ADA YANG TIDAK KENA BILA RAIS YATIM PUN TERPAKSA ‘ANGKAT SUARA’
.
Jarang kita dapat dengar suara orang lama ini secara terbuka begini. Inilah tokoh pemimpin yang ‘dibenamkan’ oleh UMNO kerana berjuang hanya dengan ilmu dan prinsip. Tiada duit untuk tabur dedak sedangkan pemilihan pemimpin memang ‘perlukan’ itu… kerana “CASH IS KING”.
.
Meremang bulu roma apabila beliau singkap mengapa pengiktirafan UEC wajib ditentang. Silap pemimpin Melayu sendiri yang ‘lupa diri’, bodoh dan malas berfikir.
.
Kini tulisan jawi contohnya sudah tidak diketahui lagi sehingga Utusan Melayu ‘bungkus’ kerana tiada pembaca. Hazanah ilmu melalui tulisan jawi pupus terus.
.
Pelbagai akhbar Cina pula kekal di pasaran kerana ada pembacanya. Pemimpin mereka pertahankan bahasa ibunda mereka. Kini mereka ingin menuntut pengiktirafan rasmi dalam kerangka sistem pendidikan Negara Malaysia pula.
.
Renung-renungkanlah. Tidak perlu lagi bercakap banyak. Tidak perlu lagi berhimpun lama…. tertarik dengan pantun beliau,
KERANGKAP DI TEPI PERMATANG
PERMATANG ADA DI SANA
BERCAKAP JANGAN PANJANG
BERHIMPUN JANGAN LAMA
.
Bangunlah dari tidurmu wahai Me-layu…
Jadi cerdiklah, jangan biar diri diperbodohkan lagi dan lagi…
.
WARGA PRIHATIN