Arkitek dan Jurutera Teologi Yang merangka kejatuhan Islam Nusantara – Ulamak Palsu Snouck Hurgronje

Arkitek & Jurutera Teologi Yang merangka kejatuhan Islam Nusantara – Ulamak Palsu Kiai haji Abdul Ghafur Kajian oleh Unit R&D Warga Prihatin

Dalam usaha mempertahankan kehebatan dan keagungan Islam, kita tidak boleh lari dari mengkaji asal usul DIEN atau USULUDDIN, termasuk bagaimana dan dari mana punca hadir dan jatuhnya Islam di bumi Nusantara ini. Segala yang berlaku memberikan impak yang tersendiri terhadap pola fikir dan akidah umat Islam di rantau ini.

Memandangkan Islam adalah satu-satunya agama yang memiliki keistimewaan tersendiri, adalah mengecewakan sekali sekiranya ia menghasilkan sahsiah umat yang tidak setanding dengan kehebatan agamanya dari pelbagai sudut sepertimana zaman kegemilangan Islam sebelumnya.

Menyedari hakikat itu, Unit Penyelidikan dan Pembangunan RPWP telah melakukan kajian dan menemui satu daripada pelbagai punca yang telah menyebabkan kelemahan Umat Islam dari sudut penguasaan ilmiah dan kekuatan akidah yang berteraskan ilmu.

Hasil kajian sejarah telah jelas menunjukkan bahawa salah satu dari punca kejatuhan empayar Islam dari segi wilayah kekuasaan, penguasaan ekonomi dan akidah Islamiah umat itu sendiri ialah dengan hadirnya seorang insan yang amat kuat pegangan Kristianitinya. Cita-citanya begitu tinggi untuk melihat kejatuhan Islam di Nusantara ini. Beliau adalah Snouck Hurgeronje yang dikenali dengan panggilan Islamnya sebagai Kiyai Haji Abdul Ghafur.

Semuga perkongsian ini akan dapat memberikan gambaran jelas tentang punca kelemahan dan kejatuhan Islam di Nusantara. Ia amat membantu kita dalam usaha membangkitkannya semula dengan cara meneliti strategi musuh Islam melalui fakta sejarah yang terkait dengan punca kejatuhannya.

Bayangkan sebesar peranan musuh agama ini hanya dimuatkan sebaris sahaja kisahnya dalam silibus pendidikan anak-anak kita. Itupun tidak langsung diceritakan kisah sebenar berkaitan dengan peranan jahat beliau yang sebenarnya. Ia benar-benar DISUKAT oleh ‘mereka’ agar kita ‘tenggelam punca’ dan tidak tahu kisah sebenarnya. Inilah hakikat ‘HIS-STORY‘ yang telah menjadikan sistem pendidikan kita dibuli.

Dutch scholar Snouck Hurgronje

Dutch scholar Snouck Hurgronje

Snouck Hurgronje – Lahir : 1857 | Mati : 1936

MENGIMBAS SEJARAH SNOUCK HURGRONJE DI NUSANTARA

Dr. Christian Snouck Hurgronje adalah nama yang cukup sinonim dengan kontroversi sejarah di Nusantara. Beliau merupakan seorang orientalis yang tersohor di dunia dengan hasil kajian yang cukup mendalam dan menyeluruh mengenai masyarakat Islam di rantau ini, terutama masyarakat Acheh pada awal kurun ke-20. Penghasilan buku bertajuk �Aceh� (De Atjehers) telah mengangkat beliau sebagai pakar kebudayaan orang Melayu, khususnya Melayu Aceh.

Bagi masyarakat Barat, beliau adalah seorang yang amat disanjungi dan dihormati terutama oleh kerajaan Belanda kerana sumbangannya dalam pengajian teologi dan oriental. Hakikatnya terhadap masyarakat Islam, beliau adalah musuh dalam selimut kerana sanggup mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam, bahkan menikahi ramai wanita Melayu semata-mata untuk mengaburi niat jahatnya dalam membantu kerajaan Belanda menguasai bumi dan melumpuhkan kekuatan akidah umat Islam di Acheh.

Dilahirkan pada 1857 di Tholen, Oosterbout, Belanda. Dr. Christian Snouck Hurgronje dibesarkan di dalam keluarga yang amat patuh kepada ajaran Kristian Protestan. Sejak dari kecil lagi beliau telah belajar dalam bidang teologi atau pengajian agama. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Leiden yang terkenal sebagai Pusat Kajian Orientalis dalam subjek Ilmu teologi dan sastera Arab.

Pada 1875 Snouck Hurgronje tamat pengajian dengan predikat cum laude. Beliau menghasilkan buku “Het Mekaansche Feest” (Perayaan di Mekah) untuk tesis pengajiannya.

 

SNOUCK KE MEKAH

Setelah Islam bertapak di Nusantara, ramai ulamak, khususnya dari Acheh bertali arus bertalaqqi, belajar dengan para ilmuan di Tanah Suci Mekah dan kembali menyampaikan ilmu kepada umat Islam Acheh. Hang Tuah berlima juga adalah antara yang turut menimba ilmu di Acheh dan mengembangkannya di bumi Melaka.

Berlakun sebagai seorang cukup komited dan obses dengan Islam, Snouck Hurgronje pergi ke Hijjaz (Arab Saudi) pada 1884 untuk mendalami Islam dan bahasa Arab. Di sana beliau telah berguru dengan ramai guru-guru yang terkenal. Disebabkan keramahan dan daya inteletualnya yang tinggi, beliau berjaya memikat dan mendekati ramai alim ulamak di sana dengan mudah tanpa sebarang sekatan dan prejudis. Dia memeluk Islam dan menukar namanya kepada Abdul Ghaffur agar mudah dirinya diterima oleh masyarakat Arab, khususnya golongan ulamak di Mekah yang diharapkan dapat membimbingnya.

Muslim pilgrims from Ambon, Kai and Banda island, Maluku Islands on their way to Mecca. Photographed by Snouck Hurgronje at the Dutch Consulate in Jeddah, 1884.

Jemaah Haji dari Ambon, Kai, Pulau Banda, dan Kepulauan Maluku yang singgah di Konsolat Belanda di Jeddah dalam perjalanan ke Mekah – Foto oleh Snouck Hurgronje 1884.

Sewaktu di Mekah Snouck terus mengorak langkah untuk mendalami budaya dan adat resam Melayu. Beliau bergaul dengan orang-orang Melayu dari Nusantara yang ramai bermustautin samada untuk bekerja, beribadat atau menuntut ilmu di sana, terutamanya dari Hindia Belanda (Indonesia) yang sedang menunaikan haji. Sewaktu bergaul, Snouck sering memerhatikan mereka, kalau-kalau mereka punya hubungan khusus dengan umat Islam dari negara yang lain untuk meluaskan kajian dan penelitiannya.

Kebetulan pada waktu itu Jamaluddin Al-afghani dan Muhammad Abduh sedang rancak menyebarkan fahaman �Pan-Islam� yang menyeru umat Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan.

Selain itu beliau juga merupakan orang Barat yang pertama berjaya merakamkan foto-foto di sekitar Mekah, sambil mengumpulkan hasil pengamatan melalui pergaulannya dengan umat Islam di Arab Saudi. Pemerhatian ini dibukukan oleh Snouck dalam beberapa bukunya. Antara lain ialah “Makkah a Hundred Years Ago” (Mekah Seratus Tahun Lampau) yang menghimpunkan foto-foto tentang Mekah abad ke-19 dan sosok jemaah haji terutamanya dari Nusantara.

 

Pilgrims from Aceh on their way to Mecca. Picture taken by Snouck Hurgronje in the Dutch Consulate in Jeddah, 1884.

Jemaah Haji dari Acheh yang singgah di Konsolat Belanda di Jeddah dalam perjalanan ke Mekah – Foto oleh Snouck Hurgronje 1884.

 

PERTEMUAN SNOUCK DENGAN ULAMAK MELAYU

Dalam pada masa yang sama, Snouck telah bertemu dengan Habib Abdurrachman Az-Zahir, seorang keturunan Arab yang pernah menjadi pembesar kerajaan Acheh namun kemudiannya menjadi tali barut Belanda. Atas bantuan Zahir dan Konsulat Belanda di Jeddah JA Kruyt, Snouck mula mempelajari politik kolonial dan rancangan untuk menakluk Acheh.

Habib Abdurrachman Az-Zahir kecewa kerana gagal menarik perhatian Gabernor Belanda di Batavia dengan laporannya tentang kerajaan Acheh. Akhirnya semua laporan penelitian dan hasil kajian beliau itu diserahkannya pada Snouck yang saat itu menjadi dekan di Universiti Leiden.

Snouck seperti mendapat durian runtuh waktu itu dengan menerima hasil kajian Habib Abdurrachman Az-Zahir. Beliau telah mempersembahkan laporan itu kepada Pejabat Menteri Daerah Jajahan Belanda. Bukan itu saja, beliau malah menawarkan diri kepada kerajaan Belanda untuk menjadi representatif Belanda untuk mengkaji masyarakat Acheh secara terus ‘dari dalam’ dan berusaha menasihati kerajaan Belanda untuk melemahkan penentangan rakyat Acheh terhadap Belanda.

 

SNOUCK KE NUSANTARA

Pada 1889 Snouck Hurgronje memulakan misinya ke Nusantara. Disebabkan pemerintah Hindia Belanda tidak membenarkannya menyeludup masuk ke Acheh, beliau mencari jalan dan pengaruh dengan mengelilingi pulau Jawa bersama kenalan beliau di Mekah iaitu Haji Hasan Mustapa, seorang ulamak Sunda dari Bandung yang telah menjadi Penghulu Besar Acheh. Beliau menggunakan pengaruh Haji Hasan Mustapa untuk bertemu dengan para kiai tekenal di samping membuat kajian mengenai masyarakat Islam Jawa.

Mosque in the Dutch East Indies, 1900.

Mosque in the Dutch East Indies, 1900.

Catatan Dr. Snouck Hurgronje setebal 1337 halaman tentang perjalanannya selama dua tahun itu diikhtisaskan oleh Dr. ph. van Ronkel dalam “Aanteekeningen over Islam en folklore in west-en Midden Java” (Bijdragen KITLV No.101, 1942).

Setelah sekian lama mencari ruang dan pengaruh, Snouck akhirnya berjaya memasukki Acheh. Kedatangan beliau disambut mesra oleh seluruh para ulama Acheh. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam agam Islam Snouck Hurgronje menjadi tempat rujukan kepada masyarakat Islam Acheh tanpa sebarang syak wasangka. Kefasihannya berbahasa Arab dan sanggup pula masuk Islam menjadikan masyarakat Acheh lebih menerimanya dengan hati yang terbuka.

 

STRATEGI KOLONIAL DENGAN MENIKAHI WANITA MELAYU

Untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya di Acheh, Snouck Hurgronje sanggup mengahwini beberapa wanita melayu di Indonesia. Tujuannya agar beliau dapat lebih mendalami budaya Melayu dan mudah diterima bergaul di kalangan ulamak dan pembesar negeri.

Isteri pertama beliau bernama Sangkana, meninggal tahun 1896 ketika melahirkan anak ke-5 dari Snouck Hurgronje. Empat anak beliau dipelihara oleh Lasmitakusuma, isteri bupati Ciamis, Jawa Barat.

Salah seorang anak beliau yang bernama Salmah Emah sering menulis surat kepada bapanya di Belanda tetapi Snouck jarang membalasnya. Beberapa surat jawaban Snouck ada disimpan oleh anak perempuan Salmah Emah (cucu Snouck) bernama T. Subrata yang masih hidup hingga kini di Bandung.

Isteri kedua Snouck ialah Siti Sadiyah, anak perempuan Raden Haji Muhammad Adrai, dinikahi pada 1890 di Ciamis, Jawa Barat, Indonesia. Anak Snouck bersama Sadiyah yang bernama Yusuf pernah tinggal di jalan Kramat Sentiong, Jakarta, lalu kemudiannya menjadi polis di Surabaya.

Dr Van Der Meulen bercerita bahwa beliau mempunyai seorang staf di Palembang yang bercerita bahwa saudara laki-laki tirinya yang menjadi polis di Surabaya adalah anak Snouck Hurgronje. Ternyata yang bekerja dengan Dr Van Der Meulen di Palembang itu adalah Ibrahim, anak keempat Snouck dari Sangkana. Dan yang menjadi polis di Surabaya adalah Raden Yusuf, anak dari Siti Sadiyah.

Ketika hendak pulang ke Belanda, anak-anak Snouck sempat dibawa berjalan ke mesium Gambir (sekarang Musium Gajah), lalu Snouck berkata:

Wahai anak, papa akan kembali ke negeri Belanda untuk selamanya. Keperluan kamu akan Papa kirim dari Belanda dan kamu semua akan Papa sediakan insuran nyawa. Bila besar nanti, janganlah lagi gunakan nama ‘famili Hurgronje’ karena mungkin kesannya sangat tidak bagus untuk kamu.

Snouck sedar, akhir zaman nanti namanya akan dikenali sangat buruk sekali di Nusantara ini, sebagai seorang tokoh nifaq (MUNAFIQ) yang menjadi musuh Islam paling terkenal dan amat dibenci. Tahulah kita kenapa dia berpesan seperti itu kepada anaknya. Sejak itu anak-anak Snouck tidak pernah lagi melihat sang ayah si munafik laknatullah itu sampai akhir hayatnya.

Ketika kembali ke Belanda, Snouck membujang selama 4 tahun sebelum menikah lagi pada 1910 dengan Maria Otter, seorang gadis Roman Katolik di Belanda. Dari Maria ini, tahun 1912, Snouck mendapat 1 orang anak perempuan bernama Christien.

Ia menikah secara Katolik dan dimakamkan di Leiden tahun 1936 secara Katolik juga. Hal ini membuktikan ia seorang agnostik dan munafik sejati.

Bagi Snouck tidak menjadi soal apakah menjalani prosesi Protestan, Katolik atau Islam karena ia menganggap agama ini hanya sebagai produk budaya manusia. Inilah pembuktian kemunafikan Snouck yang telah membuli agama ini di Nusantara dengan jayanya.

 

KONSPIRASI MENJATUHKAN ISLAM NUSANTARA DENGAN FATWA SONGSANG

Hampir setiap malam SNOUCK mencatatkan setiap butir perbualannya dengan para ulama Acheh. Beliau mengakaji sedalam-dalamnya mengenai struktur masyarakat Acheh. Dari hasil kajiannya, Snouck telah menyarankan kerajaan Belanda agar memanjakan dan menggula-gulakan golongan ulama. Tujuannya ialah untuk menghapuskan ulama-ulama yang bersikap agresif terhadap Belanda dan terlalu berpegang teguh dengan akidah Islamnya.

Beliau juga berjaya membuat umat Islam melebih-lebihkan amalan ritual dan memisahkan siyasah kehidupan seharian daripada sains sebenar agama Islam itu sendiri. Beliau telah menerapkan satu fahaman Islam Masjid, di mana hal-ehwal agama hanya akan berkisar pada sudut ‘ritual agama’ di masjid-masjid sahaja.

Snouck menyarankan agar kerajaan Belanda mempermudahkan dan menaja urusan haji di Indonesia untuk menyakinkan ulama bahawa kerajaan Belanda sedang membantu mereka dalam hal-ehwal keagamaan. Matalamat sebenar Snouck ialah agar Umat Islam leka dengan ibadah ritual itu. Masing-masing akan membuang masa berbulan-bulan berlayar dan meninggalkan segala urusan agama, politik, sosial dan ekonomi bahkan membelanjakan wang simpanan dan harta peribadi masing-masing untuk urusan itu.

Setelah mendapat kepercayaan dari masyarakat tempatan, beliau mula mengambil kesempatan untuk mengeluarkan fatwa-fatwa palsu yang memberi manfaat kepada kepentingan Belanda. Fatwa-fatwa Snouck banyak berasaskan politik `Devide et Impera’ (politik adu domba atau politik pecah belah).

Dalam setiap khutbahnya kepada masyarakat, beliau berusaha memisahkan agama dari politik dan ekonomi. Beliau mengalakkan rakyat menumpukan soal ibadah ritual semata-mata untuk mengejar pahala dan kehidupan akhirat. Ini sesuai dengan konspirasi Vatican. Pada masa yang sama mereka sendiri mengambil alquran sebagai sains untuk kepentingan visi dan misi 3G mereka (Gold, Gospel & Glory) dan menterbalikkan strategi alquran untuk memusnahkan kehidupan orang Islam pula.

Snouck Hurgronje memang petah berbahasa Arab dan luas ilmu agama Islam serta budaya dan adat resam Melayunya hasil kajian yang gigih sekian lama. Oleh itu dengan mudah beliau telah berjaya memperdaya masyarakat Islam dengan mencampur aduk amalan-amalam syirik dan bidaah dalam ibadah. Ayat-ayat Al-Quran dipesongkan maksudnya sebagai hujjah untuk membuat fatwa-fatwa yang menyesatkan. Ini mendorong masyarakat mudah mempercayai dan mengamalkan ritual-ritual bidaah yang jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

 

FATWA TANAM TERUNG UNTUK MASUK SYURGA

Di antara fatwa-fatwa yang pernah diketengahkan oleh Snouk melalui dakyahnya ialah menyarankan kepada masyarakat Islam bahawa barang siapa menanam pokok terung, nescaya mereka akan masuk syurga.

Hadis palsu yang didendangkan ialah seperti berikut:

الْبَاذِنْجَانُ لِمَا أُكِلَ لَهُ

“(Khasiat) terung sesuai dengan niat orang yang memakannya.”

Dan hadis:

وَالْبَاذِنْجَانُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Terung adalah ubat segala penyakit.”

Padahal jika terung ini dianggap sebagai ubat untuk demam dan sakit hitam pekat (masalah hempedu hitam), atau untuk mengubati pelbagai jenis penyakit lain, maka terung tidak akan menambahkan sesuatu melainkan menambahkan penyakit sahaja.

Jika orang miskin makan terung dengan niat untuk menjadi kaya, dia tidak akan memperoleh kekayaan. Jika seorang yang bodoh makan terung dengan tujuan untuk menjadi pandai, dia tidak akan mendapat ilmu.

Dalam meneliti butir-butir fatwa terung yang songsang ini, kami dapat banyak pengesahan dari warga tua yang berasal dari Indonesia, termasuk dari warga tua di daerah Bandung yang sempat kami temubual. Sangat menyedihkan apabila dikatakan ramai di kalangan mereka yang mengesahkan bahawa memang pernah dengar, bahkan pernah melaksanakan amalan dari fatwa songsang ini. Mereka sendiri terkejut dan beristighfar bila kami dedahkan siapa Kiai Haji Abdul Ghafur (Snouck) ini.

Melihat sosok warak dan berilmunya Snouck, masyarakat Islam seluruh Acheh dan Jawa telah menerima pakai fatwa tersebut tanpa usul periksa. Maka berebut-rebutlah umat Islam ketika itu menanam terung di lahan tanah masing-masing. Akibatnya pusat buangan sampah menerima longgokkan sayur terung yang tidak terhingga banyaknya, terutama di daerah Bandung kerana tiada siapa ingin memakan terung yang begitu banyak. Memang tujuan asal terung itu ditanam adalah untuk mendapat pahala, bukan untuk dijual atau di makan hasil panennya. Ya, sejauh itu berjayanya Snouck dengan fatwa sesatnya.

Melihatkan penerimaan bulat-bulat segala fatwa yang telah dikeluarkan oleh Snouck oleh masyarakat Islam ketika itu tanpa usul periksa, maka tahulah Snouck bahawa umat Islam telah jahil dan jumud secukupnya. Kekuatan Islam yang sebelum itu dijadikan asas menentang Belanda telah berjaya dihapuskan sama sekali.

Snouck Hurgronje meneruskan asakan doktrinnya dengan menasihati Belanda agar membina sekolah-sekolah sekular bagi menggantikan peranan pesantren atau sekolah pondok. Pada pendapat beliau, sistem pendidikan ala pesantren adalah pusat melahirkan pejuang-pejuang melawan penjajahan Belanda. Padahal universiti terkemuka seperti Havard sendiri menggunakan sistem pendidikan ala pesantren itu.

Bukan hanya setakat itu sahaja. Pelajar-pelajar yang berasal dari keturunan Diraja dan Pembesar Kesultanan Nusantara turut dihantar melanjutkan pelajaran ke Belanda. Tujuannya supaya apabila mereka balik, bakal-bakal pemimpin tempatan ini akan berkiblatkan Barat untuk meneruskan legasi penjajahan mereka. Strategi yang sama juga dilakukan oleh penjajah Inggeris di Malaysia.

Pada 1906, Snouck Hurgronje kembali ke Belanda setelah akidah umat Islam Acheh berjaya ditakluki sepenuhnya. Beliau terus dilantik menjadi Profesor di Universiti Leiden. Banyak penulisannya yang terkenal tersimpan di Universiti itu. Beliau telah menerima penghargaan khas dari kerajaan Belanda atas sumbangannya membantu kerajaan Oren menumpaskan tentangan rakyat Aceh dengan berkesan.

Acheh adalah serambi Mekah, atau Madinah Nusantara yang menjadi nadi pengembangan Islam di Nusantara.  Hang Tuah berlima juga sering berulang alik ke Acheh untuk menuntut ilmu agama buat memperkasakan akidah dan siyyasah Islamiah untuk raja dan rakyat di Melaka. Malangnya fakta sejarah mengatakan Hang Tuah hanya belajar silat agar jadi perkasa untuk menyedapkan cerita. Apabila Acheh lemah Islamnya, maka lemahlah kerajaan Melaka, Indonesia dan kuasa wilayah Islam di Nusantara.

Setelah Aceh, Snouck pun memberikan petunjuk kepada Belanda bagaimana cara tebaik menguasai beberapa bahgian Jawa, iaitu dengan memanjakan golongan ulamak. Hampir setiap pegawai Belanda yang akan dihantar ke Hindia Timur (Indonesia) akan mengikuti kelas di Universiti Leiden untuk mengetahui asas agama Islam dan struktur masyarakat Melayu. Sehingga beliau meninggal dunia pada 26 Juni 1936, dia tetap menjadi penasihat utama Kerajaan Belanda untuk segala urusan penaklukan minda pribumi di Nusantara.

Demikianlah sosok Snouck Hurgronje yang dianggap sosok kontroversial bagi kaum muslimin Indonesia, terutama kaum di Aceh.

 

KESUKARAN USAHA MENGEMBALIKAN AKIDAH UMAT PASCA SNOUCK

Segala pemesongan akidah melalui fatwa songsang snouck ini adalah berita yang tidak disedari dan tidak diketengahkan oleh umat Islam atas banyak sebab. Pertamanya kerana menutupi aib dan kesilapan begitu banyak ulamak yang telah berjaya dilalaikan. Keduanya kerana telah terlalu sukar untuk membetulkan keadaan yang terlalu jauh dan berleluasa pemesongannya.

 

Kuasa penjajah yang zalim juga turut mengancam sesiapa saja yang cuba mengubah keadaan. Golongan yang sedar akan bencana akidah ini akhirnya berkumpul untuk melancarkan usaha mengembalikan akidah secara rahsia. Mereka hanya keluar di permukaan masyarakat secara zahir setelah Snouck kembali ke Belanda. Antara yang dikenali ialah Jemaah atau parti yang memakai nama Serikat Islam, muncul pada tahun 1912.

Banyak lagi pejuang akidah yang bergerak secara sembunyi-sembuyi berusaha mendapatkan semula ilmu yang hak di Mekah dan mengembangkannya dengan penuh kesukaran dan pelbagai pancaroba. Antara mereka ialah Kiai Haji Samanhudi, K.H. Omar Said Chokro Aminoto, Sekarmaji Marjan Karto Suwiriyo, Semeon, Sukarno, Bung Hamka dan lain-lain. Sebahagian mereka mampu meredah pancaroba untuk meneruskan usaha dakwah mengembalikan maruah agama. Sebahagian lain hanyut dengan habuan dunia lalu terpesong semula. Sebahagiannya bukan sekadar hanyut jauh, malah sanggup membunuh rakan sepengajian mereka.

InsyaAllah akan kami cuba huraikan fakta lengkap sejarah kejatuhan Islam yang telah kami urut 100 tahun ke belakang selepas ini agar sama-sama kita sedarkan diri dan berusaha keras untuk mengembalikan akidah anak generasi.

 

KESIMPULAN

Menjadi lumrah bahawa semakin jauh jarak masa, semakin banyak sesuatu pendidikan atau pegangan agama itu dilalaikan dan dilupa. Penaklukan agama yang berasaskan konsep 3G (Glory, Gold and Gospel) adalah  bermotifkan kemenangan penaklukan wilayah atau kuasa, penaklukan harta dan penaklukan minda / akidah manusia. Ini merupakan pekej penaklukan yang harus sentiasa diingat kronologi dan sejarahnya oleh setiap dari kita. Semuga kita mampu mengesan di mana silap orang tua kita dan mampu mencari jalan untuk bangkit semula.

Penelitian kesan sejarah penaklukan akidah Islamiah oleh golongan bangsawan seperti Snouck Hurgeronje ini telah memberikan satu kesedaran peri pentingnya meneliti asas kukuh berlandaskan alQuran dan Sunnah. Scenario penaklukan ini pernah berlaku sebelum kenabian baginda Rasulullah SAW.  Pengetahuan ini penting untuk memperbetulkan amalan seharian generasi kita dalam urusan agama. Misi Vatican yang ingin melihat Umat Islam menyembah berhala ‘tanpa ada objek berhalanya’, bahkan murtad tanpa memakai salib sebagai tanda kita telah menganuti agama mereka nampaknya telah sangat berjaya.

Seluruh umat Islam harus ingat bahawa seorang mubaligh Kristian seperti Snouck sanggup melakukan apa sahaja. Puluhan tahun dia korbankan diri untuk mempelajari ilmu agama dan budaya kita. Sanggup berlakun memeluk Islam, berkahwin dengan wanita Islam, bahkan menggembeling segala tenaga dan usianya untuk berusaha merosakkan akidah umat Islam di Nusantara.

Sebagai balasan, setiap umat Islam seharusnya kembali sedar dari segala lamunan yang telah terhasil dari doktrin palsu hasil usaha si Ulamak Palsu ini. Kita harus sedar bahawa kelalaian ini telah berlaku sejak sekian lama ke atas nenek moyang kita. Ia telah pun menjadi sebati dalam setiap diri umat ini. Tiada siapa menyedari sejauh mana kita telah menyimpang dari akidah asal yang telah di tanamkan oleh pendakwah terdahulu.

Dahulunya nenek moyang kita tidak beragama. Melihat hebatnya amalan ritual dan kebudayaan Hindu lalu mereka memeluk agama itu. Selepas itu nenek moyang kita terpikat pula dengan ketinggian Islam yang telah berjaya menghalau Hinduism dari hidup mereka. Adalah tidak mustahil bahawa nenek moyang kita juga boleh dipesongkan dengan begitu mudah oleh dakyah dan doktrin palsu seperti yang berjaya diterapkan oleh Snouck Hurgeronje ini.

Janganlah tipu diri sendiri bahawa kita sudah tidak lagi mempunyai daya IKATAN, AKIDAH dan KEPERCAYAAN terhadap agama yang cukup kuat lagi dalam urusan hidup sehari-hari. Generasi kita tidak lagi merujuk kepada kejituan ilmu dengan tepat dan yakin dari al-quran dan hadith / sunnah nabi. Walhal, 2 unsur itulah yang telah diwariskan Nabi SAW sebagai rujukan utama untuk setiap perkara oleh sekalian umat Islam terdahulu yang terkenal dengan kehebatan mereka di seluruh dunia.

 

BERSAMBUNG

Sila baca juga…

http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/11/09/pemesongan-fakta-sejarah-dalam-teks-sekolah-seruan-kajian-semula/

http://prihatin.net.my/web2/blog/2018/01/02/siri-20-nasihat-nasihat-snouck-hurgronje-dalam-hal-ehwal-agama-bahagian-ii/
http://prihatin.net.my/web2/blog/2018/01/15/siri-21-nasihat-nasihat-snouck-hurgronje-dalam-hal-ehwal-agama-bahagian-iii-asosiasi-pendidikan-dan-pengaturan-guru-islam/