CIKGU DIPENJARA 34 TAHUN, 2 KALI ROGOL PELAJAR TINGKATAN 3

(TERTUDUH (kiri) dijatuhi hukuman 34 tahun penjara dan 8 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu)

 

KOTA BHARU, May 29, 2017  – Guru lelaki dipenjara 34 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu.

 

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nurhasliman Ghazali, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan hari ini.

 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di rumah di Machang pada 7.30 malam, 23 April 2015.

 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada 1 pagi, 25 April 2015.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – Metro

 
ULASAN : Inilah fenomena “harapkan pegar, pegar makan padi”. Nafsu gila lelaki hari ini tidak lagi mengenal mangsa. Ayah dan abang sendiri pun berlambak-lambak. Inikan pula guru….

Adalah amat malang dan sangat ‘pelik’ juga bagaimana seorang pelajar perempuan umur 15 tahun boleh ‘berada’ di rumah bersama guru lelaki itu sebanyak 2 kali. Adakah unsur paksaan atau memang beliau sendiri memang ada hati?