SUNGAI MAUT
Banyak kali kami terserempak dengan lelaki yang mencurigakan di sungai ini. Ada yang terkait dengan gejala dadah, maksiat dan pencerobohan menggunakan laluan sungai ini. Banyak kali juga kami gagal mengejar mereka.
Baru-baru ini pusat jualan amal kami di Sungai Tangkas telah diceroboh oleh beberapa lelaki sekitar jam 2 pagi. Mereka dikesan melalui CCTV sedang mencuri spot rim dari setor kami.
Apabila dikejar dalam gelap malam itu, mereka campak spot rim di tangan ke dalam sungai. Sepanjang gelap malam itu kami pusing seluruh kawasan untuk mengesan pencuri dan rim yang dihanyutkan namun tidak berjumpa.
9 spot rim untuk jualan amal itu didapati hilang. Selepas membuat lapuran polis, siangnya kami berjaya mengesan hanya 1 biji rim setelah menyusur sepanjang sungai. Yang lain tidak dijumpai.
Hari ini pihak bomba dilapurkan menemui mayat yang hampir mereput dan tidak dikenali identitinya ini di sungai itu.
Mungkinkah beliau adalah pencuri itu???
“Innalillahi wainna ilaihiroojiun”
WARGA PRIHATIN
* * * * *
Balai Bomba Dan Penyelamat Bangi
– added 5 new photos.
Pada jam 05:47 petang kawalan Bangi menerima panggilan dari balai Polis Bangi meminta bantuan untuk mengambil mayat di alamat Sungai Langat berhampiran UKM Bangi.
Jentera FRT Bangi diketuai PBK II Mohd Subkhi bersama anggota keluar ke lokasi.
Mangsa seorang lelaki identiti belum dikenalpasti dikeluarkan dari sungai dengan menggunakan strecher dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Kredit : Balai Bomba Bangi
[fb-e url=”https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10154069661262786.1073741954.176792972785&type=3″]