RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM

RM2.6 BILION DIDAKWA DALAM AKAUN NAJIB DARI DANA PENDERMA, BUKAN 1MDB – SPRM
Astro Awani | Ogos 03, 2015

Sangat mengejutkan. Tidak sampai sejam sudah lebih 9,000 likes, 7,000 komen, lebih 6,000 share untuk artikel berita ini.

Ramai yang musykil dengan istilah ‘derma’ tu… Dalam Islam derma dikaitkan dengan SEDEKAH. Ini membawa maksud bukti MEMBENAR atau MEN’SIDDIQ’KAN suatu keperluan 8 asnaf atau untuk membenarkan usaha ibadah atau jihad fisabilillah (QS:9/60)

Mungkin perlu dijelaskan lebih lanjut dengan istilah dan tujuan ‘derma’ itu. Jika tidak, maka inilah jadinya… YAB Perdana Menteri hangit kena sindir dan dicerca dengan kenyataan yang tergantung ini.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.

Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas wujud pelbagai siasatan yang diadakan secara serentak ke atas beberapa organisasi berkaitan.

SPRM sendiri memberi tumpuan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Warga Prihatin's photo.