PIAGAM MADINAH – Strategi Terbaik Penyatuan Bangsa

Baru-baru ini ada pihak pertikaikan usaha penyatuan UMNO & PAS. Kami sangat berkecuali sebagai badan kebajikan yang sentiasa dikunjungi bukan saja oleh orang PAS dan juga orang UMNO, malah MCA, MIC, DAP, PKR dan parti-parti lainnya.

Kami muliakan dan menyayangi mereka kesemuanya sebagai tetamu kami tanpa mengira status sosial, agama, bangsa dan ideologi politik. Kayu rumah kami dan barang-barang elektrik seperti kipas dan lain-lain juga orang Cina yang beri. Orang India pun tolong kami untuk berniaga kereta dan membaiki kereta. Orang Melayu pun banyak membantu. Maka rumah kami tak memilih kaum kerana kami percaya 1Malaysia itu BUKAN SEKADAR duduk bersama dalam 1 lingkungan tetapi merasakan bela membela antara 1 sama lain seperti kita bela membela antara seorang abang dan adiknya, ibu bapa dengan anaknya, datuk nenek dengan cucunya.

Prinsip kami tidak lari dari prinsip Rasulullah s.a.w.. Dalam Piagam Madinah juga orang Yahudi & Nasrani yang tidak mahu mengikuti Islam disatukan apabila puak besar dari kalangan umat Islam iaitu Aus & Khazraj dapat disatukan (Orang Islam pada fasa Yathrib, sebelum kehadiran Muhajirin yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW). Yahudi tahu pada ketika itu Islam dari peninggalan Nabi Ibrahim sangat kuat dan menguasai majoriti penduduk Yathrib TETAPI dilemahkan oleh mereka dengan perpecahan melalui persengketaan saudara antara Aus & Khazraj. Maka Kaum yang besar beragama Islam yang berpandu pada milah-milah Ibrahim itupun menjadi lemah. Bayangkan jika orang Islam menguasai 60% populasi kalau buat election pun boleh menang, tapi orang Islam dah jadi 30% kerana pecah 2, kalau election pun mesti kalah dengan Non-believers yang bersatu.

Apabila datangnya Rasulullah SAW selaku seorang yang berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana “parti”. Tidak Aus tidak pula Khazraj, maka kedua-dua parti ini mampu disatukan. TIDAK Aus masuk Khazraj atau tidak Khazraj masuk Aus TETAPI mereka bersatu menjadi MADINAH.

Ini kaedah yang Allah ajar kepada Nabi dalam piagam madinah. Maka golongan majoriti telah bersatu dan megalahkan golongan minoriti yang juga bersatu. AKHIRNYA golongan minoriti tadi terbahagi kepada 2. Yang pertama mereka menuruti sistem kekhalifahan Islam dan yang ke-2 mereka masih tetap tidak menerima kekhalifahan dan membayar jizyah kepada kerajaan Madinah.

Teknik sudah ada, hebat sangatkah kita yang masih lagi mempercayai bahawa penyatuan tidak perlu berlaku…?

Sinisnya, situasi semasa piagam Madinah MIRIP apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Melayu, Islam yang majoriti terbahagi 2 golongan (UMNO + PAS/PKR). Sinisnya juga kerana golongan minoriti sangat bersatu. Sinisnya lagi apabila orang dalam parti sendiri yang mengusahakan penyatuan dan bukan satu parti berkecuali yang menjadi penyatu, secara psikologi dan sosiologi, anjuran penyatuan sebegini akan ditolak oleh pihak yang satu lagi..

Apapun, apa yang dalam piagam Madinah itu sudah masuk skop yang besar. Sebelum itu, dengan konsep yang hampir sama, Nabi telah satukan Kabilah Arab yang bertelagah untuk hak meletakkan semula batu Hajar Aswad yang jatuh ke tempatnya. Semuanya dengan sifat amanah al-Amiin dan berkecualinya Rasulullah s.a.w.

Jika sejarah kenabian hanya dibaca untuk suka-suka, anda samalah macam baca novel untuk hiburan. Tapi jika anda bacanya dengan strategik, anda akan lihat pelajaran besar yang mampu membimbing kita menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan yang terkait dengannya.

UMNO cakap PAS kafir. PAS cakap UMNO kafir, masing-masing ada asas tersendiri. Para pemimpin masing-masing saling melompat-lompat ke sana ke mari. Kami tak mahu jadi kafir dengan menyokong mana-manapun. Kami masih tetap berkecuali. Hasil kajian kami semakin ramai golongan berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang sedang berpecah belah ini. Akibatnya semakin mengurang kekuatan yang ada. Tidak kah ini menunjukkan yang penyatuan sangat perlu untuk disegerakan?

WARGA PRIHATIN