Ramai Yang Tak Tahu! Kenapa Bayi Pengemis Selalu Tidur Dari Pagi Hingga Petang

Berhampiran stesen di sebuah bandar besar duduk seorang wanita dengan usia yang tak diketahui. Rambutnya kotor, kepalanya tertunduk dalam kesedihan.

Wanita itu duduk di lantai kotor dan di sebelahnya terletak sebuah beg. Dalam beg itu orang melemparkan duit. Mengemis. Di tangan wanita, tidur seorang bayi berusia lingkungan satu hingga dua tahun. Bayi itu berpakaian kotor.

 

pengemis-kaya

Kebanyakan orang yang lalu-lalang akan memberikan duit. Selalunya orang akan merasa kasihan pada orang yang kurang bernasib baik ini. Kami bersedia untuk memberikan orang-orang malang itu kemeja terakhir kami, duit terakhir kami di dalam beg tanpa ragu ragu.

Saya berjalan memerhatikan seorang pengemis selama satu bulan. Tanpa memberikan wang.Ya! kerana saya tahu bahawa ini adalah geng  atau sendikit yang didalangi seseorang dan wang yang dikumpul oleh pengemis akan diberikan kepada sesiapa yang mengawal pengemis di kawasan tersebut rata-ratanya dikalangan orang-orang yang mempunyai banyak harta, dan berkereta mewah.

Sebulan kemudian, saya berjalan melewati pengemis, seketika saya merasa terkejut!

Saya di persimpangan yang sibuk, menatap bayi, berpakaian seperti biasa yang sangat kotor. Saya diselubungi satu perasaan yang pelik ketika memerhatikannya, termasuk seorang anak kecil di sebuah stesen kotor dari pagi hingga petang.

sedekah-2

Bayinya tidur. Tidak pernah menangis atau menjerit, selalu tertidur, menanam wajahnya di riba seorang wanita yang dikatakan ibunya.

Adakah anda mempunyai anak-anak antara usia 1 hingga 3? Atau pernahkan anda lihat bayi seusia itu sedang tidur?  Adakah anda ingat  bagaimana mereka tidak dapat  tidur lebih dari 2 jam pada suatu masa? Namun, anak-anak kecil ini selalu tertidur bersama ibu yang sedang duduk mengemis. Selalu! Nampak tak persaan curiga mula timbul di situ dengan seribu tanda Tanya.

“Kenapa dia tidur sepanjang masa?” Saya bertanya (kepada pengemis), menatap bayi.

Wanita itu pura-pura tidak mendengar soalan saya. Dia menunduk dan menyembunyikan wajahnya di kolar jaket lusuh nya. Saya mengulangi soalan itu. Wanita itu melihat ke atas, melhat saya, seakan kesal dengan soalan saya.
“B * ngs * t”, bibirnya bergumam…

Di belakang seseorang menaruh tangannya di bahu saya. Segera saya  menoleh ke belakang. Seorang lelaki tua itu melihat saya tidak bersetuju: “Apa yang anda inginkan darinya? Tidakkah kamu lihat dan sedar betapa susahnya kehidupannya ?.” Dia mengambil beberapa syiling dari poketnya dan memberikan kepada pengemis tersebut.

Pengemis itu menunjukkan raut wajah  berterima kasih dan kesedihan. Orang itu melepaskan tangannya dari bahu saya dan berjalan keluar dari stesen.

Hari berikutnya saya menghubungi seorang rakan.  Dari rakan saya, saya berjaya membongkarkan bahawa pengemis itu adalah sebuah perniagaan, walaupun kelihatan spontan, jelas terancang dan diawasi oleh lingkaran organisasi kejahatan.

Anak-anak yang digunakan adalah anak hasil “menyewa” dari keluarga penagih alkohol, atau hasil penculikan.Saya memerlukan jawapan atas soalan – mengapa bayi sering tidur? Dan akhirnya saya mengetahuinya. Rakan saya berkata kepada saya, “Mereka diberikan heroin, atau vodka”

Saya tercengang. “Siapa yang diberikan heroin atau vodka ?!”

Dia menjawab, “Anak itulah, sehingga ia tidak menangis. Wanita itu akan duduk sepanjang hari dengan dia, Bayangkan bagaimana anak itu diam tidak normal sedangkan mereka selalunya akan menangis jika berada dipangkuan ibu dalam tempoh masa yang panjang seharian?”

542483ddb6ae5.image

Trik kotor  untuk membuat bayi tidur sepanjang hari, ia diberikan dengan vodka atau ubat-ubatan (dadah). Ini akan mengakibatkan  tubuh anak-anak tidak mampu mengatasi bahan-bahan KERAS tersebut. Kebanyakan anak kecil itu akan terkujur diam tanpa banyak ragam. Hal yang paling mengerikan – kadang-kadang anak-anak meninggal selama “hari kerja”. seorang “ibu” harus memegang mayat anak kecil di tangannya sampai malam. Ini adalah peraturan. Bagi orang yang lalu lalang pula, mereka akan memberikan beberapa wang ke poket pengemis, dan percaya bahawa mereka melakukan perbuatan baik- ”Membantu ibu tunggal”.

Hari berikutnya saya sedang berjalan di  stesen yang sama. Saya membawa identiti seorang wartawan untuk menyelidik, dan sudah bersedia untuk pembongkaran yang serius! sayangnya pembicaraan tidak berhasil.

Namun, terjadi hal ini:

Seorang wanita sedang duduk di lantai dan di tangannya seorang anak kecil. Saya bertanya soalan tentang sijil kelahiran kanak-kanak, dan yang paling penting, di mana anak kecil kemarin yang ia diabaikan.

Kelakuan saya diprotes oleh orang yang lalu-lalang di situ. Saya diberitahu bahawa saya sudah gila kerana berteriak pada pengemis miskin dengan seorang anak. Akhirnya, saya diheret keluar dari stesen dalam kehinaan. Satu hal yang masih perlu adalah untuk memanggil polis. Ketika polis tiba, pengemis dengan bayi dah pun hilang.

Apabila anda melihat seorang wanita dengan seorang kanak-kanak, mengemis, berfikir sebelum anda menderma. Ya kita semua tahu bahawa sedekah dan derma itu suatu perkara yang sangat mulia dan dituntut. Namun cuba anda fikirkan tentang hal yang terjadi diatas, jika bukan kerana ratusan ribu pemberi sedekah, perniagaan seperti ini sudah lama MATI.

YA! Perniagaan akan mati dan bukan lah kanak-kanak. Jangan melihat kanak-kanak yang sedang tidur dengan kasih sayang. Lihatlah dengan lebih teliti. Sekarang anda sudah tahu mengapa kebanyakan kanak-kanak tersebut tidur di tangan pengemis bukan?

Kongsi artikel ini , dan ketika anda membuat keputusan  lagi untuk menyumbang kepada pengemis, ingat bahawa amal yang anda lakukan boleh jadi kematian bagi kanak-kanak kecil lain. Semoga anak-anak kecil di pelihara dan di letakkan dalam perlindungan Allah SWT.

Artikel credit/resources : suarainsan.net