Farid Kamil Terkilan Diana Danielle Beraksi Separuh Bogel

Farid Kamil Terkilan Diana Danielle Beraksi Separuh Bogel

..

“Terkilan,” itu jawapan ringkas pelakon Farid Kamil ketika diminta mengulas mengenai aksi isterinya pelakon Diana Danielle bercoli yang mencetuskan kontroversi sekitar awal Mac lalu.

Enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Diana itu, Farid yang ditemui pada sesi tayangan media filem Abang Lejen malam tadi, sekadar berkata hal tersebut sepatutnya diajukan kepada pihak pengurusan isterinya iaitu Prokuya Sdn Bhd yang juga merupakan syarikat milik adik Farid sendiri iaitu Fadzil Zahari.

“Saya tidak mahu komen tentang perkara tersebut kerana isu itu sepatutnya diajukan kepada pihak artis berkenaan iaitu Prokuya Studio.

“Sebagai suami, saya tidak mahu mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya.

“Apa yang saya boleh katakan ia satu situasi atau ‘hybrid problem’ iaitu satu situasi yang tak pernah dialami.

“Ini mungkin salah satu dugaan dan ujian saya sebagai seorang artis. Saya hanya mampu berdoa untuk semuanya baik-baik saja,” katanya.

Pada Mac lalu, Diana mengejutkan industri hiburan dengan aksi beraninya bergaya untuk sebuah majalah gaya hidup lelaki.

Aksi tersebut memperlihatkan dia dalam keadaan seksi termasuklah gayanya tampil bercoli sambil membaluti badannya dengan bendera Amerika Syarikat.

Ini bukan pertama kali Diana mencuri perhatian umum gara-gara kontroversi.

Sebelum ini Diana pernah mencetuskan isu gara-gara meluah perasaan ekoran sekeping gambar Nora Danish berpegang tangan dengan Farid yang mana gambar tersebut adalah untuk promosi sebuah filem lakonan mereka berdua.

Sementara itu, Farid juga diajukan soalan sama ada Diana ada berjanji untuk tidak mengulangi tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi pada masa akan datang.

“Wallahualam,” katanya sambil tersenyum.

-mD