Kenal melalui wechat, 4 suspek rogol berkumpulan ditahan

 

 
 
KOTA KINABALU,16/06/2017 : Pihak polis berjaya menahan empat orang suspek yang terbabit dalam kes rogol berkumpulan yang berlaku di kawasan Kota Kinabalu.
 
Menurut Ketua Polis Daerah ACP M. Chandra, pada 9 Jun yang lalu, pengadu seorang perempuan tempatan berumur 18 tahun telah membuat satu laporan polis mengatakan bahawa telah di rogol oleh empat orang saspek.
 
“Salah seorang saspek adalah kenalan pengadu daripada applikasi “wechat” manakala tiga lagi suspek lain tidak dikenali oleh pengadu,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
 
Menurut Chandra, gerakan mencari suspek telah dijalankan dan pada 14 Jun lalu, dan sepasukan polis dari BSJ IPD Kota Kinabalu telah berjaya menangkap kesemua keempat-empat suspek lelaki warga tempatan, berumur antara 18-34 tahun, dalam empat siri serbuan di tempat yang berbeza.
 
“Terima kasih atas maklumat yang diberikan orang awam sehingga keempat empat suspek ditangkap.”
 
“Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit jenama OPPO dan sebuah kereta jenis Proton Wira, bersama kunci kereta milik suspek,”katanya.
 
Tambah Chandra, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek mengaku telah merogol mangsa pada 9 Jun lalu, jam lebih kurang 1.40 pagi, semasa dalam pengaruh alkohol.
 
Keempat-empat saspek telah direman bersabit kes rogol berkumpulan di daerah Kota Kinabalu yang disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
 
Sayang Sabah – https://www.sayangsabah.com/kenal-melalui-wechat-4-suspek-rogol-berkumpulan-ditahan/