SIKAP ANAK 13 TAHUN DAN KEPEDIHAN HATI SEORANG IBU
SIKAP ANAK 13 TAHUN DAN KEPEDIHAN HATI SEORANG IBU
Mat Rempit berusia 13 tahun ini dimarahi ibu sendiri di hadapan sekumpulan anggota polis yang menahannya. Terlalu sedih dengan luahan sang ibu dengan nada penuh kesal. Anak ini tidak langsung mematuhi arahan ibunya malah sering mengherdik ibunya dengan kata-kata “pergi mamposlah ibu”.
Ini hanya satu dari puluhan ribu fenomena anak derhaka di usia muda. Masalah mereka bukan setakad merempit sahaja, tetapi bermata rantai dengan gejala dadah, zina dan jenayah lainnya. Dari kes-kes yang kami kendalikan, ia telah bermula seawal usia 8-9 tahun lagi. Kebanyakannya berlarutan tanpa ibubapa sedari sehingga anak itu ditahan pihak polis.
Kami sendiri menerima lebih 1000 permohonan bagi menempatkan anak-anak sebegini untuk dipulihkan. Ianya bukan sahaja berlaku pada anak laki-laki, malah juga anak perempuan. Lebih parah lagi apabile mereka telah ‘terlanjur’ dan ‘terlajak’ hingga melibatkan ketagihan. Malangnya tidak ramai yang dapat kami terima masuk kerana tempat kami penuh sesak. Kerana itu kami hanya mampu menerima anak yatim sahaja buat masa ini walaupun kami ingin sekali membantu.
Kepada ibubapa yang menghadapi masalah seperti ini, kami seru bersabarlah. Jangan berputus asa. Yang pernah memohon dan belum dapat kami terima juga kami harap dapat bersabar. Dengan kaedah yang tepat, dan sokongan dari ibubapa yang cukup kuat, yakinlah bahawa anak itu insyaallah boleh dipulihkan akhlaknya.
Mungkin ada yang tidak dapat kami bantu secara langsung. Oleh itu kami sedang menimbang permintaan ibubapa untuk mengadakan seminar dan workshop untuk kongsikan tips parenting yang berkaitan dengan kaedah menangainya. Akan kami umumkan bila semua rangka kerja dapat kami persiapkan.
Sesungguhnya kita bersimpati dengan ibu ini. Sama-sama kita ambil pelajaran dan mendoakan agar beliau tabah, agar hubungan mereka dapat dipulihkan dan anak ini segera kembali ke pangkal jalan.
WARGA PRIHATIN