SISTEM PERLANTIKAN PEMIMPIN YANG TIDAK ISLAMIK
SISTEM DAJJAL TELAH MEMBUATKAN KITA TENGGELAM PUNCA
Sedikit sebanyak baki kuasa yang ada di tangan umat Islam kini sedang dikikis dan dihakis oleh Dajjal. Semakin hari keadaan semakin meruncing. Hanya golongan yang meneliti dan mengkaji sahaja yang nampak jelas situasi amat genting ini dan implikasi jangka pendek dan jangka panjang darinya.
SISTEM PERLANTIKAN YANG TIDAK ISLAMIK
Jika pemimpin sudah tidak dilantik mengikut cara Islam, pasti sukar untuk mendapatkan kepimpinan Islamiknya. Anak kecil pun boleh faham dengan begitu banyak hadis yang terkait dengan kesilapan kaedah memilih pemimpin yang sedang kita amalkan ini. Daripada pemilihan pemimpin dalam institusi masjid, organisasi agama dan sosial maupun dalam pembentukan kerajaan, itulah kebanyakan cara yang kita gunakan. Pemimpin menawarkan atau mencalunkan diri untuk bertanding dan dipilih melalui sistem undi.
Dalam surah al-Maidah (Hidangan) yang menggambarkan Islam itu sudah sempurna, jelas diterangkan kelemahan sistem undi dalam ayat 90 dan 91. Sistem undi itu Allah katakan bakal menyebabkan kita menjadi hamba nafsu, mabuk mengagungkan calon dan kelompok kita melebihi keagungan tuhan. Undi juga menyebabkan kita berpecah-belah, bermusuhan, berjudi dan mempertaruh nasib, melupakan tuhan dan sebagainya.
INSTITUSI PENASIHAT DAN RAJA DALAM PERLANTIKAN PEMIMPIN
Kita ada sistem beraja yang dianjurkan Islam, namun kita campur aduk dengan sistem lain yang menyebabkan kita gagal membina kekuatan dari sistem Islam itu. Kita ada majlis fatwa, dewan ulamak, namun mereka seharusnya menjadi institusi yang bebas dan pro-aktif memerhati benar salahnya segala sesuatu. Mereka seharusnya menjadi penasihat kepada Raja dan memanda menteri, termasuk urusan perlantikan pemimpin dan qadhi, tanpa kepentingan diri kerana merekalah pewaris nabi. Namun kini praktiknya tidak begitu lagi.
Rasulullah SAW berkerja keras menjayakan dakwah baginda. Setelah berjaya, baginda hanya menasihati para pemimpin negara lain untuk menggunapakai sistem Islam yang Allah kurnia. Baginda sekadar memberi khidmat nasihat, tidak rakus mengambil alih sebarang kuasa, melainkan terus menyerahkan kepada penyandang sedia ada. Perbalahan dan ‘Vacum of power’ yang berlaku pada Auz dan Hazraj, Yahudi dan Nasrani hanya memerlukan kebijaksanaan baginda menyatupadukan mereka. Demikian hebatnya Sistem Islam.
Kita pula berbeza. Kita yang ada ilmu kepimpinan tidak sudi menasihati dengan ikhlas. Sebaliknya, sibuk berusaha menumbangkan lawan untuk merampas kuasa. Dengan ancaman itu penyandang pula akan berkeras mempertahankan diri. Maka terus meneruslah kita bermusuh tanpa henti. Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan kedaulatan negara kita sendiri.
NIKMAT KUASA YANG HILANG TIDAK AKAN KEMBALI LAGI
Cuba pelajari sungguh-sungguh isi surah 53 An-Najm (Bintang), yang hanya ada 62 ayat itu. Allah larang kita meletakkan Tahta(al-Latta), Harta(al-Huza) dan Wanita(al-Manna) sebagai sembahan. Namun itulah yang menjadi sasaran kepimpinan kita. Pelajari apa yang Allah kisahkan dalam surah itu, bagaimana telah dihapuskan beberapa negeri dan kaum sebelum ini. Perhatikan bagaimana kisah kaum ‘Ad dan Samud, bagaimana kaum Lut, bagaimana kaum Nabi Noh a.s. dan lain-lainnya dibinasakan.
Ingatlah ketetapan Allah yang sudah tetap, ditetapkan dalam kitab. Begitu banyak Allah nyatakan jika kita tidak memikul amanah mengikut manual yang telah ditetapkan, maka Allah akan gantikan kita dengan kaum yang lain. Selepas itu, sekali-kali kita tidak akan berjaya mendapatkan semula kuasa yang telah Allah pindahkan dari kita.
Perhatikan Yahudi yang telah mengkhianati Taurat, Nasrani yang telah mengkhianati Injil. Allah gantikan dengan al-quran dan Allah utuskan insan lain yang bernama Ahmad. Alhamdulillah Rasulullah SAW berjaya membangunkan agama Allah ini dengan sempurna. Namun sepertimana kisah sebelumnya, manusia itu bersifat lalai selalai-lalainya. Demikianlah peristiwa ADAM a.s. yang LUPA, menyebabkan baginda dikirim ke dunia. Itulah kata pokok NASI, asal nama manusia yang mafhumnya PELUPA.
Demikianlah halnya apabila kita telah terlepas kuasa yang Allah kurnia, maka sukar untuk memungkinkan kita merebutnya semula. Israel yang berjaya membeli tanah-tanah Palestine yang dahulunya rakus mengejar harta telah berjaya menindas membunuh umat berdekad lamanya. Aceh, Serambi Mekah Nusantara juga terlalai, sahingga terlantik Snouck Hurgeronge, seorang Mubaligh Kristien yang menyamar alim dengan nama Kiai Haji Abdul Ghafur dan berjaya menjadi Mufti mereka untuk memesongkan akidah umat. Hingga kini Aceh kehilangan kuasa agama, tidak mampu direbut semula.
Begitu juga Melaka, yang namanya sahaja bermakna Raja, Malik, Kuasa. Dahulunya menjadi Pusat Pemerintahan Wilayah kekuasaan Islam Nusantara. Akibat kelalaian dan adu domba, akibat tamakkan harta dan kuasa, maka kalangan kita sanggup menggadai maruah. Kini melaka yang dahulunya amat besar wilayahnya, kini menjadi negeri paling kecil sahaja. Lambang raja pada namanya juga sudah tiada kerana Melaka sendiri sudah tiada Raja.
Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa kami dirikan. Demikian Islam sudah beralih pusat dari Melaka ke Demak yang bermaksud Darah. Di sana ada Tasik Malaya, di sana juga ada Wali Songo (Wali 9). Samalah juga keadaannya, apabila amanah diabaikan maka kini segalanya sirna dan Islam kehilangan kuasa. Demikian juga Filipina, Indochina, Singapura dan lain-lain yang dahulunya sudah mendapat ‘agama’ namun kini ghaib semuanya.
SERUAN KAMI – BERSATULAH DENGAN HATI TERBUKA
ISLAM itu penyatuan, ‘Ummatun Wahidah’. Janganlah kita lupa akan ancaman Allah yang akan menghancurkan kita, jika amanah memelihara anugerah Islam yang telah Allah kurnia kepada kita tidak dijaga. Carilah jalan untuk selamatkan sedikit lagi nyawa-nyawa ikan kuasa yang ada di tangan kita. Janganlah kita hancurkan baki yang ada hanya kerana mementingkan Tahta, Harta dan Wanita. Ingatlah, sekali ia hilang, kita tidak akan berjaya mengembalikannya semula.
Ingatlah juga, tanpa nikmat dari kuasa Islam yang Allah pinjamkan melalui kehebatan agama ini, kita semua tiada apa-apa sama sekali. Sebahagian dari kita yang sedang memegang kuasa sekarang juga jangan lupa, anda di atas sana menumpang nikmat perlindungan agama ini, perlindungan AKTA tubuh negeri dan beberapa institusi yang masih berbaki, yang tidak pasti sampai bila boleh mampu berdiri.
PANGKAT DARJAT TIADA DAULATNYA LAGI
Ingtlah bahawa Islam itu berdaulat. Kita semua kini sedang memerhati dan merasai bagaimana pangkat, tahta yang ada pun sudah tidak dipeduli, sudah tidak dihormati lagi. ‘Yang Maha Mulia’ pun sudah tidak dimuliakan. ‘Yang Amat Berhormat’ sudah tidak dihormati. ‘Yang Berhormat’ semuanya menjadi bahan caci dan maki. Keadaan kita sudah 50:50. Itulah hakikat kewujudan kelompongan kuasa, ‘vacum of power’.
Amat jelas dan membimbangkan sekali fenomena ini. Pelbagai Pangkat dan Anugerah BINTANG KERHORMATAN, yang tersangkut di baju atau disebut di pangkal nama pun sudah dibenci. Semuanya berguguran di bumi pertiwi sendiri.
Surah 53. An Najm (bintang)
1. Demi bintang ketika terbenam.
2. Kawanmu tidak sesat dan tidak pula keliru.
3. Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya.
4. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.
5. Yang diajarkan kepadanya oleh yang sangat kuat.
6. Yang mempunyai akal yang cerdas; dan menampakkan diri dengan rupa yang asli.
7. Sedang dia berada di ufuk yang tinggi.
8. Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi.
9. Maka jadilah dia dekat dua ujung busur panah atau lebih dekat lagi.
10. Lalu dia menyampaikan kepada hambaNya apa yang telah Allah wahyukan.
11. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya.
12. Maka apakah kaum hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya?
KESIMPULAN
Tidak cukup ruang untuk dihurai semua hasil kajian yang menjelaskan kaedah perlantikan yang perlu dikaji semula. Cukuplah sedikit gambaran agar kita dapat merenung ke dalam diri dan institusi di mana sahaja kita berada serta sedang memperjuangkannya.
Kembalikanlah kemurnian sistem syuro, saling nasihat menasihati dalam suasana keluarga, dengan tulus kerana kepentingan agama Allah, tanpa kepentingan peribadi. Hentikanlah budaya debat yang menyuburkan amarah, bantah membantah, yang mengekalkan suasana permusuhan dan melemahkan kita. Hidupkanlah semula fungsi ulamak yang berjemaah, bersatu hati meneliti dan menasihati Raja serta Menteri tanpa kepentingan peribadi. Nasihatkanlah perlantikan pemimpin, agar hanya dipilih yang berilmu, sanggup susah dan miskin kerana mempertahankan amanah kepimpinan mereka, bukan yang gila kuasa dan ingin kaya raya.
Semoga Allah masih mahu mengampuni kita dan sudi memberi hidayahnya. Jika tidak, mari sama-sama gali kubur kita, atau bersedia untuk bungkus kain baju, mengembara di bahagian bumi yang lainnya. Ini kerana nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di bumi bertuah ini bakal Allah serahkan kepada kaum lain yang lebih mengerti dan berhati suci, DAN pasti kita tidak mampu merebutnya kembali.
Hasil Iqra’
WARGA PRIHATIN