JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMAH 9 PASANGAN ASNAF RPWP
Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Ustaz / Ustazah / Haji / Hajjah
PER: JEMPUTAN KHAS KE MAJLIS MERAIKAN 9 PASANGAN PENGANTIN
Dengan hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
Untuk makluman semua, Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) adalah Rumah Kebajikan yang menempatkan sekitar 250 orang penghuni dari golongan Asnaf Fakir, Anak Yatim, OKU, Ibu Tunggal, Warga Emas dan Anak-anak Terbiar.
Sejak hari pertama penubuhan, kira-kira 12 tahun lalu, RPWP cuba untuk berdikari dengan menjalankan pelbagai perniagaan berunsur wakaf bagi mendanai kos pengurusan dan pembangunannya. Pekerja dan pengurusnya adalah dari kalangan sukarelawan sepenuh masa yang telah mewakafkan harta dan diri sepenuhnya tanpa gaji dan cuti.
Sukacita dimaklumkan bahawa kami berhajat untuk mengadakan majlis Walimah bagi meraikan perkahwinan 9 pasangan Pengantin dari kalangan anak yatim, asnaf serta sukarelawan kami pada 16 April 2017 nanti. Di samping dapat mengurangkan kos, sambutan perkahwinan beramai-ramai juga boleh menambahkan kemeriahannya.
Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk memanjangkan jemputan ini buat memeriahkan lagi sambutannya. Kami percaya dengan kehadiran insan prihatin dari pelbagai lapisan masyarakat akan dapat menjadikan Majlis ini bertambah seri serta barakah. Pasangan yang sudah tidak mempunyai ibubapa dan saudara mara khususnya akan InsyaAllah merasa dihargai dan berbahagia dengan penglibatan semua.
Dilampirkan Kad Jemputan berserta peta lokasi termasuk petunjuk tempat letak kereta bagi yang memerlukan. Kehadiran dijangka sekitar 10,000 tetamu.
Majlis yang akan jalankan secara rewang tradisional ini juga melibatkan begitu ramai pihak termasuk NGO, Badan Kebajikan, Jawatankuasa beberapa Masjid berhampiran, pelajar Universiti dan badan-badan kerajaan.
Sila isi ‘Borang Pengesahan kehadiran’ atau sekurang-kurangnya maklumkan melalui mesej Whatsapp, Telegram atau inbox Facebook hasrat untuk hadir bagi memudahkan pihak kami membuat anggaran jumlah sebenar tetamu yang akan hadir.
Kesudian untuk hadir amat kami syukuri dan insyaAllah dapat menggembirakan pasangan pengantin anak-anak syurga ini.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas dari,
LEMBAGA PENGASAS & PENGURUSAN
- RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)
- UNIT SUNGAI RAMAL BARU, PEMADAM DAERAH HULU LANGAT
- AKADEMI INSAN PRIHATIN
- SAIFUL NANG AKADEMI OF PROFESSIONAL (SNAP)
- RARECATION TRAVEL
- CANDIDSYNDROME (CS)
- BUTIK WERDA & SARC
- PRIHATIN SERVICES
Bismillahirrohmanirrohim
************
SLIP PENGESAHAN KEHADIRAN
- Saya ……………………………………………………………………………… akan *hadir / tidak hadir ke majlis ini (potong yang tidak berkenaan).
- Saya akan mewakilkan (Nama: …………………………………………………………. Tel: …………………..)
- Jumlah Kehadiran
: Lelaki dewasa ____ orang
: Perempuan dewasa ____ orang
: Anak-anak bawah 10 tahun ____ orang
- Tentatif masa ketibaan rombongan saya : Pukul _______ *Pagi/ Petang
- Demi mencari keberkatan, pihak saya berminat untuk
a) Menyumbangkan / menaja ………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………….. (sila nyatakan jenis dan jumlahnya jika ada hajat)
b) Menghantar tenaga rewang (seramai ___ orang lelaki DAN ___ orang perempuan) pada ATAU bermula dari tarikh ___ April, hingga ___ April, 2017.
Terima kasih. .
Nama : ………………………………………………………………………
Jabatan / Institusi : ………………………………………………………………………
No. Telefon : ………………………………………………………………………
********
Alhamdulillah