SAINS DI SEBALIK PUASA – BAHAGIAN 3 (Mulut Busuk)
Fenomena mulut busuk orang yang berpuasa:
Dalam artikel bahagian ke-dua kami telah hidangkan kepada anda pengertian “Ramadhan” itu sendiri yang asal ceritanya dari perkataan “Ramadh” iaitu huru hara / kekacauan / tidak tenteram / tegang dan macam-macam lagi yang negatif.
Sabda Rasulullah s.a.w.; “Akan sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisan/resam nya saja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit (golongan atasan). Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. – H.R al-Baihaqi
Jangan tipu Allah jika kita tak mampu tipu diri kita sendiri untuk mengakui bahawa Islam pada hari ini hanya tinggal nama sahaja. Hidupnya juga berpecah belah walaupun sesama Islam. Syria itu juga Islam dengan Islam tetapi masih bergaduh dan berbunuh. Iraq-Kuwait, Iraq-Iran juga begitu.
Mesir, Saudi, Jordan, Oman, Turkey dan banyak lagi kuasa Islam di Timut Tengah SEMUANYA HEBAT DAN KUAT, tetapi mengapa tidak bersatu untuk menidakkan keganasan Israel?
Kiramana jika kesemua negara Islam bersatu dan berdiri menyerang kembali Zionis di Israel, kami rasa tidak padan dengan kereta kebal dan roket, kita ludah atau kentut ramai-ramaipun mereka akan terusir keluar. Itulah RAMADH sebenarnya. Hari ini kita juga tak mampu tipu diri sendiri bahawa SISTEM kekeluargaan dan masyarakat kita pun banyak kepincangan dan menwujudkan SUASANA RAMADHAN (panas, huru hara dll).
Situasi ini berlaku akibat dari kelunturan kefahaman yang mengakibatkan lusuhnuya sistem kehidupan yang asalnya telah SEMPURNA dan mantap.
Rasulullah s.a.w telah bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak pakaian (yang telah lama dipakai), sehingga insan sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan PUASA, dan apa yang dimaksudkan dengan SOLAT dan apa yang dimaksudkan dengan NUSUK (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan SEDEKAH. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. – H.R Ibnu Majah
Hadis di atas menjelaskan bahawa kefahaman al-Qur’an itu yang hilang. Yang tinggal pada kita hanya tulisan atau resam nya sahaja, sehingga kita gagal memahami sais ibadah dari kefahaman isikandung al-Qur’an dan sunnah itu sendiri. Ini amat sesuai dengan Firman Allah, surah 8. Al Anfaal
35. Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan (lafaz & af’al yang kosong tiada makna). Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.
36. Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan,
Nah, Jika Allah sendiri memerintahkan kita supaya jangan mengikuti sesuatu secara ikut-ikut, tanpa ilmu (rujuk Sains PUASA part 2, Surah 10 ayat 36, Surah 17 ayat 36), namun kita masih tidak pedulikan arahan itu, terus menerus dalam keadaan ikut-ikutan, pastinya KITA TELAH INGKAR (dalam bahasa Arab kafir) daripada arahan itu. Dan beginilah hasilnya.
KAITAN PUASA DENGAN MULUT BUSUK.
Ketika berpuasa akan terbau mulut orang yang berpuasa itu seperti busuk sekali. Orang yang berpuasa itu sendiri tidak begitu merasai bau busuk dari mulutnya ketika ia berpuasa. Yang dia tahu dia sedang iqrak dan memperkatakan hasil Iqra’ Nya, yang kadang kadang dihidu sebagai tidak ‘favourable’ oleh pihak-pihak tertentu.
Wajarnya, jika kita sedang tidak setuju, tidak suka menelan kebatilan perlakuan manusia, contohnya dalam keadaan yang RAMADH / huru hara melihat anak gadis kita dibawa keluar oleh teman lelakinya setiap malam dan balik pada hari esoknya pula, ketika itu takkan yang keluar dari mulut kita (bau mulut) nak yang wangi sahaja, silap-silap mungkin berpakej dengan pelempang Jawa sekali.
Bau Busuk dari mulut orang yang berpuasa itu keluar secara alami, semulajadi, tidak boleh di buat-buat. Rasanya cukup jelas untuk anda teruskan mentafakur fenomena ini secara mutasyabihat.
HARI INI RAMAI YANG BERMULUT WANGI, LEMAH LEMBUT DAN MANIS UNTUK MENGGADAIKAN AGAMA KERANA LABA DUNIA – MEREKA TIDAK MAMPU BERPUASA DARI GODAAN DUNIA INI.
Ungkapan “Solat untuk kita, puasa untuk Allah.” “Puasa jadi SIHAT, Hijrah jadi kaya” ada kebenaran dalam ritual dan aktualnya. Jasmani dan Rohaninya. Orang yang solat banyak mendapat hidayah dan petunjuk untuk pedoman kehidupan diri sendiri. Orang yang berpuasa pula sedang mempertahankan HAK ALLAH. Berpuasa untuk memperbanyakkan taubat, mengumpul sedekah dan zakat, mengurangi perbelanjaan (consumption) diri untuk saling membantu, membanyakkan iqra’, mengumpul furqon, dan sebagainya untuk membersihkan, memurnikan agama Allah. Berlatih menolak kepentingan diri, ibarat sang MALAIKAT yang tidak makan dan minum dalam melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka LEBIH MANIS daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (buas). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim pun akan menjadi bingung”. Daripada Abu Hurairah ra. H.R Termizi
HARI INI JUGA UMAT MENJADI BINGUNG DAN HILANG HORMAT DENGAN PERCANGGAHAN ULAMAK YANG FASIH TAPI FASIQ , YANG DATANG DARI PELBAGAI ASAL USUL.
Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada kefasihannya).” – Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. – H.R Ahmad
Ilmu dan kefahaman hasil iqra’ tidak bermula pada huruf (ayat halus), ia bermula dari ayat kasar (pemerhatian alam). Jadi ia tidak diukur dari kefasihan bahasa dan pertuturan lidah. Rasulullah s.a.w. hebat kerana proses Iqra’ itu, membaca ayat kasar (alam), bukan melalui tilawah (membaca ayat halus). Bahkan SELURUH kaum sedang jahil ketika Rasulullah menerima Iqra’. Peliknya, ramai pula yang menulis kitab dan mengaku pandai, begitu jugalah keadaan kita sekarang. Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian pemimpin Mekah ketika itu juga Allah gelar jahil dan Ummi (tidak pandai membaca/iqra’ dari huruf al-Kitab). Bukankah mereka itu dari golongan atasan. Bukan kah Rasulullah sendiri juga peniaga hebat? Datuknya penguasa Mekah. Bapa saudara baginda Penguasa Mekah? Tidak kenal alif, ba, ta?
Untuk membenarkan Hadis Nabi dan penjelasan itu, mari perhatikan firman Allah ini.
Surah 62. Al Jumu’ah 2. “Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (kebijaksanaan). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,
Surah 2. Al Baqarah
78. Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.
79. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan (dan idea) mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah”, untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.
KAMI TUTUP Iqrak’ tentang fenomena mulut busuk ini dengan firman Allah dalam Surah ke2 turutan turunnya (nuzul) al-Qur’an, selepas Surah Iqra’ (al-alaq) iaitu Surah ke 68. Al Qalam:
Ayat 8. Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
Ayat 9. Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).
KESIMPULANNYA,
Antibiotik, panadol Yang pahit di mulut, yang sakit semasa suntikan, yang busuk pada hembusan berita orang yang berpuasa itu boleh jadi UBAT.
Gula yang manis macam madu, kata-kata pendusta yang fasih tetapi FASIQ (penuh kepalsuan) selalunya jadi punca PENYAKIT.
Hasil IQRA’
WARGA PRIHATIN
Bersambung…