Lagi Video Pelajar Sekolah Bergaduh Tersebar Di Laman Sosial

 

VIDEO pergaduhan membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku di Mantin Negeri Sembilan kini tersebar di Facebook.

 
 


Selasa, 20 Jun 2017 4:39 PM
 

POLIS akan menyiasat rakaman video pergaduhan dua pelajar lelaki yang didakwa berlaku di sekolah menengah di Mantin, Nilai, yang tular di Facebook, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengenal pasti kesahihan dakwaan kejadian itu.

“Polis akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui kesahihan dan mendapatkan identiti pelajar terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rakaman video berdurasi satu minit 15 saat itu menunjukkan dua remaja lelaki bergaduh manakala kira-kira 10 pelajar berpakaian seragam sekolah bersorak menyaksikan pergaduhan itu.

Hmetro: Selasa, 20 Jun 2017 @ 2:15 PM
 

Kena kutuk dalam Facebook punca dua pelajar sekolah bertumbuk

 
20/06/2017 5:29pm

Lokasi di mana dua pelajar SMK Mantin bertumbuk (gambar kecil).

NILAI – Polis mengenal pasti satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua remaja lelaki yang tular di media sosial sejak semalam melibatkan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pergaduhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua remaja terbabit kerana terlebih dahulu saling memperli dan mengutuk di laman Facebook.

“Pergaduhan ini melibatkan seorang pelajar tingkatan lima dengan seorang pelajar tingkatan empat di sekolah berkenaan. Punca pergaduhan kerana saling memperli dan mengutuk di Facebook Live.

“Pelajar tingkatan empat itu dipercayai mengutuk pelajar tingkatan lima menyebabkan mereka bersemuka. Pelajar tingkatan lima menyahut cabaran untuk bertumbuk di luar sekolah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Rakaman video berdurasi satu minit 26 saat yang tular sejak semalam itu menunjukkan dua remaja lelaki bergaduh, manakala kira-kira 10 pelajar berpakaian seragam sekolah bersorak menyaksikan pergaduhan itu.

Zaldino berkata, pergaduhan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 1 tengahari di sebuah taman permainan yang terletak kira-kira 100 meter dari SMK Mantin pada 16 Jun lalu.

Menurut beliau, ibu bapa kedua-dua pelajar terbabit telah mengetahui tentang kejadian tersebut, namun tidak mahu ia diperbesarkan.

“Tiada laporan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai kes itu setakat ini. Polis bagaimanapun akan melakukan siasatan,” katanya.

Sumber Artikel : Kosmo