Kumpulan Hufaz – Ya Rasulullah – Original SoundTrack

Persembahan secara langsung (live) Kumpulan Huffaz yang bermurah hati membuat kunjungan kasih untuk menghiburkan anak-anak di perkarangan RPWP. Antara faktor yang memudahkan kami mendidik dan membentuk akhlak anak-anak ialah kerana kami cuba penuhi segala fitrah naluri mereka. Antaranya ialah pengisian keceriaan yang terkawal dengan menyelitkan unsur pendidikan di dalamnya.

Terbukti amalan mempelbagaikan dendangan selawat dengan pengisian khusus bukan sahaja mampu mendekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul, bahkan mampu menyatukan hati-hati kita sendiri dengan semangat persaudaraan dan kekeluargaan.

Koleksi video Pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. KAMI paparkan buat renungan masyarakat, khusus untuk merenung situasi Akhlak semasa, agar sama-sama dapat menzikirkan dan mencari hidayah untuk memperbaikinya.