Pengantin baharu berusia 18 tahun dirogol 3 lelaki

00 POLIS ROGOLPengantin baharu dirogol 3 lelaki
2014/05/28 – 05:57:24 AM

Kinabatangan: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kelmarin dipercayai ada kaitan dengan kes merogol bergilir-gilir seorang wanita berusia 18 tahun yang baharu dua bulan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata polis menerima aduan daripada mangsa beberapa hari selepas kejadian didakwa berlaku pada jam 6 petang 14 Mei lalu di Ladang Leepang 5.

Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Mangsa dikatakan dirogol ketika pergi ke tepi sungai berhampiran rumahnya di situ untuk membuang air besar berikutan tandas di kediamannya rosak.

DIEKORI 3 SUSPEK

Dalam perjalanan, mangsa diekori tiga suspek yang kemudian menariknya ke dalam ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudian menceritakan perkara berkenaan kepada suaminya beberapa hari selepas kejadian sebelum dibawa membuat laporan polis.

SUMBER: BERITA HARIAN