Berita Terkini Kes Buli Di Asrama Anak Yatim Perlis

On Thursday, 6 November 2014

Berita Terkini Kes Buli Di Asrama Anak Yatim Perlis adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Berita Terkini Kes Buli Di Asrama Anak Yatim Perlis membawa kebaikan kepada kita. Wallahu’alam bissawab.

Video klip aksi buli membabitkan tujuh pelajar dan seorang mangsa yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini disahkan berlaku di Asrama Anak Yatim, Kompleks Penyayang Doktor Siti Hasmah, di Jejawi, Kangar.
Kes itu merupakan kes lama yang telah dilaporkan Jun lepas dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Video ini melibatkan tujuh orang pelajar iaitu tiga pelajar tingkatan satu, dua pelajar tingkatan dua, dan dua pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajudin yang telah memukul seorang pelajar darjah lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau.
Difahamkan mangsa dipukul kerana enggan membersihkan bilik sedangkan pada hari berkenaan merupakan gilirannya untuk berbuat demikian.