SAINS PUASA PART 5 –BAGAIMANA UNTUK KURANGKAN BOROI

Agak sensitif tajuk kali ini. Maaf bagi yang terasa ye. Bukan anda sahaja yang terasa, kami yang sedang membincangkan isu ini juga sebahagiannya sedang melihat perut sendiri untuk diuruskan dan dikuruskan pada bulan Ramadhan ini.

Ada juga yang takut tempahan baju raya dah penuh bulan puasa ini terpaksa tempah awal kemudian semasa nak raya, baju dan seluar raya dah lari 2 saiz. Bukan larinya makin longgar tapi dah sampai tahap ketat nak meretas. Itu macammana kisahnya tu? Puasa ke tak? Atau puasa tapi macam tak puasa bila berbuka puasa, kalau boleh satu pasar nak masuk dalam perut kita yang sejemput tu.

“Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup pada masa kurunku, … akan ada nanti satu kaum yang berkhianat dan tidak boleh dipercayai, dan mereka bersyahadah (menyaksikan kebenaran) tetapi tidak ingin mati syahid, dan mereka bernazar tetapi tidak memenuhinya, dan mereka nampak GEMUK-GEMUK (sebab lebih makan, kuat tidor atau malas bekerja)” – Sahih Bukari dan Muslim.

BOROI DARI PERSPEKTIF MEDIK

Boroi ini kata orang kampungnya lah. Kita jelaskan dalam bahasa mudah lah ye, bukan bahasa orang yang score A dalam biologi ataupun bahasa budak-budak medic. Asalnya kerana lebihan glukos (glikogen) yang tidak digunakan menjadi tenaga ditukarkan fungsi oleh hati menjadi Lipid (lemak) dan disimpan di bawah kulit. Dalam badan manusia perlu ada SIMPANAN LIPID (fat) sekitar 18-24% bagi seorang lelaki dan 25-31% bagi wanita dewasa normal. Bukannya tak boleh ada langsung cuma kalau kita nak ‘menyimpan’ lemak pun, tak payahlah banyak sangat. Sekadarnya sahaja.

Menurut Kevin Zahri, seorang coach kesihatan terkenal di Malaysia, Glycogen ini seperti wang tunai di dalam saku, sementara lipid seperti wang di dalam bank. Kerja dan tenaga harian kita akan menggunakan sepenuhnya glycogen dahulu dan bukannya lemak simpanan. Jika DAH HABIS wang dalam saku baru kita keluarkan wang dari bank dan masukkan semula dalam saku kita. Sama juga seperti lemak yang disimpan akan dikeluarkan menjadi glycogen dahulu (masuk dalam saku) baru digunakan jadi tenaga keperluan semasa.

Apabila kita terlalu banyak makan, atau terlalu banyak tidur, kurang membakar tenaga dari makanan yang dihadam lansung menjadi glikogen itu, maka bakinya banyak disimpan sebagai Lipid/ lemak.

FENOMENA LEBIH GULA, KENCING MANIS

BANYAK juga kes PENYAKIT di mana ada kegagalan fungsi PANCREAS di hati untuk menukar gula kepada lemak akibat paras gula/glikogen sentiasa tinggi dalam darah dan tidak di bakar sebagai tenaga fizikal. Tidak berlaku secara istiqomah proses gula ditukar kepada lemak, dan latih pula lemak ditukar kepada gula tatkala perut kosong (puasa) dan seketika darah kekurang gula. Ini di panggil KENCING MANIS. Penyakit dari tabiat makan ini menjadi lumrah di Malaysia. Akibatnya ialah luka membusuk, potong anggota (amputasi) dan MATI.

SECARA MUTASYABIHAT nya pula, Bagi yang kurang normal, terlalu suka menyimpan tunai dalam walet dan poket, tidak suka menyimpan dalam bank. Ini akan mengakibatkan kita jadi boros berbelanja sebab duit sentiasa ada di tangan. Keborosan itu banyak mengakibatkan kita commit dengan pelbagai unsur perbelanjaan yang memudaratkan. Terlalu banyak tunai di tangan juga menggalakkan jenayah. Itu adalah penyakit masyarakat.

Bilakah masa wang dalam saku nak habis JIKA saku tak pernah kering. Duit yang kita dapat hari-hari pun akan masuk saku dahulu baru masuk ke bank. Sama juga makanan yang kita makan akan jadi glycogen dahulu, diguna sekadar perlu dan selebihnya disimpan jadi lipid.

PUASA DAN DISIPLIN MENYIMPAN

Boroi selalu dikaitkan dengan “Orang Kaya”. Itu bukan kebetulan tapi itulah suratan kerana orang kayalah yang ada simpanan berlebih-lebihan. Fitrahnya ialah mereka makan, pakai, berkenderaan yang mereka perlu sahaja, biar semewah mana makanan dan sarana kehidupan mereka sekalipun, masih tetap ada limitnya. Selebihnya, 30 % (tinggi sedikit dari nisbah normal lemak dalam badan kita) lebihan dari rezki selepas diguna buat nafkah peribadi dan keluarga itu di simpan buat reserve masa depan. Bakinya, sepatutnya boleh jadi makanan orang lain. Agar kehidupan si KAYA ini jadi tenang, dihormati dan dibela dan dipertahankan oleh orang miskin dalam komuniti umum Islam itu sendiri.

jika kita selalu membebel nak hidup ikut al-Qur’an dan sunnah sebagai pedoman, Rasulullah sebagai ikutan, idola… perhatikan hadis ini.

“Balasan amal dari seorang miskin terhadap orang kaya ialah kesetiaan (keikhlasan) dan doa.” (HR. Abu Dawud)

“Rasulullah Saw memberi wang belanja kepada keluarga beliau dari peruntukan dana rampasan perang yang menjadi hak beliau untuk keperluan rumah tangga selama setahun. Apabila ternyata ada kelebihannya maka wang itu diminta kembali (dari keluarga beliau) dan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara (baitul maal). (HR. Ahmad)

Allah jadikan semua perut kita ni lebih kurang sahaja saiznya. Orang Arab makan seekor kambing sehari pun sama sahaja saiz perutnya dengan kita (mungkin ada besar sikit atau kecil sikit tetapi tak lah sampai melampau besarnya). Maka, sebaiknya antara kita ini nafsu makannya tak berbeza.Tapi mengapa ada yang gemuk dan ada yang kurus pula.

Puasa mengajarkan kita untuk jadi sihat. Makan sahur selepas tidur adalah satu establishment bacaan dan adjustment kadar metabolic badan kita. Maka, sahur itu sangat perlu. Menjelang petang, glycogen dah hampir habis dan kadangkala kita perasan tanggan mula menggigil sedikit. Itu adalah masa apabila hati mula menukarkan lemak dalam badan untuk menjadi glycogen yang boleh digunakan sebagai tenaga.

Masalahnya, apabila dah mula nak menggigil sahaja, NAFSU makan pun menjadi-jadi. Jika anda layan nafsu ini semasa memasak dan pergi ke pasar ramadhan, anda akan rosakkan program diet ISLAM ini dengan segala macam juadah yang anda bawa balik. Sebaiknya, berbuka hanya sekadarnya sahaja agar lebih banyak lemak boleh digunakan semula.

Ini macam duit dalam poket dah nak habis, dah mula menggigil kehabisan duit terus cari duit lagi untuk topup duit dalam poket. Tak sempatlah kita nak korek duit dalam bank kalau macam tu. Sikap TAMAK dan RAKUS kita menjadi-jadi. Duit dalam bank jangan di usik, kalau boleh nak tambah lagi.

Walhal sampai mati pun kita tak akan dapat pakai habis duit tu. Kita hanya perlu semasa hayat menumpang di dunia yang amat seketika ini. Jika lebih pun tak mungkin bawak masuk dalam kubur.

Sama juga dengan lemak, asal badan menggigil sahaja… satu lori juadah kita nak makan, kalau boleh dengan lori-lori dia nak telan, masa bila lemak yang kita rajin ‘simpan’ tu nak digunakan.

Nahhh.. Itulah puncanya BOROI.

Tak jauh lari dari konsep simpanan kekayaan yang kita ada. Apabila diaudit akaun Abu Bakar Assiddiq RA, Umar Al-Khattab RA, Ali Abi Talib KW, Usman Al-Affan RA dan Nabi Muhammad SAW sendiri pun, simpanan mereka tak banyak.

Tetapi mereka sangat kaya. Ingat tu, ‘MEREKA’ yang sangat kaya, tetapi individunya tak kaya. Maksudnya ialah, bagaimana dalam sistem Islam dahulu, mereka dan semua sahabat serta Ahlulbait melepaskan pegangan peribadi dan menyalurkan pegangan itu kepada satu central wealth (kekayaan berpusat = Islam).

Islam sangat kaya kerana mereka hanya menyimpan sekadar yang nak digunakan tetapi tidak sampai menjadi kaya peribadi. Islam jadi sangat kaya tetapi individunya semua KECUKUPAN. Sebenarnya, kecukupan itulah KAYA.

“Apa yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan.” (HR. Abu Dawud)
“Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta-benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa (hati)”. (HR. Abu Ya’la)

Kita manusia, sekaya manapun kita makan, paling kuat pun seekor kambing seorang sehari (Orang Arab lah ni) dan tidaklah sampai ada manusia yang menu’nya seekor lembu sehari. Betul tak? Maka itu adalah satu sistem perekonomian Islam yang sewajarnya. Jangan kita cuba ubah fitrah itu.

KERJALAH,

Berniagalah sekuat mungkin untuk Allah. Simpanlah sekadarnya untuk kegunaan peribadi dan mereka dalam tanggungan mengikut kadar standard penggunaan kita. Ada orang yang belanjanya besar kerana keluarganya besar dan citarasanya besar. Bab citarasa besar itulah NAFSU yang perlu dididik semasa puasa. Kalau bergaji RM1 juta sebulan tapi belanjanya RM1.2 juta, mereka ini lebih miskin dari pengemis tepi jalan yang berpendapatan RM200 sebulan tetapi belanja RM150.

Cara untuk jadi Berjaya, kaya dan badan yang sederhana (BMI Unggul) kedua-duanya terkait dalam disiplin puasa (Rujuk artikel kami bahagian 4 untuk Sains Puasa disiplin kejayaan). Didik nafsu untuk kurangkan citarasa Ferrari kita kepada citarasa Mercedes sahaja ataupun Toyota pun boleh. Maka lebihan itu mampu kita salurkan kepada simpanan kita sebahagiannya dan selebihnya untuk pembangunan Islam.

Kita perlu malu dengan PUASA ORANG CINA. Kebanyakan mereka berpuasakan 10% dalam pendapatan mereka untuk mereka “infaq” kan (mereka tak panggil lah infaq…mungkin mereka panggilnya ) kepada Persatuan-persatuan mereka. Mana ada persatuan Orang Cina yang kecil, semuanya besar-besar dan aktif. Persatuan mereka juga ada bangunan sendiri dan mampu beri biasiswa kepada anak-anak ahlinya sampai belajar ke luar negeri sekali tanpa guna PTPTN atau MARA.

Itu adalah konsep CENTRAL WEALTH atau orang British kononnya gunakan sebagai COMMONWEALTH (tapi tak common juga, mereka juga yang “wealth”…kita?). Itu puasa mereka orang Cina cuma mereka tidaklah panggil istilah itu puasa tetapi konsepnya SAMA. Yang baik semua adalah Islam yang buruk itu bukan Islam. Kalau kita bergaji sejuta masih bayar zakat fitra RM7.80 satu kepala, separuh darinya ‘AMIL’ dah ambil, berapa bakinya sampai ke Baitulmal? rasanya macammana nak jadi sebaik Persatuan Cina ini? Mereka yang bergaji sejuta bagi RM100k sebulan.Nelayan Cina yang berpendapatan RM1000 juga bagi RM100 sebulan.Tapi anak nelayan dan anak jutawan Cina boleh mampu pergi ke Havard University USA tanpa guna duit kerajaan. Nelayan Cina miskin kerana kena sewa bot dapat buat loan dari Persatuan untuk beli bot besar.

Mungkin KENYATAAN ini sangat perit untuk diterima.Tetapi jika Nabi katakan “Belajarlah Ilmu Walaupun Dengan Cina” bermakna Nabi sudah tahu ‘attitude’ Orang Cina itu sendiri yang patut kita ambil contoh kebaikannya (yang buruk kita janganlah ikut). Ada alimin yang mengatakan itu hadith daif tetapi tidak dapat membuktikan kedaifan hadith itu selain mereka kurang yakin menjelaskan mengapa nabi berkata begitu. Al-Quran itu satu ilmu terbaik yang jatuh pada bangsa Arab yang paling teruk perangai dan akhlaknya atas muka bumi sebelum ini dan dengan kehebatan Al-Quran itu mampu menukarkan bangsa paling teruk menjadi tamadun yang unggul….apatah lagi jika Al-Quran itu turun pada bangsa Melayu yang sangat berbudi bahasa, Cina yang kuat bekerja atau Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja.

Berbalik pada isu puasa merampingkan pinggang dan menimbulkan six-pack itu apabila kita makan mengikut keperluan, menyimpan sekadarnya dan menyalurkan yang selebihnya (yang tidak kita makan) untuk orang-orang lain pula makan (Central Wealth). Itulah juga yang menjadi sunnah nabi untuk makan SEDULANG. Makan ramai-ramai, yang tidak kita makan akan orang lain pula makan. Jika kita tidak mampu ikuti sunnah ‘ritual’nya (makan sedulang) pasti boleh ikut ‘actual’ sunnah itu.

Jika orang berkata “konsep RPWP LUAR BIASA, UNBELIEAVABLE, TAK PERCAYA ADA LAGI MANUSIA BEGINI ATAS MUKABUMI INI” dan macam macam lagi. Maka ketahuilah, Konsep PUASA, INFAQ, ZAKAT yang fitrah (wajar) hidayah Allah tauladan Rasul inilah yang kami laksanakan. Jika anda dapat rasakan yang hasil dari perlaksanaan yang baru setahun jagung ini adalah baik, SUBHANALLAH, kami kembalikan pujian itu kepada SISTEM yang Allah hidayahkan kami semua ini, bukan kerana kehebatan kami. ALHAMDULILLAH.

Konsep itu kami tak dapat buat di luar, tapi kami teliti dan lakukan ia di Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan skala 105 orang sahaja. Kalau nak dibesarkan pun boleh jika ada insan-insan yang optimis dengan sistem puasa ini. Kami di Prihatin ada yang menyerahkan 100% tanpa segan silu ataupun menyesal KERANA ‘Central Wealth’ yang kami tubuhkan mampu menghantar anak-anak kami ke Universiti dan juga mendanai modal-modal perniagaan yang hasilnya juga akan dimasukkan ke dalam Central Wealth kami. Kami bukan golongan orang kaya, bahkan sebahagian besar dari kami adalah dari golongan asnaf, OKU dan anak-anak Yatim. Maka tabungan ‘Central Wealth’ kami tidaklah besar tetapi cukuplah nak hantar anak-anak kami masuk universiti tempatan.

Firman Allah dalam Surah 2. Al Baqarah, ayat 273. “(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari MEMINTA-MINTA. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara MENDESAK. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.”

Oleh kerana itu jugalah kami tidak PERNAH MEMINTA-MINTA, tetapi sangat hargai semua pemberian dari semua insan yang prihatin walaupun sebuah bantal busuk, kayu tulang kaki meja, besi katil lama sekalipun. Setiap sen yang disumbangkan kami akad dan rekodkan. Sedikit yang kami kumpul kami kembang niagakan agar ia tidak dimakan zaman atau lapuk begitu saja.

”Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sodaqoh (zakat)”. (HR. Al-Baihaqi)

Biar tubuh kami hitam berkilat macam Bangla, asalkan anak-anak yatim dan asnaf jagaan kami gebu dan sihat rohani dan jasmaninya (itu kenyataan Perdana Menteri sewaktu bertemu kami).

“Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk”. (HR. Ibnu Majah)

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di surga seperti dua jari ini.” (HR. Bukhari).

Di cincang mati pun kami tidak akan pernah menafikan kebenaran Hadis ini kerana kami telah merasakan suasana dan ketenangan SYURGA itu waktu ini walaupun kami belum mati untuk melihat syurga yang satu lagi. Kami yakin apa yang kami rasai kini akan menjadi ‘tiket’ untuk masuk ke pintu syurga yang kekal abadi nanti, INSYAALLAH. Sodaqollah, Sodaqorasulullah.

Kami amat gementar dengan Firman Allah ini. Surah 107. Al Maa´uun

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang menghardik anak yatim,
3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna

Kesejahteraan Islam harus menyeluruh, bukan berlegar di kalangan sikaya saja, sibijak pandai saja. Agama lain berjaya memikat manusia melalui program kebajikan. Kami yakin melalui konsep perlaksanaan sistem Agama Islam secara ‘kaffah’ yang tidak didustakan, diabaikan, projek RPWP mampu menandingi mereka.

Insyaallah, Islamofobia akan terhakis, dunia akan mampu memuji Islam semula. Kami takut menjadi celaka, sebagai orang yang solat tapi tidak melaksana apa yang di’ikrar’kan kepada Allah dalam rukun solat. Ya allah, jauhkan kami dari sebarang rasa ria’, biarpun sebiji sawi, kerana itu akan menghapus SELURUH amal kami. Kami ingin menolong dengan barang paling berguna, iaitulah SISTEM ISLAM, yang akan menjadikan sikaya, si miskin, si bodoh, sicerdik, barang baru, barang lama, semuanya kembali BERGUNA.

Firman Allah, Surah 61. Ash Shaff
1. Bertasbih (memuji) Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Maha besar, Maha Bijaksana dan terpuji Allah dengan sistemnya. Malang kini Allah dan Agama yang diredoiNya dicaci keji. Ayuh sucikan kembali kedaulatan dan MARUAH ITU. Jangan biarkan Allah, satu-satunya tempat meminta pertolongan, kekasih yang kita rindui MEMBENCI KITA dengan sebesar-besar kebencian dengan tabiat “cakap tak serupa bikin” ini. Sama-sama kita atur saf, susun gerak BAITULMAL, membina BAITULLAH yang kukuh tersusun.

Okey, Dah Nampak dah macammana sains puasa itu mampu buat badan kita tidak boroi? Islam yang kini terkenal jumud, suka ikut-ikut, miskin (walaupun umatnya kaya) dan kedekut bakal menjadi AGAMA yang sangat kaya, pemurah, pengasih, penyayang dan disegani? Ada kisah di sebaliknya untuk kita fikir-fikirkan.

Adakah anda boroi?
Jika ya… mesti anda kaya.

Hasil iqra
WARGA PRIHATIN