KISAH ORANG MENANG

KISAH ORANG MENANG

Kami tambah lagi coretan travelog Saiful Nang petang ini. Banyak kisah suka duka beliau menempuh ranjau duri dalam kerjayanya. Kekerabatan beliau dengan kami sebelum sama-sama menubuhkan RPWP banyak menyimpan rahsia.

Semasa perniagaannya menempa nama, baliau banyak menabur jasa yang kurang dilihat manusia kecuali yang rapat dan kenal hatibudinya. Beliau sangat mengambil berat dalam membantu ibubapa dan adik beradiknya, bahkan sesiapa sahaja tanpa banyak berkira-kira. Beliau juga banyak kongsikan ilmu dan pengalaman dengan rakan taulan dan para pekerjanya.

Ketika namanya memuncak, beliau ambil ramai pekerja dengan membayar gaji dan elaun yang tinggi belaka. Ada yang bawa pulang sehingga RM11,000 sebulan dari kerjaya itu. Malangnya kemewahan itu tidak banyak membantu menjadikan mereka bersatu dan maju.

Kesukaran SN di zaman susah, sebelum berjaya menempa nama tidak begitu dirasa oleh para pekerja dan anak didiknya. Yang mereka buru hanyalah pendapatan yang tinggi untuk diri sendiri.

Akhirnya ramai yang sudah terlatih dan tahu selok belok perniagaan di bidang itu berpakat meninggalkan beliau dan keluar membawa diri. Bukan setakat menjadi pesaing, malah mengatur gerak untuk ‘membunuh’ karear gurunya yang telah banyak berbudi.

Waktu itu hanya jemaah ini yang ada di sisi untuk meminjamkan bahu. Ayahanda Pengetua kami, Dr Masjuki selaku orang paling rapat dengan beliau terpaksa menyuntik semangat. Beliau yang juga bekas ahli perniagaan bertaraf antarabangsa mula berkongsi cerita suka duka. Cabaran yang SN hadapi itu tidaklah sebesar mana berbanding apa yang pernah beliau rasa.

Dr Masjuki mula kongsikan semua pengalaman beliau berkaitan kes anak-anak didik yang menderhaka. Beliau sebut juga banyak nama lain yang mengalami ujian serupa. Salah satu kata hikmat beliau yang terkesan di jiwa ialah…,

“Jangan takut dilihat huduh akibat dicaci dan dicerca oleh orang yang menderhaka. Mereka itulah orang yang hodoh sebenarnya, yang mahu kelihatan cantik hanya dengan membuat orang lain nampak buruk… Itu adalah ‘kekotoran’ yang sengaja dicipta untuk kita oleh orang yang kurang upaya dan ia hanya bersifat sementara. Ambil masa dan cari jalan untuk menyucikan kotoran itu agar wajah kita nampak seperti sediakala”.

Antara nasihat kami ialah agar SN fokus kepada mendidik anak bangsa dan elakkan dari bersaing di lapangan yang sama dengan anak didiknya. Kerana itulah “Saiful Nang Akademy of Photography – SNAP” ditubuhkan. Kini beliau sendiri menjadi Pengetua “Akademi Insan Prihatin” yang insyaAllah akan menyediakan pendidikan sehingga ke taraf Universiti.

Alhamdulillah, bukan sahaja semangat SN naik semula, malah ia lebih kental daripada sebelumnya. Pekerja yang hanya mementingkan gaji dan bayaran tinggi ternyata tidak ke mana.

Ternyata SN semakin maju sementara ada di kalangan mereka yang menderhaka dan mencerca itu masih juga begitu. Ada yang bayaran bulanan kereta dan rumah pun tidak berbayar. Ada yang terlelong dan berpindah randah. Kini ada yang merempat kerana rumah tangga pun musnah. Hidup kesempitan hingga tidak mampu pun untuk sewa rumah

Takdir Allah, anak didik beliau yang nampak berjaya ialah yang tidak ikut tabiat golongan syaitan yang mencerca dan mengkhianati gurunya. Keberkatan ilmu itu dapat dilihat pada mereka. Hingga saat ini pun ada yang masih lagi menghormati gurunya.

Inilah sebahagian kecil tambahan rahsia kemenangan SN yang sempat kami kongsi sebagai pelajaran. InsyaAllah lain kali kami tambah lagi.

WARGA PRIHATIN

* * * * *
SAIFUL NANG – BIR HAKEIM, PARIS

Saya di sini lagi hari ini setelah 10 tahun 2 bulan dari kali pertama saya jejakkan kaki di Paris sekitar 10kg yang lalu. Ohh..inilah gambaran saya ketika itu. Nampak mantap dan handsome bergambar hebat di Kota Paris tapi meneguk air pili dan hanya makan fries di atas crossing ferry dari Dover ke Calais berharga 1 pound utk sepanjang hari.

Inilah sejarah yang orang tak minat nak tanya. Orang suka dengar cerita kejayaan saja. Foto ini foto sebelum saya ke Palace De La Concorde di Automobile Club FIA untuk perkahwinan French pertama saya.

Sebelum saya ke sini 10 tahun lalu, saya diejek kerana berangan untuk jadi jurugambar perkahwinan antarabangsa. Dari pandang ke bawah, elok terus pandang ke depan.

Pulang dari coverage ini, saya berjumpa dengan isteri saya buat kali pertama di Cambridge. Pulang dari perkahwinan ini juga, saya diupah untuk kali pertama oleh Sultan Brunei dan mula mendapat perhatian banyak perkahwinan-perkahwinan VVIP kerana belum ada ketika itu dalam pasaran Malaysia seorang jurugambar perkahwinan Melayu diupah sehingga ke Paris di sebuah kelab mewah antara paling prestij di Kota Paris.

Semuanya berubah kerana kita percaya. Kerana kita tidak tunduk pada ejekan loser-loser yang kemudiannya diam-diam mengikuti langkah menjadi jurugambar perkahwinan juga.

Jangan biarkan orang lain tentukan kekalahan kita sebaliknya usahakanlah kemenangan kita. Saya bersara dari fotografi perkahwinan 3 tahun lalu semasa pakej saya RM10,000 per event atau RM30,000 sehari. Dan saya bersara sebagai ORANG MENANG!

SAIFUL NANG, Paris

Warga Prihatin's photo.