1MDB MENIPU DOKUMEN – PENYIASAT

Para Penyiasat Merumuskan bahawa 1MDB “Menipu” Dan “Memalsukan Dokumen” Kepada Bank Negara, Duetsche Bank Dan Pihak-Pihak Lain EKSKLUSIF

This post is also available in: English

CEO 1MDB, Arul Kanda telah dinamakan dalam siasatan ke atas dokumen-dokumen yang dihantarnya sebagai dokumen-dokumen palsu, bagi pihak 1MDB. Namun, dia tiba dalam bulan Januari hanya untuk menemui semua komputer dan rekod-rekod telah dibersihkan – maka siapakah yang memberikannya bahan-bahan yang telah dipaslukan?

Para penyiasat skandal usahasama 2009 1MDB dengan syarikat PetroSaudi International (PSI) telah merumuskan bahawa usahasama itu telah membohongi bank-bank terbabit termasuk Bank Negara Malaysia dengan mengesahkan bahawa syarikat Good Star Limited adalah anak syarikatnya 100%.
Pada hakikatnya Good Star Limited adalah pihak ketiga, dikawal oleh seorang ahli perniagaan muda, rakan rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak, Jho Low, yang pernah kami dedahkan sebagai individu yang berperanan penting membuat keputusan dan menguruskan pelaburan dalam 1MDB.

Kesalahan sedemikian boleh menyebabkan pesalah dihukum atas tuduhan “menipu”, kata para penyiasat menerusi laporan mereka yang ada pada kami.

Kesalahan [1MDB], menurut dokumen itu, termasuk:
“Menipu Bank 2 dengan menyatakan bahawa akaun di bank RBS Coutts adalah milik syarikat induk PetroSaudi [PetroSaudi International]”

Pada keadaan yang berasingan para penyiasat merumuskan bahawa semasa pemindahan USD$700 juta yang kononnya untuk ‘membayar balik pinjaman’ kepada PetroSaudi 1MBD “boleh” dianggap sebagai melakukan kesalahan:

“Menipu Bank 1 dengan mengesahkan bahawa Good Star adalah 100% milik 1MDB PetroSaudi”.

Kertas-kertas laporan yang ada pada Sarawak Report menunjukkan bahawa para penyiasat telah mengenalpasti sekurang-kurangnya pada tiga keadaan di mana kesalahan ini dilakukan, yang boleh dijatuhkan hukuman sewajarnya.

Khasnya, seperti dirumuskan oleh para penyiasat bahawa wang yang dipindahkan dalam usahasama itu telah:

“tidak digunakan pada tujuannya di bawah peraturan FEA jika 1MDB PetroSaudi gagal menunjukkan yang wang itu telah dipindahkan dari Good Star kepada usahasama itu.”

Sebenarnya, maklumat berdokumentasi seterusnya yang dihantar kepada Sarawak Report menunjukkan bahawa USD$500 juta telah dihantar dari Good Star kepada sebuah akaun bank Swiss, BSI Singapura, yang dimiliki oleh Jho Low.

Pada hari Jho Low dilaporkan telah membeli dua buah rumah penthouse di Singapura dengan nilai bersama berjumlah RM154 juta, yang merupakan salah satu dari beberapa perbelanjaan bersyak di seluruh dunia.

Para penyiasat juga berjaya mendapati bukti bahawa USD$260 juta dari pinjaman berjumlah USD$500, yang seharusnya dimasukkan ke dalam usahasama itu, telah dilencongkan untuk membeli bank UBG pegangan keluarga Taib Mahmud.

“Kami sedang menyiasat sama ada wang (USD$260 juta itu) telah digunakan untuk membeli saham-saham UBG menerusi Javace Sdn Bhd. Jika ianya benar [maka 1MDB] telah melanggar peraturan-peraturan FEA dan boleh dikatakan menipu Bank Negara Malaysia”, menurut laporan itu, kerana ini bukanlah tujuan asal pinjaman dan pemberi pinjaman wang itu.

Cawangan bank RBS Coutts di Zurich sedang diperiksa – mengapa mereka tidak melaporkan transaksi Good Star yang meragukan dan memeriksa pemilik akaunnya?

Dalam masa para penyiasat melepaskan bank-bank yang terbabit dalam pemindahan wang ini, termasuk bank Duetsche 1MDB, pada asasnya bahawa mereka telah ditipu oleh para pengurus 1MDB, mereka telah gagal melaporkan pemindahan yang meragukan.
Bank-bank itu telah memindahkan jumlah wang yang begitu besar di bawah keadaan yang luar biasa, yang harus dilaporkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan berwibawa.

Penilaian ke atas pemindahan terakhir 1MDB berjumlah $330 juta dalam empat bahagian kepada akaun Good Star Limited dalam tahun 2011, para penyiasat mendapati bahawa dua buah bank telah melakukan kesalahan kerana gagal melaporkan bebera
pa pemindahan wang termasuk $110 juta dan $125 juta sebagai pemindahan wang yang meragukan.

Pihak penyelaras kewangan di Malaysia telah memutuskan, bahawa ketika siasatan sedang dijalankan, untuk bertemu dengan pihak penyelaras kewangan di Switzerland untuk mengesahkan bahawa wang itu sebenarnya telah masuk ke dalam akaun Good Star di bank RBS Coutts di Zurich.

Mereka juga ingin mendapatkan pengesahan bahawa pemegang akaun itu adalah Jho Low.

Jika ya, pihak bank RBS Coutts Britain turut sama terdedah kerana telah gagal melaporkan beberapa siri transaksi setelah menerima $700 juta; $160 juta dan $330 juta antara tahun-tahun 2009-2011 ke dalam akaun yang tiada kaitan dengan kegiatan 1MDB.

Cawangan bank BSI Switzerland menghadapi banyak persoalan

Dokumen-dokumen itu melemparkan tuduhan berkenaan kemungkinan pemalsuan beberapa dokumen dilakukan oleh 1MDB.

Minggu lepas Sarawak Report mendedahkan bahawa pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa penyata bank yang diragukan itu yang dinatar oleh 1MDB, untuk menyokong bukti mengenai kandungan akaun dana itu di BSI, adalah palsu, menurut bank itu.

Pihak bank itu telah menafikan penyata itu, yang dihantar oleh CEO 1MDB Arul Kanda, adalah dokumen yang sahih atau bahawa ianya mewakili gambaran sebenar akaun Brazen Sky, seperti mana USD$1.103 juta dikatakan oleh Perdana Menteri/Menteri Kewangan sebagai wang yang hilang.

Kini pihak penyiasat Malaysia menuduh 1MDB sebagai:

“telah memalsukan surat (kepada bank Negara Malaysia) dan menghantarnya ke Bank 2. Ini bertujuan untuk mempengaruhi Bank 2 supaya percaya bahawa BNM telah diberitahu bahawa sejumlah wang itu harus dibayar kepada akaun induk usahasama itu”

Wang yang dimaksudkan itu adalah USD$330 juta, yang telah dibayar kepada Good Star di bawah samaran untuk memberi pinjaman kepada PetroSaudi dan penyata di atas jelas menunjukkan bahawa 1MDB telah menunjukkan sepucuk salinan surat palsu yang sepatutnya dihantar ke BNM kepada bank pemberi pinjaman.

Sebenar, tiada surat sedemikian telah dihantar ke BNM berkenaan perkara ini, maka ianya telah mengelirukan pihak bank berhubung transaksi itu.

Hanya “tuduhan liar” kata PM semalam. Namun kenapa 1MDB tetap enggan memberi komen berkenaan bukti yang dipersembahkan setakat ini?

Dokumen-dokumen yang dihantar oleh para penyiasat itu jelas mengatakan bahawa mereka mengesyorkan agar Menteri Kewangan harus bertemu pihak Switzerland untuk mengesahkan jika Good Star pernah menerima pelbagai dana dan mengesahkan jika Jho Low adalah waris kepada syarikat itu.

Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan lebih lanjut berkenaan:

“penipuan dan pemalsuan dokumen-dokumen oleh 1MDB terhadap BNM” dan terhadap dua buah bank yang lain, salah satu darinya adalah Duetsche Bank.

Para penyiasat mengharapkan agar bank-bank yang relevan disoalsiasat atas kegagalan mereka mengemukakan laporan berkenaan transaksi-transaksi yang meragukan.

Namun, dengan adanya siasatan-siasatan dan syor-syor oleh pihak-pihak berwibawa di Malaysia dan di Singapura, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri semalam tetap menolak pendedahan-pendedahan berdokumentasi mengenai “tuduhan liar” ke atas 1MDB.

Adakah dia akan mengeluarkan dokumen-dokumen ini dan membenarkan tuduhan dikenakan terhadap pelaku kesalahan yang telah dikenalpasti oleh pihak penyiasat dari Malaysia sendiri?

[Catatan: Para wartawan bertanggungjawab melindungi pemberi maklumat mereka, begitu juga sesiapa yang mencipta laporan nrasmi ini dan siapa yang membocorkan bahan dan maklumat kepada SR. 1MDB dan pihak-pihak yang berkenaan yang telah menerima laporan ini, berhak untuk mengeluarkan kenyataan mereka atau membuat penafian – atau mencabar kami menerusi mahkamah. Para pembaca berhak dan bebas untuk membuat kesimpulan sendiri berdasarkan apa yang mereka baca.]