DYMM Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas Dalam Kemalangan

00.jpg 2Baru-baru ini Sultan Brunei membuat kejutan dengan mengumumkan perlaksanaan Hudud untuk seluruh wilayah jajahan Brunei. Kini Baginda sultan dilihat oleh awam dengan satu lagi kejutan. Kami diminta untuk mengulas apa yang dipaparkan oleh Saiful Nang dientri beliau yang telah mendapat perhatian ramai dengan hampir sejuta view, 34k Likes dan 4.3k share.

Apa yang dilapurkan oleh Saiful Nang ialah Baginda Sultan telah dilihat awam mengawal lalulintas semasa juruiring baginda mengalami kemalangan. Baginda adalah pemimpin yang tidak perlu menang pilihanraya untuk buat mockup accident mencari publisiti dan oleh itu ini dilihat sangat tulen.

Menurut sumber dari media berita Brunei, 2 juruiring baginda dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang dipercayai memandu melebihi halaju. Sementara menantikan bantuan kecemasan bagi anggota yang cedera, baginda turun dari kereta di Raja untuk membantu sendiri urusan ‘mengawal lalulintas’ pada ketika itu.

Selain dari PM Norway yang sanggup jadi pemandu teksi untuk cungkil pendapat rakyat secara telus dan terus, Sultan Haji Hasanal Bolkiah juga sering mencemar duli tanpa warning ke tempat-tempat tertentu dalam negara baginda. Pernah acapkali karpet kuning disediakan tetapi baginda mengambil jalan lain supaya baginda nampak sendiri apakah yang disorokkan dari pandangan mata baginda.

Hari ini ADA SEBAHAGIAN pemimpin kita ada yang jijik turun tangan kecuali nak hampir pilihanraya. Dah nak election baru nampak pemimpin turun sawah, menyangkul, lawat orang kampung sakit, pergi tempat banjir, melawat hospital kelas 3, potong kelapa sawit, melawat setinggan, menyumpit dll.
Bila pemimpin turun padang pun semua dah jadi baru. Jalanraya baru, pokok yg tiada pun tiba-tiba dah ada. Saya teringat satu foto dari rakan saya di sana gambar baginda Sultan Brunei berkasut boot high cut berjalan di atas sampah di sebuah kawasan.

Ok itu sahaja… “Saya kagum dengan baginda. Sebagai salah seorang dari vendor perkhidmatan kepada baginda… saya bangga berkhidmat dgn baginda. Alhamdulillah “ ujar Saiful Nang.

ULASAN ADMIN:

Ya benar, Secara umumnya kami sependapat dengan apa yang diutarakan oleh Saiful Nang. Respond dan komen awam menunjukkan betapa rakyat kini sangat dahagakan gaya kepimpinan yang prihatin dan mesra rakyat. Kami harap golongan pemimpin negara ini dapat mengambil pelajaran dan segera membuat perubahan.

Sepanjang pengalaman kami melakukan kerja-kerja amal, gaya dan tabiat pemimpin kita masih terlalu jauh dari bercirikan keprihatinan dan ketelusan terhadap rakyat. Ini berlaku hampir kepada semua pemimpin dari semua parti dan semua peringkat. Tabiat berkhidmat hanya semata-mata untuk dilihat dan dinilai manusia, media dan pemimpin atasan mereka sudah menjadi lumrah walaupun mereka tahu itu tidak fitrah. Kesibukan pemimpin yang hanya mendekati masyarakat sewaktu pilihan raya juga banyak benarnya. Anda ada mata dan telinga untuk meneliti gelagat ini dan menilainya sendiri.

Ramai juga yang inbox kami dengan pelbagai komen dan saranan sekembalinya kami dari melaksanakan misi bantuan kemanusiaan terhadap keluarga dhaif di Manong Perak baru baru ini. Ada yang minta kami mendedahkan kepada rakyat melalui media agar diambil pelajaran oleh petugas ADUN, MP, oleh parti, pegawai kerajaan yang terlibat malah pemimpin di semua peringkat kawasan itu khasnya dan seluruh negara amnya.

Lebih menyedihkan mereka ada pencacai yang tidak dikenali tanpa segan silu lantang bersuara mengaku kami dari parti mereka. Pada hal, sampai saat ini kami sendiri tidak tahu siapa ADUN, MP, Ketua kampung, IMAM malah dari parti mana mereka itu kesemuanya, kerana yang kami pentingkan ialah misi memanusiakan manusia. Begitu juga halnya dengan beberapa kes kelalaian masyarakat yang lain, termasuk kes di mana anak miskin makan nasi berlauk garam yang kami bantu baru-baru ini.

Sejujurnya, Kami mengambil sikap neutral atas isu ini. Kami bukan ahli politik, bukan penceramah agama atau selebriti yang memerlukan populariti. Bukan juga kami ahli perniagaan yang memerlukan mileage itu dan ini. Kami terlalu sibuk dan tiada masa untuk memanjangkan perkara itu ke pihak media atau pihak-pihak lain kerana terlalu banyak tugasan sepanjang hari dalam memikul tanggungjawab ini. YANG PENTING KAMI LAKUKAN SEMUANYA KERANA ALLAH dan KERANA INGIN MENDIDIK ANAK JAGAAN KAMI UNTUK MEMBENTUK JIWA PRIHATIN.

Apapun kami ambil positif kerana apabila ada yang menulis kepada kami, itu bermakna ada yang tersedar dari lena akan tanggungjawab bersama terhadap saudara seagama atau sesama manusia. Itu sudah cukup membahagiakan kami kerana di kalangan pembaca pastinya akan membacakan kisah-kisah ini terus kepada pemimpin yang terlibat. Dengan itu mereka mungkin boleh menasihati pemimpin kita untuk membuat koreksi. Lebih baik lagi jika para pemimpin itu sendiri yang berpeluang membacanya. Sama-sama kita berdoa agar negara ini mendapat pemimpin yang adil, perihatin dan telus, dijauhi dari sebarang kejahilan dan kefasikan.

Akhirnya Kami tutup ulasan ini dengan memetik hadis baginda Rasulullah SAW “Selain Dajjal ada yang lebih aku takuti atas umatku dari Dajjal, iaitu para pemimpin yang sesat.” [HR Ahmad]

Baginda juga menyentuh bahaya apabila Pemimpin terdiri dari orang yang jahil dan fasik dengan sabdanya,

“Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan, maka tunggulah saat kehancuran.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.

Kepada para pemimpin, ingin kami nasihatkan contohilah gaya kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyiidiin. Mereka tidak makan selagi rakyat tidak makan. Mereka berjalan malam dan menyamar diri mendapatkan input yang tepat tentang permasalahan rakyat. Ambillah juga pelajaran dari hukuman Allah yang mengharamkan bumi dari memakan daging najis Firaun dan Kamal At-Tarturk. Merasa takutlah dengan sumpahaan Allah. Kita dijadikan dari tanah, dan sumpah ini telah dan pasti berlaku sesuai dengan janji yang telah Allah nukilkan dalam Quran bahawa jasad kalian bakal diharamkan Allah dari penerimaan bumi jika tidak berhenti melanggar perintah dan larangan Allah dengan SENGAJA.

(Sumber foto unknown/ berita : Saiful Nang)

Ulasan ringkas
WARGA PRIHATIN.