6 LELAKI DIBURU. ROGOL GADIS 14 TAHUN BERULANG KALI

KUALA TERENGGANU –  Dec 8, 2016 : Seorang gadis dalam keadaan trauma apabila menjadi mangsa kerakusan seks enam lelaki tidak dikenali sejak awal September lalu, di dua lokasi berasingan di daerah Kuala Nerus.

Menurut sumber, detik hitam hidup mangsa berusia 14 tahun itu bermula sejak awal September lalu, kira-kira jam 1 pagi, ketika melepak bersama seorang rakan perempuannya di kawasan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Nerus.

“Mereka dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang mengajak bersembang di sebuah rumah di kawasan Seberang Takir, Kuala Nerus, dan berjanji tidak akan berbuat apa-apa. Pada mulanya, mangsa dikatakan tidak mahu tetapi terpaksa bersetuju selepas rakan perempuannya itu meninggalkan dia keseorangan di lokasi kerana keluar dengan rakan lain,” katanya.

Sumber berkata, sejurus tiba di rumah tersebut, datang seorang lagi lelaki tidak dikenali sebelum mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh mereka bertiga dan selepas itu, salah seorang daripada suspek menghantar mangsa pulang ke rumah iaitu kira-kira jam 4 pagi. Kata sumber, pada 10 September, kira-kira jam 1 pagi, sekali lagi remaja itu menjadi mangsa rogol tiga lelaki yang mana salah seorang daripadanya dikenali di sebuah rumah rehat di Kuala Nerus.

 

Mangsa pada mulanya merahsiakan kejadian itu, bagaimanapun mengambil keputusan membuat laporan polis selepas sekali lagi dua daripada suspek sebelum ini bertindak berani merogolnya sekali lagi, pada 2 Disember lalu, kira-kira jam 9 malam.

 

Susulan laporan polis dibuat,

dua daripada enam suspek ditahan malam kelmarin. – Sinar

ULASAN: Ada tanda yang anak gadis ini memang mengundang bala melalui ‘pengaruh seks’. Tabiat anak gadis berkeliaran dan dengan rela ‘mengikut ajakan lelaki’ telah membawa padah. Jika benar beliau tidak rela, perogolan pertama sudah cukup membuat dia trauma dan segera melaporkan kepada polis atau keluarganya. Tidak perlu sampai ‘berulang kali’ begini. Itu sucah seperti bukan lagi rogol paksa tetapi ada unsur suka dan rela.