Sains Sedekah 2 – Kaitan Sedekah Dengan Zakat Dan Infaq

00 SEDEKAH 2SAINS SEDEKAH 2 – KAITAN SEDEKAH DENGAN ZAKAT DAN INFAQ

TERLALU BANYAK KECELARUAN FATWA tentang ini. Ada yang mengatakan zakat itu adalah wajib, manakala INFAQ dan sedekah itu sunat. Zakat itu ada haul dan nisabnya, sedangkan INFAQ itu tidak. Zakat dikatakan tidak boleh diberi secara perseorangan kecuali kepada institusi yang ada mustahik tertentu yang cukup 8 asnaf sedangkan sedekah itu boleh dan berbagai-bagai lagi kecelaruan… dari dahulu hingga hari ini..!!!. Ada yang kata zakatkan dahulu, ada lebih zakat baru INFAQ dan berbagai-bagai telahan… Subhanallah, semuanya tonggang terbalik!!!

Kekaburan sirot (teori) ini telah menyusahkan sabil (praktikal) di kalangan ummat. Akhirnya usaha jihad ke arah sedekah zakat yang menjadi RUKUN ISLAM itu menjadi bercelaru. Mari kita tinggalkan dulu isi kitab dan pendapat ulamak yang saling bercanggah dan memeningkan itu. Mari dapatkan penjelasan langsung dari Allah melalui ketetapannya (al-kitab).

DALAM FALSAFAH SEDEKAH yang kami artikelkan semalam nampak jelas SEDEKAH adalah IBU SEGALA BAINAT (bukti) bahawa kita MEMBENARKAN (SIDDIQ) suruhan Allah dan rasul untuk membangun agama dan umatnya. Ia menjadi RUKUN (wajib) berupa satu pemberian atas dasar ingin MEMBENARKAN perintah sabil Allah. Sedekah boleh samada berbentuk dana atau sebarang kerja amal berupa perbuatan baik yang dipanggil amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Secara mudahnya semua bentuk pemberian yang dinamakan dengan nama-nama yang berlainan itu adalah menjadi CABANG-CABANG SEDEKAH. Itulah sebabnya kami petik Sedekah sebagai item pertama untuk kami jelaskan dahulu.

UNTUK MEMAHAMI ARTIKEL INI, ANDA HARUS BACA DULU SIRI 1 SAINS SEDEKAH.
http://prihatin.net.my/web2/2013/11/28/sains-sedekah-konflik-istilah-yang-menyusahkan-ibadah-ummah/

FALSAFAH ZAKAT

Zakat dalam sudut amalan SYARIAT adalah pecahan cabang ‘sedekah khusus’ yang BERBENTUK DANA (MALIAH). Sebenarnya dalam sudut istilah dan falsafah, setiap pemberian sedekah berbentuk dana adalah berfungsi sebagai zakat yang bermakna PENYUCIAN/MENYUCIKAN.

Dengan membayar zakat,

• Rezeki yang kita nafkahkan untuk keluarga kita sudah dibersihkan.
• Penyakit-penyakit hati seperti kikir, kedekut, tamak, riak dsb. boleh disucikan
• Rohani dilembutkan, jiwa jadi prihatin dan hati didekatkan kepada Allah.
• Akhlak disucikan – perbuatan keji seperti mencuri, menipu, rasuah dsb semakin dijauhkan.
• Akhlak murni ini bakal dilihat dan dicopy anak cucu untuk turut membentuk akhlak yang suci.
• Dana terkumpul menyucikan kemiskinan yang turut menurunkan kadar jenayah
• Dana terkumpul dapat membangun sarana dakwah dan sabilullah. Ini dapat membantu membangun ummah dan agama, mengharum dan menyucikan imej Islam dan nama Allah.

Mari kita lihat semula surah 9:103 yang menjelaskan kaitan sedekah (membenarkan) dengan zakat (penyucian) ini,

9:103. Ambillah daripada harta mereka itu SEDEKAH untuk membersihkan (toharoh) mereka, dan untuk menyucikan (ZAKAH) mereka dengannya, dan doakanlah (selawatkan) mereka; sesungguhnya salawat kamu adalah ketenangan bagi mereka; Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Ayat di atas menjelaskan bahawa sedekah HARTA itu adalah kaedah pembersihan dan penyucian hati kita, keluarga, bahkan terhadap harta itu sendiri. Walau bentuk apa pun harta itu, samada wang simpanan, emas perak, ternakan, hasil ladang dan sebagainya, pemberian itu akan dinilai dan dizakatkan dalam bentuk dana juga. Proses penyucian itulah dipanggil ZAKAT.

Bagaimana kami mengesahkan bahawa zakat wang dan harta itu adalah satu dari cabang sedekah? Bagaimana kami memansuhkan salah pendapat yang mengatakan zakat hanya boleh diberikan kepada 8 asnaf sedangkan sedekah boleh kepada siapa sahaja? lihat ayat berikut ini,

QS: 9/60: “SEDEKAH adalah untuk orang-orang FAKIR (1), dan orang-orang MISKIN(2), dan AMIL( orang yang mengurus/laksanakan zakat) (3), dan para MU’ALLAF di hatinya (4), dan untuk MEMERDEKAKAN budak(5), dan orang-orang yang BERHUTANG(6), dan untuk (biaya) SABIL Allah(7) dan untuk mereka yang sedang dalam JALAN SABIL yang diwajibkan Allah(8), dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Detail Surat At-Taubah  Ayat 60
إنما     sesungguhnya hanyalah
الصدقت     sedekah itu
للفقراء     1. UNTUK orang-orang fakir
والمسكين     2. DAN orang-orang miskin
والعملين     3. DAN ‘amil/pengurus
عليها     atasnya
والمؤلفة     4. DAN para muallaf
قلوبهم     dihati mereka
وفي     5. DAN pada
الرقاب     memerdekakan budak
والغرمين     6. DAN orang-orang yang berhutang
وفي     7. DAN untuk (biaya)
سبيل     jalan
الله     Allah
وابن     8. DAN golongan orang
السبيل     Yang dalam jalan sabil
فريضة     yang ditetapkan
من     dari /oleh
الله     Allah
والله     dan Allah
عليم     Maha Mengetahui
حكيم     Maha Bijaksana

Inilah yang menjelaskan bahawa zakat harta itu adalah satu dari cabang sedekah (gerakan membenar/siddiqkan Sabilullah). Ini jelas menolak khilaf tentang teori mustahik 8 asnaf.

Masalah yang timbul adalah kerana ramai penterjemah alquran sewenang-wenang mengubah kata SEDEKAH itu kepada ZAKAT. Ini berlaku hanya kerana mereka tidak dapat memahami KETERKAITAN ANTARA SEDEKAH DENGAN ZAKAT. Mereka hanya menggunapakai kefahaman dan amalan yang telah sekian lama khilaf dalam masyarakat untuk menterjemahkan ayat itu. IRONINYA al-quran pula yang terpaksa DIUBAHSUAI untuk mengikut amalan dan fahaman silap mereka. Terlalu banyak kes-kes kecelaruan yang menyebabkan ayat quran diubaisuai seperti ini, termasuklah kes mengubah doa iftitah (6:163).

ZAKAT PENDAPATAN – INFAQ

ZAKAT adalah SEDEKAH BERBENTUK HARTA (DANA). Ia adalah satu usaha untuk menyucikan harta, diri dan imej agama. INFAQ pula adalah salah satu dari CABANG ZAKAT (HARTA). Ia khusus untuk zakat pendapatan atau dalam bahasa modennya INFAQ adalah CUKAI PENDAPATAN.

Asal mula kata Infaq adalah dari kata ANFAQA yang artinya ‘mengeluarkan harta’ untuk kepentingan sesuatu. Secara istilah keagamaan, ketetapan INFAQ bererti mengeluarkan sebagian dari PENDAPATAN/REZEKI kita untuk kepentingan yang diperintahkan Islam. Ia terkait rapat dengan NAFKAH harian dan bulanan, bergantung kepada kekerapan kita menerima rezeki. Pembayar INFAQ dipanggil MUNFIQ.

INFAQ WAJIB DIBAYAR SEBAIK SAJA REZEKI ITU KITA PEROLEHI. Sebaiknya sebelum rezeki itu kita bawa pulang untuk nafkah diri dan anak isteri kita, samada setiap kali gaji di hujung BULAN atau hujung MINGGU atau HARI. Ini supaya rezki yang kita belanjakan untuk keluarga menjadi rezki yang telah dibersihkan kerana telah disucikan dengan INFAQ.

Perhatikan QS 2. Al Baqarah:
2. Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, 
3. mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan apa saja yang kami rezekikan, mereka infaqkan.

Pelajarannya – Allah perintahkan kita meyakini kitab (ketetapan) Allah dengan mengikat diri kepada takwimnya (itulah hakikat takwa), iaitu solat dan zakat. Apa jenis ZAKAT yang Allah maksudkan dengan ayat itu? Itulah dia ‘INFAQ’, iaitu agar kita infaqkan sebahgian dari apa sahaja yang Allah rezekikan kepada kita.

Firman Allah lagi: “Orang-orang yang menafkahkan (infaq), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”. (QS. 3:134)

Jika Allah katakan masuklah ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan) QS 2:208, maka bolehkah kita abaikan ayat ini? Adakah ia sunat atau wajib? Atau Allah zalim kerana orang susah pun wajib infaq? Nanti dulu… jangan cepat melatah selagi kita tidak faham dan menghalusi bagaimana ia dilaksanakan (akan kami jelaskan lain kali).

ITULAH DALIL yang menunjukkan siapakah yang wajib mengeluarkan INFAQ dan bagaimana kami memansuhkan pendapat yang mengatakan infaq itu sunat saja! Itu firman Allah. Kami mengambil prinsip bahawa setiap yang Allah firmankan itu adalah PERINTAH, dan itu adalah WAJIB. Jelaslah baik dalam keadaan susah maupun senang, kita wajib keluarkan infaq mengikut KADAR peratusan yang ditetapkan. Cuma jumlahnya sahaja yang berbeza, orang kaya memberi dengan jumlah yang banyak dan si miskin dengan jumlah yang kecil walaupun peratusnya sama.

NASAB DAN HAUL INFAQ

INFAQ adalah salah satu pecahan Zakat, dan ia adalah satu RUKUN dalam Islam. Melaksanakannya menjadi tiang agama akan mampu membantu pembangunan Islam.

Bila masa berlaku kewajibannya? Dalam memenuhi keperluan keluarga, nafkah diperlukan bilamana ada keperluannya. Dalam sudut INFAQ terhadap Allah (nafkah fi sabilillah) pula ialah sebaik sahaja rezeki kurniaan Allah itu diperolehi (QS2:3).

Zakat ini yang dikaitkan dengan hakikat “PUASA di dunia dan berbuka di akhirat”. Sebab itu ia disenaraikan selepas rukun PUASA. Hasil puasa itu yang kita zakat/infaqkan. Oleh itu, selain dari dalil naqli dari firman dan hadis yang telah menetapkan NASAB dan HAUL Infaq, FALSAFAH JUMLAH PUASA Ramadhan juga boleh digunapakai dalam perkiraan kadar zakat pendapatan (infaq) ini,

Dalam setahun kita PUASA 30 hari. Tambah 6 hari dalam syawal jadi 36 hari. Nisbahnya menjadi 10%, sepersepuluh. 36/360 hari setahun. Ia ibarat INCOMETAX dalam bahasa moden.

Selain itu kita lihat nisbah zakat pertanian yang nabi sarankan, juga 1/10. hasil pertanian ini adalah bentuk pendapatan bagi para petani dan alquran menunjukkan bahawa ia juga dalam katagori INFAQ (zakat pendapatan). NISBAH 10% inilah yang kebanyakkan orang Arab yang beriman masih mengekalkannya di sana.

KESIMPULAN

Sebelum menjadi terlalu panjang, kami sertakan 3 firman ini untuk mengingatkan bahawa ada peraturan yang wajib kita ikut dalam pengurusan rumah kita sepertimana yang diajarkan Allah. jika kita hanya berlegar di luar sahaja, tanpa BERAMAL DI DALAM PERATURAN RUMAH itu, maka ianya akan tertolak, ibarat riuh rendah beramal sahaja tapi tiada fadhilatnya. Ingat, orang kafir juga ikut infaq ! Cuma jalannya sahaja yang tidak ikut aturan rumah Allah.

QS8. Al Anfaal 36. Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan (INFAQ) harta mereka untuk menghalangi dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan,

Siapakah orang kafir itu?

QS8. Al Anfaal 35. Sembahyang mereka di SEKITAR Baitullah (peraturan rumah Allah) itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.

QS2. Al Baqarah 195. Dan belanjakanlah (INFAQ) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Orang miskin akan hidup dengan menghabiskan rezeki yang telah disucikan dengan infaq. Terkadang si miskin ini akan dibantu pula selaku asnaf kerana tidak cukup keperluan nafkah. 

Orang kaya pula tidak dapat menggunakan semua baki rezeki mereka walaupun telah diinfaqkan 10% dari pendapatannya. Kerana itu ia masih mampu menimbun harta. Dari situlah timbulnya keperluan zakat harta pula

PERKONGSIAN INI ADALAH HASIL DAPATAN KAJIAN (R&D) YANG MENDALAM DARI QURAN DAN SUNNAH YANG MENJURUS KEPADA MENCARI JALAN (SABIL) UNTUK KAMI PRAKTIK DI RPWP. APA YANG KAMI KONGSIKAN TELAH KAMI LAKSANAKAN DENGAN BAIK DAN LANCAR. IA TERBUKTI MAMPU BUKAN SAJA MERAHMATKAN DIRI SENDIRI MALAH TURUT MERAHMATKAN ALAM.

Jika anda rasa ia tidak sesuai jangan paksa diri untuk mengikutinya. Beramallah mengikut kefahaman yang mampu meyakinkan anda. Tidak perlu menfitnah dan mencarut untuk mengutuk golongan itu dan ini. LAA IQRAHA FIDDIEN.. QODTABAYYANA ARRUSHDU MINAL GHOI..

BERSAMBUNG… UTK ZAKAT HARTA, WAKAF DAN SEBAGAINYA (INSYAALLAH).

HASIL IQRA
Warga Prihatin