Nasib Polis : Bekorban tetapi masih dicemuh dan dihina.
Berita jam 8 malam tadi mengumumkan bahawa semua anggota PDRM tidak dibenarkan cuti musim raya tahun ini. tidak lebih dari 10% sahaja dibenarkan, itupun dari jabatan yang tidak terkait secara lansung dengan penjagaan keselamatan rakyat.
Subhanallah, kami tersentak dengan pengumuman itu. Sedarlah kita betapa mereka sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dari kebahgiaan diri dan keluarga sendiri dalam menghadapi kegembiraan musim perayaan yang datang setahun sekali ini. Menjelang ketibaan syawal setiap tahun, inilah fenomena yang kita akan lihat.
Jauh di desa sana kesemua anggota PDRM mempunyai keluarga, ibu bapa tua menanti kepulangan penuh rindu, ada adik beradik yang ingin bertemu beramah mesra setahun sekali, ada anak dan isteri macam insan lain juga.
Isunya sekarang ialah, sejauh mana kita simpati, kita hargai, kita beri kerjasama pada mereka…?
Sudahlah beban tugas mereka bertambah di musim perayaan, risiko diri juga bertambah, kutukan masyarakat MENAMBAH lagi beban psikologi mereka. Tidak seperti pihak lain yang ramai juga tidak dapat cuti seperti BOMBA, TENTERA, DOKTOR, NURSE dll. Itu empati (bukan simpati) yang ingin kami seru dari masyarakat. Kasihilah mereka atas pengorbanan mereka.
Pergolakan politik negara banyak pengaruhnya terhadap penurunan apresiasi kita kepada mereka. Masyarakat terlalu sinis dan berprasangka buruk terhadap anggota PDRM. Pernah kami buat program rumah terbuka yang agak besar dan memanggil PDRM MENGADAKAN PAMERAN CEGAH JENAYAH di desa ini, namun sambutan masyarakat sangat dingin.
Di desa ini saja, 6 buah motosikal dicuri sepanjang Ramadhan tahun lalu, pelbagai kecurian bateri kereta, lori, bas, spot rims, meter kereta, radiator, spot light, tong gas dan macam-macam lagi berlaku hampir setiap hari. Anasir maksiat, dadah, judi, arak jangan ceritalah, sampai kami tak larat nak simpan rakaman dari cctv kami. Ketua Kampung pun dah naik bingung.
Malangnya ialah, atas dasar kebencian dan ‘tidak suka’, kebanyakkan mangsa tidak mahu MELAPOR kepada PDRM atas alasan APA PDRM BOLEH BUAT? SELAMA INI MANA ADA YG DAPAT BALIK? Dan macam-macam lagi alasan. Dalam satu kes, pada satu hari itu penduduk kampung berjaya mendapatkan semula motor yang dicuri. Hari ini tangkap, esok motor orang yang menangkap itu sendiri yang dicuri. BEGITULAH TEGARNYA MEREKA.
Ramadhan tahun ini, jam 10.00 pagi di rumah ketua kampung sebelah surau, ketika JEMAAH IBU-IBU sendang bertadarus, secara berdepan rompakkan bersenjatakan PISTOL berlaku. Tatkala sahur tahun sudah, warga emas jiran RPWP di samun bersenjatakan parang, semua barang kemas lesap. Dulu hanya ketika gelap Subuh dan maghrib tatkala Muslim sibuk menunaikan solat, `mereka’ jalankan tugas. Sekarang sudah terang-terangan, di siang hari..!
Kami katakan kepada masyarakat, HARTA BENDA RPWP SENDIRI SERING KECURIAN. Hampir KESEMUA KES KECURIAN ITU KAMI LAPURKAN DAN MEMANG TIDAK DAPAT BALIK. Tapi kami telah laksanakan kewajiban sebagai Warga Prihatin. Sekurang-kurangnya PDRM dapat maklumat untuk update indeks jenayah dan mengatur langkah pencegahan.
Sepertimana masyarakat, bukan kami tidak mengalami ‘peristiwa pahit’ hasil perbuatan segelintir anggota yang luar batas kasar bahasa dan adabnya terhadap orang awam, walaupun dia tahu yang kami semua hanya hamba abdi tidak bergaji yang menguruskan wakaf amal kebajikan. Tapi tak wajar jika dek kerana perbuatan segelintir anggota kita pukul rata semuanya. Jika anda rasa berbaloi menghukum ‘kebiadaban’ sesetengah anggota, ambil nombor anggota dan buat lapuran polis TERUS KE BAHAGIAN TATATERTIB BUKIT AMAN, sekalipun anda sudah buat lapuran di balai setempat. Insyaallah tindakan akan di ambil ke atas mereka, itu janji Bahagian TATATERTIB PDRM.
Janganlah kita tipu diri sendiri yang kita tidak perlukan Polis dalam hidup kita. Dengan Allah pun begitu juga, tiap hari ada saja kita ‘nafi’kan Hak Allah yang harus kita penuhi. Apa yang Allah larang kita langgar terang2, yg Allah suruh kita buat tak tahu terang2. tapi bila sakit nak mati, bila datang ribut taufan, petir guruh yang besar, gempa maupun tsunami yang tak tertanggung, BILA TERTIMBUS DI RUNTUHAN BANGUNAN, laju saya kita sebut “Allahuakbar” ‘Oh My God’ (penuh merendah dan meratap KONONNYA). Itulah kita yang sering LUPA DIRI.
Apa yang lebih besar dari keberadaan PDRM bagi kami selaku badan NGO yang membuat kajian mendalam tentang gejala sosial masyarakat ialah, mereka ini hari hari menguruskan jenayah. Untuk KAMI mengkaji bentuk dan modus operandi penjenayah tidak kiralah jenayah bentuk apa sekalipun, mereka ada data dan maklumat. Masyarakat harus rapatkan diri dengan PDRM sebagai rakan, sebagai saudara yang kita sayangi untuk mempelajari itu semua. Barulah kita dapat mendidik keluarga dan anggota masyarakat untuk mencegah jenayah.
Suka kami kongsikan pengalaman kes masyarakat yang dirujuk kepada kami. Ada anak seorang anggota PDRM CAWANGAN KHAS yang melarikan diri kerana terabai. Ibu beliau seorang ustazah juga tidak mampu berbuat apa apa.
Bila jumpa dan dibawa balik, anak gadis berumur 13 tahun ini sudah terlanjur dan ketagihan seks. 7 bulan di bawah jagaan kami, beliau terpaksa ‘onani’ lebih sejam setiap hari di bilik air dengan benda keras untuk melepaskan ‘gian’nya.
Ini kerana ketika bersama keluarganya, setiap malam beliau akan dibawa ‘lari’ keluar dari pintu belakang oleh ‘mat rempit’ yang bertindak sebagai agen maksiat. Setiap malam dia DITIDURI ANTARA 8-10 ORANG. Sebelum pulang akan DIKENDURI pula oleh mat-mat rempit di dusun durian sebelum dihantar pulang jam 6 pagi. Sehingga umur 16 tahun, dia telah ditiduri oleh 285 JANTAN PELBAGAI UMUR & BANGSA. Dadah dan arak jangan sebut, segala macam dia dah rasa. Sang ibu pitam apabila mendengar sendiri pengakuan anak depan kami.
Pelajarannya di sini ialah, anggota PDRM juga ada peranan dalam keluarga. Kerana menjaga kepentingan rakyat dan arahan tugas, anak sendiri terabai. Kita pula melihat mereka sebagai MUSUH. Peduli apa nak jadi pada anak mereka. Wajarkah begitu?… selanjutnya anda boleh jangka apa nak jadi pada nasib masyarakat negara ini.
Banyak yang ingin kami kongsikan di sepanjang perhubungan dengan anggota PDRM ini, Insyaallah kami kongsikan di lain kali. Apapun kami sudah mainkan peranan sebagai WARGA PRIHATIN. Jika kami gagal mengajak yang ramai, akan kami pastikan anak anak jagaan kami mampu BERKAWAN dengan PDRM, saling menyayangi dan bantu membantu mencegah jenayah ikut CARA KAMI.
Jika anda rasa PDRM masih kurang sempurna dan efisyen, berkawanlah dengan mereka. Nasihat sebagai kawan dan semangat persaudaraan akan lebih berkesan InsyaAllah. Maki hamun dan kutukan melampau tidak lansung akan membawa kita ke mana mana kecuali ke NERAKA di dunia dan akhirat nanti.
Untuk seluruh anggota PDRM Terimalah ucapan penuh kasih dari kami.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.
Kalian juga insan, ada keluarga, ada perasaan. Tanpa PREJUDIS, bukan juga ungkapan politik. Kami di RPWP sangat prihatin dan sangat menghargai pengorbanan kalian dan keluarga. Jemputlah datang memakan juadah seadanya sambil beramah mesra di RPWP jika berdekatan dengan tempat kami di pagi raya nanti.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
WARGA PRIHATIN.