RENUNGAN MALAM JUMAAT

Ini bukan masa untuk banyak sembang
Ini bukan masa untuk sembang kencang.
Ini bukan masa untuk bermuka-muka
Ini bukan masa untuk berbangga dengan bangsa…

Ini masa untuk kita laksana apa yang kita kata…
Ini masa untuk kita kembali kepada agama..

Tapi malangnya itulah pula kerjabuat kita….

Kerja orang politik … bercakap
Kerja orang agama … bercakap
Kerja orang kampung… bercakap.

Leka kita bercakap, anak isteri dan negara kita kena rembat…
Lebih banyak kita bercakap, lebih banyak perpecahan umat…
Lebih lama kita bercakap, lebih ramai anak bangsa yang merempat…

Oleh itu semakin banyak kita bercakap, semakin Allah meluat…
Kerana kita hanya banyak bercakap, tetapi kita tidak berbuat…

QS: 61. Ash Saff 2-4. “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”.

Hari ini yang suruh meninggalkan rasuah malah lebih besar rasuahnya…
Yang suruh orang bersatu malah membuka parti baru…
Yang suruh orang berjimat, dialah juga yang bermewah dan merembat dana umat…

Hentikanlah pura-pura dan amalan fasik kita…
Akuilah kegagalan dan kelemahan diri kita…

Kembalilah kepada kebenaran dan kehebatan ilmu Allah, Pengatur Yang Esa…

Renungan Malam Jumaat
MASJUKI – 30 Julai 2015

[fb-e url=”https://www.facebook.com/DrMasjuki/photos/a.726298680807818.1073741828.726257017478651/728199720617714/?type=1&fref=nf]