Mengutuk Polis? Hargailah Pengorbanan Mereka


Update 1.00 pm 30/7/2013 selepas menilai komen-komen hingga saat ini, kami terpanggil untuk menjelaskan tujuan sebenar artikel semalam.

Kepada pihak-pihak yang berterusan menghentam, mencaci, mencarut bahkan ada yg hantar mesej kotor tentang artikel ini teruskanlah jika itu membuatkan anda puas hati.

Ingatlah, kami bukan peniaga yang membekal apa-apa kepada PDRM, kalaupun sesekali kami ada kemampuan nak beli van lusuh mereka, kami masuk tender sama seperti anda juga, kami juga bukan penjenayah yang melanggar undang-undang dan memerlukan PERLINDUNGAN istimewa PDRM, kami juga bayar saman bila buat salah, barang-barang kami juga kecurian dan belum ada yang PDRM berjaya dapatkan semula. Ramai juga ahli kami kena ragut, kena rompak, bahkan tiada juga di kalangan kami dari anggota PDRM.

Kami hanyalah sebuah NGO berdaftar kerdil yang ahlinya tidak sampai 100 orang pun. Matalamat hidup dan perjuangan pertubuhan kami hanyalah atas dasar kebajikan dan serius ingin memupuk KEPRIHATINAN anak watan negara ini.

Kata-kata anda, gaya komen anda melambangkan AKHLAK masyarakat kita. INGATLAH.. Jika kita seorang ayah/ibu sekarang, maka akhlak generasi akan datang PASTI akan jadi lebih teruk lagi. Kalau emak bekas ANAK ABU, anak akan jadi BOHSIA. Bapa BORIK anak RINTIK, Guru KENCING berdiri, Murid Kencing BERLARI. Siap sedialah untuk masyarakat yang lebih HANCUR dari sekarang.

Artikel di atas bukan atas dasar politik. Bukan kami kata tiada anggota PDRM yang tidak baik. Kami sendiri banyak mengalami, tapi zalimlah jika kita NAFIKAN kebaikan majoriti yang lain.

Panjang ceritanya, tapi Alhamdulillah, berkat semangat persahabatan dan persaudaraan kami jumpa jalan keluarnya. Ketahuilah bahawa ATASAN PDRM semampu mungkin ingin mencari jalan utk menjadikan PDRM TERBAIK, berhemah, amanah dan berdedikasi. Jika anda serius dan ikhlas dengan tohmahan anda, atur langkah, muzakarahkan sebagai rakan, sebagai saudara, PASTI lebih murni dan MUDAH mengurus usaha PEMBAIKAN. Mereka juga manusia biasa, ada rasa marah, ada rasa sayang, ada rasa benci, ada rasa suka. Mari kita adun perasaan masing2 agar ada titik pertemuan.

PDRM adalah matarantai institusi Raja. Parti mana pun yg memerintah, PDRM, ATM TETAP YANG SAMA. Mengapa harus teraniaya hanya kerana pergolakan politik ini. RPWP bukan ‘bias’ dalam isu cuti. ATM, BOMBA, NURSE DLL juga ramai yg tidak dpt cuti, namun mereka tidak menerima KUTUKAN, lebih sedih lagi, ANCAMAN NYAWA apabila berdepan dengan index jenayah yang biasanya naik ketika kita semua bercuti, cubalah fahami itu.

Subhanallah. Alangkah baiknya jika masyarakat Malaysia mampu jadikan PDRM sebagai ‘malaikat kerajaan’ yang dinantikan kehadirannya ke rumah kita, tanpa urusan jenayah. Masyarakat pula suka bertandang bersembang menemani guard atau penyambut tamu yang kesunyian di balai-balai polis di awal pagi atau tengah malam. Baik lagi jika boleh bawa jagung/ubi rebus dan kopi minum sama-sama. Saling update dan berkongsi maklumat keselamatan dan index jenayah. Kenali keluarga mereka, saling tegur menegur anak-anak PDRM macam anak sendiri di mana perlu ketika ibu bapa mereka keluar bertugas.

Sebaliknya, PDRM pula akan sayangkan masyarakat. Sanggup bersusah payah menolong kenderaan yg rosak di jalan, tolong belikan petrol yang habis di jalan, bergotong royong bersama masyarakat di rumah anak yatim, fakir miskin, surau dan masjid. Dengan ukhwah itu index jenayah akan turun dan PDRM ada lebih masa utk masyarakat.

Indah bukan? Adakah ini mustahil? Anda mungkin perlu berkelana ke negara luar dan lihat bagaimana Polis negara-negara Eropah dll berhubungan dengan masyarakat. Kerajaan mereka bayar gaji Polis sangat tinggi sehingga mereka tidak perlukan rasuah sama sekali. Namun lihat disiplin masyarakat mereka. Lihat berapa nilai saman mereka? Mereka tidak ikut tiket saman, mereka ikut jumlah gaji pesalah trafik. Kerana itu, orang kaya pun takut buat salah.

Tidak seperti kita, pesara, petani miskin pun bayar sama nilai dengan saman jutawan bergelar, Dato’, Tan Sri dll. Dah lah tu, jutawan ber’gelar’ buat kesalahan punyalah banyak sebab nak kejar masa, bila masa bayar minta hapus kira pulak tu..! Jadi janganlah kita hanya menyalahkan sebelah pihak saja. Terlalu banyak kepincangan yang harus kita perbetulkan agar segalanya lebih murni dan adil. Tapi yakinlah, akan sampai juga KEADILAN itu jika kita KESEMUANYA BENAR-BENAR PRIHATIN, bukan sekadar mencarut di fb, cermah politik dan blog saja.

Ingatlah, PDRM menjalankan amanah Raja berperlembagaan. Bukan milik mana mana parti politik. Sedikit sebanyak pengaruh politik ke atas PDRM memang ada. Jika pemerintah bertukar, pengaruh itu juga akan turut berlaku. Tetapi jika peralihan pemerintah di buat atas dasar dan oleh pihak yang emosional, lemparan carut mencarut terhadap PDRM ini akan berterusan juga akhirnya. Wal hasil balik asal. Sentiasalah kita berada dalam keadaan yang tidak rasional.

Apapun kami Warga Prihatin berterima kasih kepada SEMUA yang telah turut luangkan masa meng’komen’, termasuk yang memberi komen PEDAS terhadap seruan kami. Cuma kami harap semua anggota PDRM tabah dan tidak goyah dengan segelintir anggota masyarakat yang bersikap negetif ini. Kita ambil positif. Berusahalah saling menasihati sesama anggota, selain bekerjasama dengan pihak atasan dan kerajaan dalam apa juga usaha yang digembeling untuik memperbaiki KEUNGGULAN perkhidmatan dan imej PDRM.

Segala kebaikan dari seruan kami adalah dari KESEDARAN mendalam yang terhasil dari hidayah Allah, pujilah Allah.

Segala apa yang buruk adalah dari kelemahan pentafsiran dan penyampaian kami sendiri. Untuk itu kami dengan rendah diri memohon maaf. Kami turut merasa bersalah kerana artikel kami seolah-olah telah membuka ruang untuk anda mengutuk PDRM. Namun kami mengajak pihak PDRM memandang positif, kerana analisa keseluruhan ialah – MAJORITI MASYARAKAT MASIH PRIHATIN terhadap PDRM. Alhamdulillah.

Mari kita sama sama buat apa yang PATUT / WAJAR / FITRAH pada diri masing-masing, kembali FITRAH kan diri & MASYARAKAT kita di Hari Raya Fitrah ini. Murnikan hubungan, saling bermaaf maafan dan berkasih sayang.

Seruan dari,
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN.
Kajang.