Ikat anak – Ibu mangsa buat pemeriksaan mengejut

Ibu mangsa buat pemeriksaan mengejut

Butterworth: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengasuh wanita, Nor Faezah Said, 39, yang didakwa mengikat tangan dan kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Selasa lalu.

Tertuduh pada awalnya mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kali pertama, tetapi selepas dibacakan kali kedua, tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menolak pengakuan pertama tertuduh.

Majistret Muhammad Firdaus membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut kertas pertuduhan, Nor Faezah dituduh melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah beralamat Blok A-8-19, Flet Seri Pinang, di sini, pada jam 10 pagi, Selasa lalu, ketika sebagai penjaga kanak-kanak terbabit.

Dia didakwa mendedahkan kanak-kanak itu yang berada dalam jagaannya kepada kecederaan fizikal dan emosi dengan mengikat tangan dan kakinya menggunakan tali dan tali pinggang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5790#sthash.aj6cAi7o.dpuf