Sains Istilah – Perbezaan Dhoif dan Dhooif

DHOIFDewasa ini ramai yang mudah menyerah kalah dan merasa lemah apabila berada di bawah, tertindas dan tertekan. Secara psikologinya, ini akan menambah kekalahan dan tekanan yang memberikan kesan sangat negetif dari sudut fizikalnya pula. Kami ingin kongsikan sedikit motivasi berupa petunjuk hasil kajian dan pembangunan dari sumber alQuran dan Sunnah dengan memetik hadis Nabi SAW seperti berikut sebagai pembuka kata,

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah (dho’if) iman – Hadis sahih riwayat Muslim

DI MANA LETAKNYA KELEMAHAN (DHO’IF) KITA

KELEMAHAN UTAMA KITA IALAH PERPECAHAN UMMAT. Islam itu agama ilmu. Ilmu yang difahami oleh setiap orang inilah yang akan menyatukan mereka. Fasa jahiliyah ialah fasa di mana manusia berbuat apa saja tanpa ilmu, tanpa hidayah yang tepat dari Allah yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Masing-masing hanya mencuba-cuba, meraba-raba untuk merencana dan merekacipta. Kononnya menunjuk kepandaian untuk memberi kebaikan kepada manusia. Akhirnya terbit terlalu banyak fahaman yang menyebabkan banyak selisih faham. Itulah punca perpecahan (SALAH FAHAM).

Seterusnya kejahilan itu akan menyebabkan terlalu banyak kegagalan dan kemusnahan dalam aspek kehidupan. Apa yang dibelanjakan untuk membina sesuatu yang tidak strategik akan jadi membazir. Perasaan dan pegangan umat menjadi tidak keruan. Keluarga dan masyarakat berpecah belah. Akhlak generasi jadi musnah dan berbagai-bagai lagi kesan kehancuran akibat dari kejahilan. Perhatikan hurufbesar dari firman berikut,

QS 2. Al Baqarah 213. Manusia itu adalah umat yang SATU. Maka Allah MENGUTUS para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka KITAB YANG BENAR, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka PERSELISIHKAN. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-KETERANGAN YANG NYATA, karena DENGKI antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada KEBENARAN tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. 

Kemuncak dari perpecahan itu ialah peperangan dalam berbagai bentuk. Perang psikologi, perang mulut yang dipenuhi dengan umpat keji dan fitnah. Wang habis dibazir untuk mencetak poster dan banner, menghimpun manusia untuk ceramah perdana dan pementasan yang isinya sekadar pelbagai kemungkaran hiburan, kutukan dan fitnah belaka. Terlalu sedikit pengisian Basmallahnya. Sebab itulah terlalu tipis hasil rahmat dan rahimnya. Lebih teruk lagi akhirnya berlaku peperangan jiwa yang banyak mengorbankan dana, harta benda dan nyawa.

BAGAIMANA NABI SAW MEMBINA KEKUATAN DARI KEDHO’IFAN ITU?

DALAM ALQURAN ADA BANYAK AYAT yang menjelaskan dua maksud yang berbeza tentang DHO’IF. Yang satu harakat bermaksud LEMAH/HINA. DHOO’IF yang dua harakat bermaksud BERGANDA/PERKASA. Untuk menjadi lemah memang mudah sahaja harakah (gerakkerja) nya, untuk membina kekuatan kita perlu lebihkan gerakusaha (harakah) dengan hidayahnya. Firman Allah, QS 2. Al Baqarah ,

245. SIAPAKAH yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda (DHOO’IF) yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

261. Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (DHOO’IF) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui. 

IMAN ITU BERADA DI HATI, yang diikrar di bibir dan dibukti dengan gerak kerja. Kekuatan/kelemahan sebenar juga bermula di hati. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Biarpun kita ada dana, kuasa dan suara, JIKA HATI KITA LEMAH maka kuasa dan bibir TIDAK AKAN ADA UPAYANYA. Hati yang lemah pula akan terus lemah jika kita menyendiri melayan rasahati. Akhirnya akan membuatkan kita semakin sengsara dan bunuh diri. Kerana itulah kita harus menyatukan hati-hati yang keciwa ini, membina DOA yang tidak tertolak dengan menggerak dakwah untuk menyeru hidayah Allah dan sokongan manusia.

Nabi SAW telah menunjukkan uswah terbaik, itullah sunnah baginda untuk tauladan kita. Baginda satukan hati-hati yang telah sedar untuk bersungguh-sungguh menolak kemungkaran ini dengan pendidikan. Dalam Solat, kita baca Fatihah 17 kali sehari. Di dalamnya ada seruan agar kita hanya mengabdi dan meminta tolong pada Allah sahaja – QS1:5. Pertolongan yang Allah tawarkan ialah berupa hidayah tentang jalan yang harus kita istiqomahkan, itulah jalan yang lurus (IHDINA AL-SIROOTH AL-MUSTAQIIM) – QS1:6. Allah juga perintahkan kita meminta tolong dengan sabar dan solat dalam Surah al-Baqarah ini, cuba teliti perkataan yang berhurufbesar.

42. Dan janganlah kamu CAMPUR ADUKKAN yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu SEMBUNYIKAN YANG HAK itu, sedang kamu mengetahui. 

43. Dan dirikanlah SHALAT, tunaikanlah ZAKAT dan ruku’lah beserta orang-orang yang RUKU’. 

44. Mengapa kamu SURUH ORANG LAIN kebaktian, sedang kamu MELUPAKAN DIRI mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir? 

45. Jadikanlah SABAR dan SHALAT sebagai PENOLONGMU. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang KHUSYU’, 

Yang ingin kami kongsikan di sini ialah FORMULA MEMBINA KEKUATAN dari hati yang dhoif/lemah. Gunakan hati itu sepenuh-penuhnya untuk mengenal pasti hak dan batil dengan sebenar-benarnya sebelum kita atur gerakan amar makruf nahi mungkar. Mulakan dalam diri sendiri untuk menolak kebatilan yang telah kita kenalpasti dari kitab itu. Seterusnya, kongsikan kefahaman dan ajakan islah itu dengan insan lain dalam jemaah solat kita, yang juga inginkan kebaikan yang sama. Ajak mereka sama-sama memikir dan mencari jalan dengan penuh fokus dan khusyuk, sama-sama ruku’ mentaati dan sujud melaksanakan perintah Allah itu.

InsyaAllah, lidi yang lemah (Dho’if) itu jika di himpun gandaan (Doo’if) nya dan disatukan, akan mampu menyapu sampah sarap yang ingin dihapuskan dan membina kekuatan untuk masyarakat yang lemah ini. Atas dasar inilah seruan Warga Prihatin masih kekal sejak hari pertama, iaitu seruan untuk BERSATU. Kuatnya Islam itu dengan penyatuan, UMMATUN WAHIDAH. Namun untuk menyatukan umat, kita harus TERLEBIH DAHULU menjadi umat yang TERBAIK, mengajak yang makruf dan mencegah yang mungkar sepenuh hati kita. Bukan seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus. Perhatikan firman berikut,

QS 3. Ali ‘Imran 110. Kamu adalah umat yang TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, MENYERU kepada yang MA’RUF, dan mencegah dari yang MUNKAR, dan beriman kepada Allah. Sekiranya AHLI KITAB BERIMAN, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan KEBANYAKAN MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG FASIK. 

KONFLIK SARANG LABA-LABA LOGO MAAL HIJRAH

Sebelum berhenti, ingin kami jawab ARGUMEN tentang fakta sarang lelabah dalam Logo Maal Hijrah yang kami cetuskan di artikel semalam. Beberapa pembaca mengambil kira jasa lelabah yang mengaburi pintu gua lalu menyelamatkan persembunyian Nabi SAW di dalamnya. Jika demikian, maka penggunaan logo itu hanyalah atas dasar penyamaran. Apakah perlunya kita memasukan mesej penyamaran dalam logo Maal Hijrah? Kita sekarang dalam gua, bersembunyi atau berdakwah secara terbuka?

Apakah dan siapakah yang perlu kita kelirukan dengan logo berkonsepkan penyamaran itu? Atau akhirnya anak cucu kita sendiri yang akan terkeliru. Allah telah jelaskan dalam firman yang kami petik dalam artikel semalam akan kelemahan rumah (sarang) lelabah. Bahkan ada riwayat yang mengatakan lelabah itu juga yang menggigit kaki Abu Bakar di dalam gua sehingga menitis air mata sakitnya. Hari ini apa yang Allah tidak suka telah berjaya di propagandakan dengan jayanya oleh musuh agama. Sedari kecil kita dibiasakan dengan Spiderman, Scorpion dan sebagainya. Walhal itu semua ada rahsia di sebalik rahsia, bukan saja-saja.

Penyamaran itu adalah falsafah kefasikan, bertujuan mengelirukan. Di mata kasar ia nampak seperti satu jaringan atau network. Namun dari segi fungsinya, ia adalah satu perangkap. Hanya SEEKOR MAKHLUK laba-laba ditengah perangkap sarang itu sebagai pemangsa. Semua mangsa yang terperangkap di situ akan disedut habis isinya, biarpun rupa jasad luarannya masih sama. Di peringkat dunia jelas PBB menjadi pemakai logo itu. Di Malaysia pelbagai kongsi gelap juga menggunakan logo yang sama. Selebihnya anda fikirlah sendiri. Fungsi penyamaran lebih signifikan atau fungsi penyatuan dalam bait (rumah) yang lebih utama.?

Semuga dapat membuka minda kita bersama. Jika anda masih belum mampu mencerna, lupakan saja dan jangan paksa minda anda menerima kerana tiada paksaan dalam agama.

Pedoman Hijrah
WARGA PRIHATIN