RAHMAT DARI AMALAN MEMINTA IZIN

Islam menyarankan budaya syuro dalam cara hidup umatnya. Ada satu surah khusus dinukilkan sebagai ketatapan manual kehidupan berkaitan syuro. Islam juga menetapkan adab terhadap pemimpin dan ketua (murobbi, ulil amri) umatnya. Salah satu dari disiplin itu ialah berkaitan izin.

Jika kita perhati betul betul antara punca kecelaruan dalam masyarakat kita hari ini ialah kerana tiada keberkesanan dalam amalan syuro. Ia telah berganti debat yang penuh dengan ketegangan. Dari peringkat parlimen, pejabat, sampailah ke peringkat parti dan NGO, mesyuarat sering menjadi sangat bercelaru. Nasib tidak baik malah dilihat macam pasar dan gelanggang tinju jadinya.

Islam melarang kita bercakap meninggi suara lebih dari ketua dan tanpa terlebih dahulu meninta izin semasa syuro. Apa yang berlaku dalam mesyuarat kita hari ini adalah sebaliknya, ramai yang suka meninggi suara lebih dari pengerusi dan sembrono bercakap tanpa meminta izin dari pengerusi. Adab dalam majlis sudah lama hilang. Padahal manual hidup selaku orang Islam ada di tangan dan kita mengaku beriman dengannya. Pengerusi maupun Yang dipertua Dewan Rakyat sekalipun sering pening kepala dan situasi selalu sahaja jadi kelamkabut.

Dalam keluarga moden sekarang ini, anak boleh sahaja keluar masuk rumah, lalu lalang depan ibu bapa tanpa tunduk hormat maupun sepatah izin dan salam, apatah lagi jika dalam keadaan krisis. Tanpa sedar, sebenarnya tabiat ini dipelajari dari sikap dan tabiat isteri/ibu yang juga keluar masuk bilik tanpa izin suami.

AMALAN IZIN MERAPATKAN PERHUBUNGAN, KASIH SAYANG & SALING MENGHORMATI

Suka kami kongsikan tips mudah yang sangat murni jika kita boleh laksanakan dalam organisasi dan keluarga kita dengan istiqomah. Semua Warga Prihatin, dari sekecil-kecil anak, ibu-ibu dan bapa-bapa tidak akan sekali-kali tinggalkan syuro, atau bercakap sesuka hati tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari pengerusi atau muhadhir majlis.

Anak-anak diajar agar sentiasa meminta izin dari abang atau kakak yang lebih besar, atau penjaga mereka di mana sahaja mereka berada dan dalam keadaan apa sekalipun. Jika perginya meminta izin, kembalinya pula harus memberi salam. Amalan ini turut dikemaskan dengan adab melintasi orang tua dan bersalaman.

Para isteri juga diminta mengamalkan konsep izin ini untuk mengeratkan kasih sayang. Isteri yang menghormati suami tidak akan sekali-kali meninggalkan perbicaraan, atau meninggalkan suami di kamar tidur tanpa terlebih dahulu meminta izin. Ini diamalkan dengan istiqomah, biarpun sekadar untuk ke dapur atau keluar menjemur kain, apatah lagi untuk keluar rumah, jemput anak sekolah, ke kedai atau sebagainya. Dalam izin diselitkan pula pelbagai doa, seruan dan pesan-pesan.

Amalan menghormati murobbi dan pemimpin seperti ini adalah cara hidup Islam yang sangat halus dan murni. Jika kita berjaya menjadikan ia satu budaya dalam keluarga dan masyarakat, nescaya hubungan sesama kita akan menjadi semakin erat dan berkasih sayang. Rasa hormat terhadap pemimpin, ketua keluarga atau ketua organisasi kita akan bertambah. Ahli keluarga dan organisasi pula akan merasa lebih terpelihara dan dikasihi.
Ada banyak firman dan hadis yang berkaitan. Kami sertakan 2 firman berikut sekadar gambaran sahaja.

Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-samanya dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkannya sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. – QS:24/62.

Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur balig, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. – QS:24/59


“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”- QS:58/11

***

Amalan mudah ini adalah salah satu dari hidayah yang harus kita istiqomahkan untuk mengecapi nikmatnya. Lama-kelamaan ia jadi cara hidup yang apabila tidak dilakukan, kita akan rasa janggal dan marah.
Inilah falsafah di sebalik ulangan FATIHAH yang kita baca 17 kali sehari. Itulah hidayah yang kita pohon dari Allah untuk menambahkan nikmat kehidupan kita apabila diistiqomahkan. IHDINA AS-SIROOT ALMUSTAQIIM. SIROOT ALLAZINA AN’AMTA ALAIHIM.. GHOIRIL MAGHDHUBIALAIHIM (Hidayahkan kami jalan/carahidup yang harus diistiqomahkan, Jalan orang yang telah Dikau beri nikmat atas mereka. Bukan jalan orang yang dimurkai.)

Cuba bayangkan,

Anda suami isteri sedang berbual di bilik tidur. Kemudian isteri minta izin keluar untuk ke dapur, tambah lagi dengan habit bersalaman, menggenggam erat tangan suami sebelum pergi.
Mahu indah lagi, isteri cium pula tangan suami dan kucup pipi. Kalau cumbu mulut, jauh lebih indah lagi. Ini boleh dimeriahkan lagi dengan pelukan erat dan suami pula macam berat-berat nak lepaskan tangan atau dakapan isteri yang mahu ke dapur… sempat pula pesan kopi panas dan biskut.. dan begitulah seterusnya… nikmat dan indah bukan?

Bila nanti ada sedikit krisis kecil yang biasanya boleh disembunyikan, lalu amalan mudah itu tidak berjalan, anda sudah tahu masing masing ada masalah, lalu masing-masing boleh cepat-cepat cari penyelesaiannya. Jika ini tidak di amalkan, kita sering tidak perasan, atau sering dengan sengaja menyembunyikan masalah. Tiba-tiba saja ia sudah jadi peperangan bahkan sampai ke peringkat MAHKAMAH SYARIAH.

Tidakkah itu langkah ke neraka namanya?
Selamat beramal.

Kudap hujung minggu

WARGA PRIHATIN


Pages: 1 2