KETUPAT LONTONG SAJIAN JUADAH PAGI DAPUR RAYA RPWP

Satu lagi juadah pagi yang dinanti-nanti. Dengan lodeh dan sambal kacang, In-sya-ALLAH siapa sahaja yang memakannya bakal menjilat jari.

Kelmarin kami sediakan lempeng kampung untuk anak-anak RPWP. Ramai pula yang mahu beli lempeng tradisi itu. Mereka kata jika jemput-jemput (cekodok) ikan bilis sekalipun yang dimasak, mereka tetap mahu beli.

Inilah suatu fenomena. Apa sahaja yang kami masak untuk sajian anak-anak RPWP, tetap para tetamu seisi keluarga ingin ikut menyantapnya. Sampaikan cili jeruk yang kami sediakan untuk ulam sup, nasi lemak, lontong, mee kari dan sebagainya juga turut mereka beli.

Seperti biasa, lemang herba daun lerek terus menjadi pilihan utama sepanjang masa. Selain dimakan di warung, pesanan untuk juadah mesyuarat dan majlis keraian terus diterima. Pulut durian juga masih menjadi idaman ramai.

Selamat menjamu. Semuga selera anda dapat kami penuhi. Jika baik beritahu kawan, mana yang kurang sila beritahu kami.

P/S: Ramai yang keliru dan tersalah masuk ke gerai ikan bakar lain di depan Veillaris. Sebenarnya lokasi kami berdepan dengan BINSABI, di tepi Sungai Ramal, dekat jambatan.

 

Lokasi: Boleh google DAPUR RAYA PRIHATIN. atau klik link berikut,

https://goo.gl/maps/XDKASyvLAer