SISTEM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT
Yang buruk kita tegur, yang baik kita sambut. Janganlah kerana tidak sebulu dalam aliran politik, kita nak tolak sahaja semua yang datang dari mulut seteru walaupun ia sangat baik. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia telah menuturkan keterbukaan beliau dalam penerimaan sistem pendidikan Islam. Kami lihat itu sebagai satu pengiktirafan yang kami kira perlu mendapat sambutan ikhlas dan bukan ejekan.
Mungkin sebahagian anda melihat ini hanya satu retorik politik bagi TPM meraih sokongan golongan agamawan yang selama ini tersekat usaha mereka dek kerana Maahad tahfiz dan pondok-pondok mereka dikelas keduakan dari aliran pendidikan Negara. Pada kami, kami lebih gemar untuk mengambilnya dalam sudut pandang positif dan dalam masa yang sama, kami mahu menyumbang buah fikiran yang kami ada.
QS 5. Al Maa’idah 2. “…. Dan janganlah sekali-kali kebencian kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya. Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
PENARAFAN SISTEM SEDIA ADA DALAM TANGGA ANTARA TERCOROT DUNIA
Beberapa hari sebelum Tan Sri TPM mengucapkan idea beliau untuk menerima sistem pendidikan Islam, PISA (Agensi penarafan pendidikan dunia) mengeluarkan senarai baru yang menempatkan Malaysia kurang berganjak dari tempat tercorot itu. Namun, kita mampu saksikan bagaimana reformasi pendidikan di Vietnam mampu memintas kita di Malaysia walaupun sekolah mereka mempunyai infra yang jauh ke belakang dari Malaysia.
10 tempat teratas diungguli oleh Negara-negara berbangsa Cina dan Jepun termasuklah Singapura dan Vietnam. Seperti biasa, kami cuba lurut sejarahnya. Dengan itu juga, kami berani katakan ungkapan “Belajarlah hingga sampai Negeri Cina” adalah satu yang tidak boleh ditolak-tolak tetapi merupakan satu strategi.
Vietnam memiliki persamaan dengan Negara-negara berbangsa Cina yang lain yang sebahagiannya berfahaman komunis. Tidak semua dalam komunis itu buruk. Kepimpinan dalam komunisme adalah satu perkara yang vital. Maka, walaupun sudah menjalani sistem demokrasi dan menolak komunisme, semangat menghormati pemimpin masih terus menebal.
Sebab itu juga, kita mampu lihat bagaimana Bangsa Cina mampu diatur dengan baik oleh pemimpin mereka. Buktinya sangat banyak dan antaranya mereka ini mampu melakukan apa sahaja yang dimahukan. Diterminasi mereka sangat tinggi dan ketaatan mereka kepada pemimpin sangat jitu.
KOBARAN SEMANGAT
Malaysia sudah selesa, tidak seperti Vietnam yang memilih bahawa pendidikan ialah jalan keluar bagi membawa Vietnam keluar dari kelompok Negara miskin menjadi Negara yang terhebat di rantau ini. Kami lihat ia tidak mustahil langsung disebabkan kobaran semangat patriotism mereka dalam membangunkan Negara.
Masih ingat lagikah kita tentang Gerila Vietchong? Mereka hanya berseragam ringkas dan berselipar getah sahaja tetapi mereka mampu memalukan dan mengusir Amerika dari Negara. Itulah sebab mengapa USA banyak membikin filem yang menampakkan kehebatan mereka di Vietnam dan menterbalikkan sejarah sehingga kita melihat USA yang hero.
Jangan tertipu dengan filem-filem perang Vietnam yang dibikin oleh USA, kerana biasa ceritanya pasti akan memenangkan USA. Begitu jugalah halnya jika kita mengharapkan mereka yang menulis silibus pendidikan kita, pasti fakta yang ditulis akan diterbalikkan untuk menampakkan kehebatan mereka. Akhirnya sampai bila-bila kita sentisa merasa rendah diri dan pasif.
Kekuatan Vietnam adalah pada kobaran semangat warganya oleh pemimpinnya bagi mengutamakan pendidikan. Setiap unit keluarga akan mengkobarkan lagi semangat kepada semua anak-anak jagaan mereka. Apabila semangat mereka dipanggang, pasti anak-anak didik di sana menjadi lebih berkobar-kobar dan bersungguh-sungguh dalam pendidikan. Kami dapati itu juga yang dilakukan oleh keluarga tionghua di negara ini. Cerita lama dan gambar-gambar seperti peristiwa 13 May masih menjadi bahan kobaran semangat anak-anak mereka.
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MENGUTAMAKAN AKHLAK
Bina akhlak, yang lain semua akan kita miliki. Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak jahilliyah dahulu, dan setelah dibetulkan akhlaknya, maka seterusnya mereka ini secara automatik akan mampu untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. Di dalam akhlak ada disiplin, taqwim dan pelajaran yang menjadi resipi utama pendidikan anak-anak.
PROTOTAIP SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
Alhamdulillah, setelah lebih 8 tahun kami beroperasi di Rumah Pengasih Warga Prihatin, kami telahpun mencuba cara pendidikan Islam seperti apa yang diilhamkan oleh Nabi Daud yang melatih kebijaksanaan anak baginda, Nabi Sulaiman sehingga Nabi Sulaiman AS mampu untuk mengetuai peperangan seawal umur 12 tahun.
Kebijaksanaan sebegitu datang dari sistem pendidikan “Sibghatullah” yang lebih menekankan pembelajaran QALAM (Akademik) dan ALAM (Praktikal). Pengajian qalam lebih kepada pengajaran tradisional dalam bilik darjah oleh guru-guru bertauliah di sekolah kerajaan dan seterusnya anak-anak kami pulang dari sekolah mereka didedahkan kepada ALAM. Dengan pengalaman itu mereka mampu membina kreativiti, skill penyelesaian masalah, pemikiran kritis seterusnya mampu menangani sebarang masalah secara insitu.
VISI PEMBANGUNAN & PENYELIDIKAN LANJUTAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
Kami telah membuat pelbagai kajian tentang sistem pendidikan Islam dan membuat perbandingan dengan sistem-sistem pendidikan terbaik dunia yang lain seperti di Jepun, Singapura dan Finland. Kami masih optimis yang sistem pendidikan Islam adalah yang terbaik.
Pada zaman nabi dahulu, pendidikan Islam bukan hanya sekadar membaca dan menghafaz Al-Quran, sebaliknya nabi-nabi dan sahabat-sahabat dahulu lebih kepada sistem pendidikan secara QALAM & ALAM atau mudahnya kita gunakan terma SIBGHATULLAH. Berbanding pada zaman ini, asalkan namanya ISLAMIK sahaja tidak lain hanya pengajian pondok dan sekolah-sekolah tahfiz. Penampilan pakaian jubah dan serban sudah cukup untuk menjadi ukuran keIslaman.
Kami menggunakan sistem Islam pada roh-nya dan bukan pakaian atau namanya. Sistem pendidikan di Finland digambarkan sebagai yang terbaik. Ia lebih ISLAMIK dari sistem pendidikan kita sebagai Negara Islam. Namun begitu, penekanan terhadap akhlak adalah sangat minima pada mereka lalu mereka menghasilkan bijak pandai yang tidak bermoral.
HIDANGAN SOLUSI PENDIDIKAN ISLAM
Melihat kelemahan sistem pendidikan negara, ramai keyboard warior yang suka komen dan menyebarkan berita, meniup api kemarahan masyarakat hingga jadi panas membara. Tapi tidak ramai yang mampu memberikan idea untuk melaras kepincangan yang hangat diperdebatkan. Jika ada cadangan ia kekal sebagai cadangan atas kertas sahaja. Kita tidak lain hanya menambah cadangan yang tidak menjadi realiti kerana tiada pelaksananya kecuali sekadar berkata-kata atau on-paper sahaja.
Mari sama-sama kita rapatkan saf, mensucikan imej buruk pendidikan ummat Islam, sesuai dengan firman Allah di surah 61 As-Saf ini,
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.
Setelah 8 tahun beroperasi, kami lihat ada keperluan pembaikan yang besar untuk dilakukan ke atas Sistem Pendidikan Negara. Kami telah jalankannya walaupun dengan sarana yang terbatas dan perlu pembahagian sessi sekolah biasa dengan modul persekolahan di Prihatin.
Dengan keterbatasan ini juga telah membuahkan hasil. Kami yakin ia boleh ditambah baik sekiranya kami dibenarkan menjalankan sekolah kami sendiri. Kerana itulah tawaran KPM melalui pengumuman YAB TPM amat di alu alukan. Kami menyambut baik aspirasi untuk menghidupkan “Sistem Pendidikan Islam Sepanjang Hayat” yang membuka ruang untuk menggalakkan sekolah-sekolah agama rakyat, pondok dan maahad tahfiz mengembangkan modul pendidikan mereka sampai ke peringkat kolej.
Kami juga menyeru agar rakan-rakan yang terlibat dalam bidang ini menyambut baik peluang yang ada. Inilah masanya kita buktikan Allah itu besar sebesar-besarnya, tinggi setinggi-tingginya sehingga kita mampu menurunkan ego kita untuk menyahut seruan ini.
Kami sanggup dan redha meletakkan anak-anak kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin sendiri sebagai subjek kajian dan perlaksanaan (R&D). InsyaAllah dengan biaya sendiri, 26 Disember ini, 2 orang wakil kami yang bakal terlibat sepenuh masa dalam projek pembangunan sistem persekolahan yang bakal kami bangunkan akan ke Jepun pula. Selama 2 minggu mereka akan membuat kajian perbandingan khusus di beberapa buah sekolah dan universiti di sana.
INSYAALLAH dari semasa ke semasa kami akan kongsikan hasilnya kepada KPM atau mana-mana institusi pendidikan untuk dinilai dan diguna pakai oleh kementerian mana yang dirasakan baik. Jika apa yang telah termaktub dari Quran dan juga dari perjalanan sunnah rasul-rasul mampu kita laksanakan, pasti ia akan menjadi satu projek yang sangat menjadi.
“Jika kamu inginkan hasil satu musim, maka tanamlah biji-bijian,jika kamu inginkan hasil setiap tahun maka tanamlah pokok, jika kamu ingin hasil sepanjang zaman maka didiklah PENANAMNYA (manusia).” – Pepatah Cina
Pelan pendidikan
WARGA PRIHATIN