NED, NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar
Nota : Rencana ini mengupas peranan NED melaksanakan peranannya sebagai badan penakluk negara-negara luar yang tidak sehaluan dengan Amerika Syarikat. NED turut menaja dua badan lain iaitu IRI dan NDI dalam melaksanakan misi penaklukkan itu. Tiga instrumen kerajaan Amerika yang penting dalam proses penaklukan negara luar adalah NED, NDI dan IRI. Bantuan sepenuhnya diberikan kepada tokoh dan parti politik luar negara yang berjuang menggunakan tema Reformasi.
National Endowment for Democracy (NED) atau Pembiayaan Kebangsaan Untuk Demokrasi adalah tidak lebih dari sebuah program yang memakan kos yang tinggi iaitu suatu dana pembayar cukai AS diambil untuk menaikkan ahli dan parti politik yang disenangi AS di seluruh dunia.
Apa yang telah NED lakukan di luar negara, melalui organisasi penerima National Democratic Institute (NDI) atau Institut Demokrasi Kebangsaan dan juga melalui International Republican Institute (IRI) atau Institut Republikan Antarabangsa, sudah tentu sesuatu yang tidak sah di Amerika Syarikat.
NED telah menyuntik “soft money” atau wang pengaruh ke dalam pilihanraya dalam negara di negara-negara luar di atas permintaan satu-satu parti tertentu.
Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan beberapa ratus ribu Dolar untuk membantu ahli dan parti politik di sebuah negara miskin di seluruh dunia?
Terutamanya Orwellian dengan menamakan manipulasi pilihanraya negara luar dengan tema “menggalakkan demokrasi”.
Apa yang dirasakan oleh rakyat Amerika sekiranya rakyat China datang dengan berjuta-juta dolar untuk menyokong sesetengah calon yang dianggap rakan kepada China? Adakah ini akan digambarkan sebagai satu perkembangan demokratik?
Dalam satu kajian yang cemerlang tentang kebodohan NED, Barbara Conry mencatatkan bahawa :
“NED, mempunyai sejarah rasuah dan salah urus kewangan, adalah lebih daripada yang diperlukan dan kerap kali memusnahkan. Melalui pembiayaan, pembayar cukai rakyat Amerika telah membayar kepada kumpulan yang mempunyai minat yang khusus untuk menganggu kerajaan sah dari negara rakan baik yang dipilih melalui pilihanraya, menganggu pilihanraya negara-negara luar, dan menggalakkan rasuah dalam gerakan demokrasi…
“…Kontroversi yang berlegar di sekitar NED mempersoalkan tentang kebijaksanaan dalam memberikan arahan kepada pertubuhan yang seakan-akan organisasi persendirian untuk menentukan keberkesanan dasar luar yang bebas dibawah kepalsuan “menggalakkan demokrasi”.
“Penyokong NED menegakkan pendirian bahawa sebuah organisasi persendirian adalah perlu untuk mengatasi kekangan yang membataskan aktiviti- aktiviti sebuah agensi kerajaan, namun begitu mereka menegaskan bahawa pembayar cukai rakyat Amerika memberikan pembiayaan penuh untuk inisiatif ini”
“Pengkritik NED memberikan tumpuan kepada percanggahan semulajadi yang berlaku dalam sebuah organisasi yang dibiayai oleh awam yang ditugaskan untuk melaksanakan dasar luar negara (satu kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan di dalam Perlembagaan) yang masih belum dikekecualikan daripada semua kawalan politik dan pentadbiran…”
“… Dalam analisis terakhir, pembiayaan ini merangkumi aspek yang paling negatif dalam bantuan persendirian dan bantuan rasmi luar negara. Bahaya yang terselindung akibat daripada pengagihan kuasa pusat kepada peringkat bawahan dalam usaha dasar luar negara, digabungkan pula dengan tekanan bahawa Amerika Syarikat sedang cuba untuk membuat percaturan di seluruh dunia”.
NED bergantung kepada pembiayaan pembayar cukai rakyat Amerika, tetapi disebabkan NED bukan sebuah agensi kerajaan, maka ianya tidak tertakluk di bawah penyeliaan Kongres.
Sesungguhnya, NED adalah satu instrumen dasar luar negara yang telah dibiayai dengan hebat.
Semenjak penubuhannya pada 1983, NED telah diketuai oleh Carl Gershman, ahli kumpulan Sosial Demokrat AS yang menganut fahaman neo-Trotskyite (fahaman prinsip revolusioner Rusia yang dipimpin oleh Leon Trotsky).
Barangkali ini adalah satu sebab penting mengenai apakah yang telah dilakukan oleh NED di negara bekas Blok Komunis yang berakhir dengan memanfaatkan bekas komunis di negara-negara tersebut.
Seperti yang ditulis oleh Christine Stone, Pengarah British Helsinki Human Rights Watch :
Kedua-dua instrumen (IRI dan NDI) telah mendapat tajaan besar daripada NED….sebaliknya NED pula menerima wang daripada pembayar cukai rakyat Amerika.
Kedua-duanya mengalu-alukan pengembalian kuasa bekas pemimpin Komunis yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang bermaksud memilih askar-askar berfahaman kiri dan mempunyai idea kebebasan hebat…
Skender Gjinushi, Speaker Parlimen Albania, berterima kasih kepada IRI kerana memberikan bantuan dalam merangka perlembagaan Albania pada 1998. Apa yang tidak dikatakan oleh IRI adalah Gjinushi merupakan seorang ahli Parti Stalinist Politburo of Enver Hoxha’s, sebuah parti yang kejam (sehingga 1990) dan merupakan salah seorang penganjur utama rusuhan yang telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Parti Demokratik (pada 1997) dan kematian lebih dari 2000 orang.
Presiden Stoyanov dari Bulgaria dengan nada mengampu mengatakan : “ Tanpa sokongan IRI kita tidak akan pulang ke sini dengan secepat ini’. Setakat ini adakah mereka berpendapat bahawa Ivan Kostov (yang memberikan pujian rasmi kepada IRI) telah disingkirkan daripada mengajar subjek Marxism-Leninisma di Sofia University untuk menjadi Perdana Menteri Bulgaria dan seorang pemimpin “perubahan”(Reformasi).
Di Slovakia, NED telah menaja beberapa inisiatif yang mensasarkan untuk menewaskan kerajaan Perdana Menteri Vladimir Meciar yang dipilih secara bebas, dimana beliau telah dianiaya oleh regim Komunis yang lepas.
Selepas pilihanraya, majalah IRI telah menyatakan dengan bongkak bahawa “Tinjauan undi IRI telah mengubah cara kempen,” dengan menambah bahawa usaha IRI menjamin “satu kemenangan untuk mereka yang memperjuangkan perubahan (reformer) di Slovakia.” Apa yang tidak disebutkan oleh IRI adalah kebanyakan reformer ini telah menjadi pemimpin bekas regim Komunis di Czechoslovakia dahulu. Adakah ini demokrasi?
Paling terbaru, Presiden IRI George A. Folsom tahun lepas telah memuji satu rampasan kuasa terhadap presiden Venezuela yang dipilih melalui pilihanraya demokratik, dengan mengatakan, “ Semalam, dipimpin oleh setiap bahagian dalam masyarakat awam, rakyat Venezuela bangkit untuk mempertahankan demokrasi di negara mereka”.
Kemudian, didedahkan bahawa NED telah memberikan bantuan kewangan kepada organisasi yang memulakan pemberontakan ganas di jalanan terhadap pemimpin Venezuela yang sah. Lebih daripada 12 orang awam terbunuh dan beratus-ratus lagi tercedera dalam cubaan rampasan kuasa ini. Adakah ini menggalakkan demokrasi?
NED, dengan campur tangan di dalam pilihanraya dan politik dalaman negara- negara luar, telah mendatangkan mudarat kepada Amerika Syarikat daripada mendatangkan kebaikan. Ianya boleh mencetuskan kemarahan dan niat buruk terhadap Amerika Syarikat di kalangan berjuta-juta orang di seluruh dunia.
Adalah terlambat untuk menyekat bantuan kewangan kepada peninggalan Perang Dingin ini dan memulangkannya kembali kepada dasar luar negara yang diwujudkan oleh tokoh-tokoh kita yang terdahulu, berdasarkan kepada hubungan terbuka dan perdagangan dengan semua negara dan bebas daripada melakukan campur tangan dan manipulasi di dalam urusan dalaman ke negara lain.
Ron Paul adalah ahli Kongres Republikan dari Texas. Beliau merupakan calon Presiden Parti Libertarian pada 1998.AIDC menterjemah artikel beliau bertajuk “National Endowment for Democracy: Paying to Make Enemies of America “, yang ditulis pada 11 Oktober 2003