Nodai Anak Tiri – Pengawal didakwa

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini semalam, atas lima tuduhan termasuk seks luar tabii dengan dua anak tirinya, di Gombak, antara akhir November hingga minggu lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 44 tahun itu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaacob. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan seks di luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan anak tirinya berusia sembilan tahun.

Wan Mohd Norisham kemudian menetapkan 10 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.