LAGI KES BUANG BAYI DI KLANG
KLANG | 5 November 2015 : Seorang bayi lelaki bertali pusat yang baru dilahirkan dan masih hidup ditemui menangis, tanpa pakaian oleh orang awam pagi ini.
Bayi tersebut ditemui di lantai pondok sebuah taman permainan di Kota Bayu Emas di sini oleh seorang lelaki berusia 32 tahun kira-kira jam 8 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Komisioner Azman Abdul Razak, lelaki ini dikatakan mendapat maklumat tentang bayi itu oleh seorang warga asing. Ia kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
******
Innalillahiwainnailaihiroojiun.
Sesungguhnya ini adalah musibah sosial yang tidak nampak tanda untuk mengurang. Namun kesedaran ibubapa, para pemimpin dan masyarakat amnya masih terlalu sedikit. Program hiburan dan sajian sajian berunsurkan maksiat semakin diperbanyakkan.
Namun begitu, kita tetap bersyukur kerana bayi ini berjaya diselamatkan.
WARGA PRIHATIN