MATI JAHILIYAH DAN HILANG DAULAH ISLAMIYAH APABILA TERHENTI BAIAH

MATI JAHILIYAH DAN HILANG DAULAH ISLAMIYAH APABILA TERHENTI BAIAH

Kompilasi video ini menyajikan kita dengan banyak maklumat yang amat berguna serta jarang sekali ada yang sudi menyampaikannya secara telus dan terbuka.

Antara yang menarik ialah isu kemerdekaan palsu, konspirasi Dajjal melalui riba’ dan wang kertas, isu Al-Masih Mahdi dan kebangkitan Khilafah.

Klip yang menunjuikkan perbezaan dua tabiat pemimpin di hujung video ini juga perlu kita renung… apa sebenarnya yang sedang terjadi dengan kepimpinan dunia Islam kini.

Apapun, kami amat tertarik dan ingin mengulas lanjut bab BAIAH yang dikaitkan oleh Sheikh Imran dengan STATUS KEISLAMAN ummat hari ini.

KEWAJIBAN BERBAI’AH YANG DILUPAKAN

Baiah ternukil jelas dalam banyak ayat alquran dan ia jelas diamalkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu sudah pasti ia menjadi satu kewajiban untuk setiap muslim dan mukmin melakukannya.

Malang sekali sunnah besar ini sudah mula diabaikan sejak hari pertama kewafatan baginda SAW lagi.

Dari sudut bahasa, baiah bermaksud termeterainya akad atau ikatan ‘jual beli’ dari satu perniagaan (tijarah). Ia melibatkan unsur tawaran dari satu pihak dan perakuan penerimaan dari pihak lain. Selain dari akad jual beli yang telah menjadi amalan harian, ada banyak lagi situasi sunnah yang melibatkan baiah.

Bermula daripada baiah umum yang menjadi ‘tanda’ penerimaan seseorang terhadap Islam atau ‘titik mula’ syahadah atau keislaman setiap umat, sampailah kepada baiah khusus ketika menghadapi tugas khas seperti peperangan dan sebagainya.

Tidak ramai yang sedar bahawa Allah tidak akan redha kepada kita selagi tidak berbaiah dengan seorang pemimpin (ulil amri) sebuah jemaah berbasmalah yang mana kita berlindung di bawahnya, kemudian mentaatinya pula pada setiap masa.

Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW malah mengatakan bahawa kita tidak dikira sebagai Islam, malah matinya dikira sebagai JAHILIYAH jika tidak dalam keadaan berbaiah.

“Tidak ada Islam kecuali dengan BERJAMA’AH, tiada berjama’ah tanpa AMIR, tiada amir tanpa BAI’AT, dan tiada bai’at tanpa KETAATAN.” (HR Imam Ahmad).

“Barangsiapa yang mentaatiku bererti ia telah mentaati Allah s.w.t. Barangsiapa yang menderhakaiku bererti ia telah menderhakai Allah s.w.t. Barangsiapa yang mentaati amirku bererti ia taat kepadaku dan barangsiapa yang menderhakai amir-amirku bererti ia derhaka terhadapku”. (HR Abu Hurairah)

“Dengarlah dan taatlah sekalipun yang dilantik untuk menjadi ketuamu itu seorang hamba Habsyi (yang hitam).” (HR Bukhari dari Anas bin Malik)

“Sesiapa yang melihat sesuatu yang dibencinya pada amirnya, maka hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya tidak seorang pun yang memisahkan diri dari jama’ah walaupun sekadar sejengkal kecuali ia mati dalam keadaan jahiliyah.” (HR Ibnu ‘Abbas)

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memisahkan dirinya dari ikatan jama’ah sekadar sejengkal sesungguhnya ia telah menanggalkan ikatan Islam dari tengkuknya.”

“Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang muslim dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat maksiat. Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati.” (HR Bukhari dari Abdullah bin Umar)

“Kami telah memberi baiah kepada Rasulullah saw untuk dengar dan taat dalam keadaan kami susah , kami senang , kami cergas , kami lemah dan kami tidak mempertikai urusan/arahan yang diberikan kepada ahlinya juga kami berkata dengan saksama bahawa di mana sahaja kami berada , demi agama Allah kami tidak takut celaan orang-orang yang mencela”. (HR An Nasaei Dari Ubadah bin Shomit)

FIRMAN ALLAH ,

“Wahai orang-orang yang beriman, TAATILAH Allah dan taatilah Rasulullah dan “Ulil-Amri” dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya.” (QS: Al-Nisa’ 4: ayat 59)

“Bahwasanya orang-orang yang BERBAIAH kepada kamu sesungguhnya mereka telah BERBAIAH kepada Allah. TANGAN Allah di atas TANGAN MEREKA. Maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat perlanggaran itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran yang besar”. (QS: 48. Al Fath, Ayat 10)

“Sesungguhnya Allah TELAH REDHA terhadap orang-orang mukmin ketika mereka BERBAIAH kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat”. (QS: 48. Al Fath, Ayat 18)

Perhatikan bagaimana Allah HANYA REDHA kepada kita setelah berjanji setia untuk menjadi KAKITANGAN Allah yang taat dan sanggup melakukan tugas yang diperintahkan sebagai HAMBA dan KHALIFAH dimuka bumi ini.

KESIMPULAN

Terlalu jauh kita sudah ditinggalkan Rasulullah SAW. Rasakanlah kerinduan dan kecintaan kita dengan mengkaji sirah dan sunnah baginda untuk benar-benar kita teliti dan ikuti jejak langkah itu.

Ingat-ingatilah wasiat baginda dalam khutbah terakhir sebelum wafatnya. Hanya satu sahaja jaminan agar kita tidak SESAT atau BINGUNG selama-lamanya, iaitu KITABULLAH dan SUNNAH RASULNYA.

Allah swt melalui rasulnya telah menawarkan untuk membeli ketaatan dan keimanan kita, dan Allah akan membayarnya dengan syurga.

Sanggupkah kita berbaiah, masing-masing bergerak membawa misi dakwah dan jihad fi-sabilillah ini secara berjemaah? Sanggupkah kita berbaiah, mengikat janji setia dengan ulil-amri dan istiqomah pula mematuhinya?

QS: 9. At Taubah,
11. Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka itu adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.

20. orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapa yang menepati janjinya daripada Allah, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Bersediakah kita untuk mati dalam keadaan Jahiliyah? Hidup dan mati dalam keadaan tidak diredhai Allah tanpa berbaiah?

Berapa ramai pemimpin (ulil amri) yang telah menyelewengkan baiah pengikutnya? Berapa ramai pula yang pernah berbaiah namun mengkhianati baiah mereka?

Sama-samalah kita jawab dalam hati…

WARGA PRIHATIN

[fb-e url=”https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10153914367667786/ “]