YAB PM Lancar Proton Perdana Berwajah Baru Sebagai Kereta Rasmi Kerajaan

00 perdana pmYAB PM Lancar Proton Perdana Berwajah Baru Sebagai Kereta Rasmi Kerajaan

KECOH di sana sini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Ada kami kutip 16 gambar terbaru untuk santapan mata (nak beli pun tak dijual untuk orang awam). Bagi anda yang ingin membaca berita ringkas dan melihat gambar yang lebih jelas, sila klik link ini.

http://prihatin.net.my/web2/2013/12/11/pm-lancar-proton-perdana-berwajah-baru-sebagai-kereta-rasmi-kerajaan/

Dua unit EDISI KHAS (Limousin) Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk YAB PM dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib Razak juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Sebagaimana biasa Pelbagai telahan diperkatakan mengenai isu ini. Ada yang suka dan memuji kecantikannya. Malangnya kereta ini tidak akan dijual kepada orang ramai.

Ramai juga yang mencaci kerana kereta itu menciplak bulat-bulat kereta Accord yang diwar-warkan bakal dijadikan kenderaan kerajaan menggantikan Proton Perdana baru baru ini. golongan ini mengutuk kerajaan yang masih meneruskan niat menggantikan Perdana dengan Accord, hanya dengan menukar logo Honda kepada Proton untuk mengaburi mata rakyat.

Kami tidak mahu mengulas panjang dalam isu ini bahkan hanya mengambil pendirian yang agak neutral. Penukaran kenderaan yang sudah terlalu lama untuk pegawai kerajaan memang wajar dan menjadi amalan biasa. Oleh itu tiada gunanya mempolitikkan isu ini kerana ada banyak lagi isu yang melibatkan kesejahteraan rakyat yang harus difikirkan.

Sebelum ini memang kita semua agak terasa hati apabila kerajaan bercadang untuk menggantikan jenama Proton kepada Accord sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Oleh itu apa yang diumumkan semalam adalah sesuatu yang sedikit melegakan hati. Sekurang kurangnya kerajaan masih menggunakan logo Proton dan ini sedikit sebanyak membantu mengekalkan semangat patriotisma rakyat untuk terus menyokong industri otomotif tempatan.

Nilai Patriotisma ada harganya yang perlu dibayar. Keselamatan pemimpin juga menjadi faktor penting yang harus diambil kira. Oleh itu ciri-ciri keselamatan yang direka khas untuk kenderaan kerajaan mungkin ada munasabahnya. Kita juga tidak mahu pegawai dan pemimpin kerajaan sendiri demotivated untuk menaiki kenderaan rasmi yang kurang kualiti dan ciri keselamatannya. Jauh sekali sanggup melihat mana-mana pemimpin yang terhumban ke gaung semasa menaiki kenderaan rasmi. Dengan situasi jenayah yang agak menakutkan seperti sekarang, kita juga ingin keselamatan pemimpin kita sedikit sebanyak terjamin. Tidak sanggup kita melihat mereka ditembak dari luar kenderaan (harap-harap kereta baru ini kalis peluru).

Manalah tahu beberapa tahun lagi kita akan dapat merasa kereta khas ini apabila kerajaan sudah tidak mahu menggunakannya dan membuat lelongan awam. Kita harap kerajaan jaga kenderaan ini sebaik mungkin supaya kita marhaen yang kais pagi makan pagi ini dapat merasa keselesaannya apabila ia dilelong kelak. Cuma harap janganlah sekali kali bercadang melupuskan pula kenderaan melebihi 12 tahun selepas ini agar rakyat bawahan juga turut mampu merasai pemilikannya.

Intaian berita
WARGA PRIHATIN