nasib Palestine vs Israel jika kita masih seronok melayani nafsu perpecahan yang tidak berkesudahan ini?
Ini adalah sekadar nasihat membina, ikhlas untuk semua yg berfikiran terbuka. tidak berniat untuk kondem sesiapa. Sekadar menuntut tindakan serius ke arah perpaduan yg sebenar. Kita telah banyak membuang masa, belanja dan tenaga bercakaran sesama sendiri. Semakin hampir pilihanraya, maka perpecahan dilihat semakin nyata. Ayuh bangkit lah dari lena. Takutlah pd ancaman Allah… perpecahan ini mempamerkan sikap kita yg menentang Allah terang terangan.
Jika Islam itu persaudaraan, maka perpecahan tanda kita tidak Islam, oleh itu mari kita muhasabah diri kita, masih Islam kah kita? ayuh renung ke dalam diri masing-masing.
Isu ini sedang dibincangkan di FaceBook Warga Prihatin. Sila Klik text ini untuk mengikutinya.