TANAH PINGGIR PUTRAJAYA UNTUK JUALAN AMAL
Kami masih meneruskan usaha mengumpul dana bagi membangunkan Kompleks Akademi Insan Prihatin di tanah seluas 9.4 ekar di Lenggeng Negeri Sembilan. Keperluan masyarakat, khususnya golongan anak yatim dan asnaf untuk mendapatkan pendidikan terbaik yang berasaskan pembangunan sahsiah Islamiyah amat mendesak sekali.Prasarana yang ada di Sungai Ramal Kajang terlalu terbats untuk membuka lebih ruang dalam memenuhi permintaan masyarakat.
Dengan kerja secara gotong royong dan menggunakan kombinasi bahan terpakai di mana perlu, kos pembinaan dijangka menelan belanja tidak kurang RM25 Juta. Sekali lagi kami terpaksa melepaskan aset kesayangan kami untuk mengisi tabung pembangunan ini.
Tawaran untuk jualan amal kali ini ialah sebidang tanah yang landai seluas 1.7 ekar, betul-betul bersepadan dengan Taman Pinggiran Putrajaya (Kg. Limau Manis).
Ini ialah tanah terakhir milik ayahanda pengasas dan pengetua RPWP sendiri yang dibeli bersama 4 orang rakan kongsi beliau 20 tahun dahulu. Ia telahpun beliau wakafkan menjadi milikan RPWP sejak 2005 lagi.
Kini kami ingin cairkan untuk disalurkan hasilnya sebagai dana pembangunan sebuah “Kota Ilmu Akademi Insan Prihain” (KIAI Prihatin) di tapak seluas 9.4 ekar yang baru kami beli di Pekan Lenggeng, Negeri Sembilan.
Sebelum ini pernah kami artikelkan rasional yang membuatkan AYAHANDA sanggup mewakafkan seluruh harta dan dirinya untuk kepentingan anak bangsa. Ambillah sedikit masa untuk meneliti kisah yang tersurat dan tersirat mengapa beliau sanggup melepaskan semua pegangan dunia yang beliau milikki hanya untuk menyelamatkan anak generasi.
http://prihatin.net.my/web2/blog/2013/08/29/wakaf-tanah-pengorbanan-dan-impian-seorang-ayah/
Ukuran tanah ini pernah dinilai di mana selepas ditolak rezab jalan, ia mampu memuatkan 15 unit banglo sederhana. Pilihan kedua ialah 11 banglo mewah dengan harga jualan sekitar RM1.3 Juta sebuah banglo siap bina. Bermakna dengan 11 unit banglo mewah mampu menjana RM 14.3 juta.
Tanah ini BERSTATUS REZAB MELAYU pajakan 99 tahun dan telah ditukar status guna dari PERTANIAN kepada BANGUNAN. Kedudukannya hampir di pintu masuk Putrajaya dan boleh diekses melalui lebuhraya PERSIARAN TIMUR dari ALAMANDA di Precint 16. Ia boleh juga didatangi melalui Sungai Merap, Bangi. Sila rujuk imej udara di gambar.
Kawasan dengan suasana kedamaian desa tetapi berada di pinggir Putrajaya ini merupakan prospek pelaburan hartanah yang sangat berbaloi. Ia amat sesuai untuk pelaburan bagi mereka yang mahu memulakan projek hartanah berskala kecil. Susah untuk mendapatkan tanah seluas ini yang dikelilingi dengan kedamaian desa, rumah-rumah banglo persendirian dan bunglo taman (Pinggiran Putra).
Sementara itu tawaran Jualan amal untuk sebuah rumah baglo mewah di Sungai Teris juga masih terbuka bagi yang berminat.
https://www.facebook.com/pg/wargaprihatin/photos/?tab=album&album_id=10153742658922786
Dengan ini, kami tawarkan aset berharga ini dengan mahar bernilai RM3.9 juta. Sila hubungi kami di 017-2267533 (SN), 013-3557307 (Che Din), 019-5588621 (Nazir) atau Dr.Masjuki sendiri (013-5858700)
Tawaran ini juga kami berikan melalui saluran lain. Jadi jika berminat segeralah hubungi wakil kami. Insyaallah, pembelian aset wakaf ini akan diakad dan didoakan sebagai satu SEDEKAH JARIAH yang akan menjadi penerus amal yang kekal bagi pembeli selepas mati. Tentunya siapa cepat dia dapat.
Tawaran saham akhirat melalui jualan amal. Kejar akhirat, dunia mengikut…
Silalah panjang-panjangkan.
Barakallah, Mardhotillah.
WARGA PRIHATIN