JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2

Akademi Insan Prihatin was live.

Published by Akhmal Asyraf · 2 hrs ·

JEJAK ASNAF PROJEK PELANGI RAYA – LIVE PART 2

Sedang berlangsung program serahan sumbangan besar besaran berupa baju raya dan pelbagai makanan seperti beras, roti, bihun dan sebagainya melalui PROJEK PELANGI di PPRT Lembah Subang.

Inilah kemuncak program ‘jejak asnaf’ yang dilakukan anak-anak RPWP melalui PROJEK PELANGI. Tidak siapa menyangka ada ratusan, malah ribuan asnaf pelbagai katagori seperti anak yatim, miskin bandar, warga emas, ibu tunggal yang sangat kesempitan hidupnya.

Dalam keghairahan umat Islam bersedekah di bulan Ramadhan pun mereka tidak berpeluang mendapat tempiasnya kerana kesukaran hidup mereka tidak diketahui umum. Ramai di kalangan mereka lebih susah dan dhaif dari anak yatim di rumah-rumah kebajikan yang ada kerana mereka menghadapinya bersendirian.

Tiada mock-up cek, tiada pemberita mahupun TV, tiada majlis perasmian mahupun jamu jamuan, jauh sekali ‘menyelitkan’ ceramah politik dalam program ini. Tiada pilih kasih yang didorong oleh dengki atau irihati. Segalanya kami lakukan semata-mata demi mencari redha Ilahi. Ini kerana selain dari bantuan JK masjid, proses menjejak asnaf ini juga dilakukan dan disaring sendiri oleh wakil asnaf setempat yang kami lantik.

Sesungguhnya program ini benar-benar mampu mendidik anak-anak, juga murobbiah dan murobbi RPWP, serta semua badan korporat dan segenap lapisan masyarakat akan erti kesusahan hidup yang dideritai oleh golongan terpencil dan terpinggir ini.

Semuga kami dapat istiqomah membantu mereka. Semuga sedikit usaha dan amal kita ini diberkati Allah hendaknya. Amiin.

WARGA PRIHATIN
PROJEK PELANGI
AIP
WERDA & SARC
Warga Rpwp