Kerajaan habis RM28 juta hias jet PM

Malaysia Kini – 1:53PM – 23 Mar 2015

(GAMBAR HIASAN)
Kerajaan membelanjakan RM28 juta lagi untuk mengubahsuai jet peribadi yang didakwa dibelikan khas untuk kegunaan perdana menteri, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Kos menghias dan menaiktaraf kabin di dalam pesawat itu dimasukkan dalam harga jual-beli, yang didakwa berjumlah RM465 juta, tambah ahli parlimen Pandan.

Jet tersebut, model ACJ 320, sudah cantik dan selesa, tambah Rafizi, dan mempertikaikan keperluan menghabiskan lagi RM28 juta untuk hiasan kabin yang kelihatan “lobi sebuah hotel.”

“Kami ingin mengetahui tujuan sebenarnya sejumlah RM28juta itu digunakan,” katanya.

Rafizi turut mendedahkan bahawa jet itu sebelum ini dimikiki oleh Air Luther AG, dengan Comlux Aviation menguruskan jet itu untuk tujuan pajakan.