Murid cemerlang UPSR terima hadiah kereta

xpix_gal1.pagespeed.ic.6qEvmFOEjuMurid cemerlang UPSR terima hadiah kereta

ROSALWANI CHE SOH

15 November 2013

 

Siti Nur Fatini Zulaika di hadapan kereta Mini Cooper yang dihadiahkan bapanya.

KOTA BHARU – “Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.

“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.

 pe_01.1

Mini Cooper hadiah 5A

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@mediaprima.com.my

“Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” kata Nor Aishah Mahmud, 31, ibu kepada Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, 12, yang gambarnya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menerima hadiah kereta mewah Mini Cooper S daripada ayahnya tersebar di laman sosial Facebook dan blog sejak kelmarin.

Menurut Nor Aishah, kereta mewah itu hadiah untuk kejayaan anaknya daripada suaminya Zukila Deraman, 36, yang juga peniaga ayam dan tidak bermaksud untuk mempamerkan kemewahan.

Katanya, dia tidak sangka gambar dimuat naik di Facebook itu menjadi perhatian.

Sementara itu, Siti Nur Fatini yang juga calon cemerlang UPSR dari Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, dekat sini, berkata, pada awal tahun ini dia pernah memaklumkan kepada ayahnya yang dia meminati kereta itu, tetapi ayahnya hanya berdiam.

 

image (1)

Pelajar cemerlang UPSR terima hadiah Mini Cooper

 

Siti Nur Fatini Zulaikha bersama ayahnya, Zukila Deraman dan ibu, Nor Aishah Mahmud meraikan kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 15 Nov. – Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila tidak menyangka menerima hadiah istimewa sebuah kereta jenis Mini Cooper yang bernilai RM210,000 atas kejayaannya mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut.

Lebih istimewa, hadiah itu diserahkan sendiri bapanya, Zukila Deraman, 36, pagi semalam sebaik sahaja keputusan peperiksaan tersebut diumumkan di Sekolah Kebangsaan Zainab 1 di sini.

Zukila yang juga pembekal ayam terkenal di bandar ini membuat kejutan selepas memandu sendiri kereta tersebut untuk diserahkan kepada anaknya itu di sekolah berkenaan kira-kira pukul 11 pagi.

Kisah hadiah kereta mewah tersebut menjadi topik perbualan hangat di laman sosial sejak semalam.

Sementara itu, Siti Nur Fatini yang ditemui di rumahnya di Taman Tanjung Chat dekat sini hari ini berkata, ayahnya benar-benar membuat kejutan dengan mengotakan janji menghadiahkan kereta itu kepadanya.

“Saya pernah memberitahu ayah ingin memiliki kereta tersebut kerana bentuknya yang comel pada awal tahun ini dan pada pertengahan tahun, ayah berjanji akan menghadiahkan kereta tersebut jika memperoleh 5A dan ayah benar-benar mengotakan janji itu semalam.

“Saya sedar saya tidak mungkin dapat memandu kereta ini kerana masih belum mencapai usia untuk memiliki lesan tetapi sekurang-kurangnya saya boleh mengaku kereta itu kepunyaan saya.

“Hadiah istimewa ini juga akan dijadikan perangsang sekurang-kurangnya untuk mencapai kejayaan yang lebih besar selepas ini,” katanya.

Siti Nur Fatini berkata, dia berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut selepas bapanya berjanji menghadiahkan kereta idamannya.

Walau bagaimanapun, Siti Nur Fatini memberitahu, kereta tersebut kini tidak ada di rumahnya kerana masih dalam proses dokumentasi untuk pembelian.

Dalam pada itu, ketika kunjungan Utusan Malaysia ke rumahnya, ayah dan ibunya tidak berada di rumah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131116/pe_01/Pelajar-cemerlang-UPSR-terima-hadiah-Mini-Cooper#ixzz2kld8FjYx
© Utusan Melayu (M) Bhd