Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) – Peter Schier
Dalam bahagian pertama temu ramah kami bersama wakil Malaysia Konrad Adenauer Foundation (KAF), Peter Schier, kami menampilkan pembabitannya dalam usaha antara agama dan menggalakkan hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.
Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (1) – Peter Schier
Manakala wawancara bahagian kedua pula persoalan di atas diulas dengan lebih mendalam.
theSun: Penerbitan Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) merupakan kerjasama tidak rasmi antara Pejabat KAF Kuala Lumpur, Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) dan Global Ethic Foundation (Yayasan Etika Global) ?
Ya, secara gigih tetapi tidak rasmi, atau tidak rasmi tetapi kerjasama secara gigih (tertawa) dengan Malaysian Interfaith Network (MIN) yang diketuai oleh Datuk Dr. Anwar Fazal, dan kami telah meluaskan versi asal pameran ini yang dinamakan World Religions, Universal Peace and Global Ethic (Agama-Agama Dunia, Keamanan Sejagat dan Etika Global).
Kami telah menyertakan kesemua kepercayaan yang ada di Malaysia. Jadi, terdapat 9 kepercayaan kesemuanya, kerohanian penduduk asal, Hindu, Buddha, Yahudi, Islam, Sikh dan Kepercayaan Baha’i dalam untuk menggambarkan secara lebih baik tentang kepelbagaian agama di Malaysia. Dan kami telah menyunting teks, kami telah menukar sesetengah perenggan, sebilangan rakan kami dalam MIN fikir kami perlu ubah, kami lakukannya bersama-sama.
Kami menyunting satu bab yang bertajuk “What is the Global Ethic” (Apakah etika Global) dalam usaha untuk menerangkan secara jelas bahawa Etika Global bukanlah satu agama yang baru.
Ianya bukan satu ……agama baru?
Bukan satu agama baru. Tidak, Tidak, Tidak, Tidak. Kita sudah ada agama yang cukup. Kita tidak memerlukan yang baru. Etika Global hanya merupakan satu gabungan nilai moral dan standard etika yang dikongsi oleh semua sistem kepercayaan dan sistem agama.
Ianya sudah pasti bukan satu konsep sekular. Kerana ianya mengakui kepentingan peranan agama dalam mengatur norma-norma etika yang baik dan menganjurkan moral dan etika yang baik dalam masyarakat. Tetapi, keindahan konsep Etika Global adalah, ianya juga boleh diterima oleh agnostik (golongan ateis), oleh orang yang tidak memeluk mana-mana agama.
Kerana mereka ini, boleh berpegang kepada nilai asas Etika Global-yang bermaksud, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’– peraturan yang utama, anda akan dapati dalam setiap agama. Jangan membunuh. Hormati kehidupan. Jangan mencuri. Jangan menipu. Jangan melakukan seks luar nikah. Sangat mudah tetapi nilai yang sama amat penting dan dikongsi oleh semua budaya dan agama.
Kami juga menyunting satu bahagian yang kononnya dinamakan peraturan utama, kerana saya fikir, kami perlu (berhenti sejenak) memahami bahawa, peraturan utama ini, sebenarnya adalah ibu kepada etika. Setiap norma etika yang lain berasal dari peraturan utama ini, ‘layan individu lain seperti mana anda mahu dilayan’.
Saya fikir ianya sangat jelas bahawa ini adalah asas, prinsip. Dan apabila kita melihat kepada petikan daripada kesemua agama yang berbeza, ianya telah dinyatakan berulang kali, bahawa peraturan utama, sebagai contoh, Hindu menyatakan, peraturan utama adalah intisari moral. Agama Yahudi mengatakan bahawa ianya merupakan undang-undang asas. Dalam Kristian, ianya menyatakan bahawa ini adalah undang-undang Tuhan dan juga ajaran nabi.
Terdapat kritikan, sekali lagi dalam e-mel yang anda berikan kepada saya, bahawa KAF cuba untuk menggantikan agama dengan gabungan nilai moral atau menukar peranan agama menggunakan cara tertentu, melalui Projek Etika Global.
Mengarut. Benar-benar, mengarut.
Apabila anda baca bahagian Etika Global dalam buku kecil pameran kami, ianya telah dinyatakan dengan sangat jelas. Mereka yang menyebarkan dakwaan dan penipuan, mereka lebih tahu tetapi mereka cuba untuk memburuk-burukkan. Mereka ini juga tidak datang ke sini dan berbincang dengan saya dalam usaha untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Dan saya bersedia untuk berjumpa mereka semua. Saya juga bersedia untuk bercakap dengan pelampau. Saya tidak ada sebarang masalah dengan perkara itu, secara keseluruhannya.
Kami tidak bekerja menentang mana-mana agama. Sudah tentu tidak. Maksud saya, seperti yang anda maklum, Yayasan Konrad Adenauer rapat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik (di Jerman). Bagaimana kami boleh menyokong sesuatu yang menentang agama itu sendiri? Tidak.
Kami akui bahawa peranan agama yang positif telah mengambil peranan, dan masih lagi berperanan dalam menganjurkan nilai moral dan standard etika dunia dalam masyarakat.
Sebaliknya, kita tidak boleh menutup mata terhadap hakikat bahawa setiap agama telah disalahgunakan oleh pelampau, oleh ahli politik sehingga ke peringkat yang lebih buruk dan meluas. Maksud saya, di Eropah, semasa Zaman Pertengahan, berjuta-juta penduduk kehilangan nyawa disebabkan oleh pemimpin agama dan politik yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kekecohan dalam perang 30 tahun yang terkenal di antara 2 mazhab Kristian, Katolik dan Protestan. Untuk apa? Ianya hanya membawa kepada penderitaan.
Sebenarnya, anda tahu, ia merupakan satu pencabulan agama yang lengkap. Agama tidak menganjurkan keganasan. Tiada agama yang menganjurkan keganasan ! Tiada agama yang menganjurkan peperangan, seperti yang saya nyatakan tadi.
Jadi, projek Global Ethic adalah salah satu projek untuk melihat kepada golongan biasa di antara agama lebih daripada sentiasa berbicara tentang perbezaan?
Projek Global Ethic secara khususnya menumpukan perhatian terhadap golongan biasa tetapi, seperti yang anda lihat dalam buku pameran kami, kami juga memberikan maklumat tentang agama-agama lain. Jadi, anda juga mampu untuk mempelajari tentang perincian 9 agama yang berlainan yang telah kami gambarkan atau terangkan dalam pameran kami dan juga di dalam buku pameran kami.
Jadi, matlamatnya adalah dua. Pertama, untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai agama yang berlainan. Maklumat yang paling asas. Tiada perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru! Tiada propaganda ! Kami menentang sebarang perancangan untuk setiap agama menarik penganut baru.
Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa sebuah organisasi yang terdiri dari latar belakang agama Kristian, anda tahu, kami mungkin mempunyai agenda Kristian. Kami tidak menyokong perancangan untuk menarik penganut baru.
OK, maklumat mengenai agama yang berlainan, ya. Ini perlu dibenarkan. Tetapi, tidak dalam usaha menarik penganut baru yang agresif. Kerana usaha tadi merupakan sebab utama banyak berlakunya konflik dan juga perang pada masa lampau.
Saya fikir pemimpin agama pertama sekali perlu menumpukan perhatian, anda tahu, mereka perlu cuba untuk memperbaiki diri mereka. Dan, menghasilkan penganut Kristian yang baik, penganut Islam yang baik, penganut Hindu yang baik, penganut Buddha yang baik dan sebagainya.
Dan kemudiannya anda biarkan perkara tersebut kepada individu tersebut untuk menentukan agama apa yang mereka ingin pilih.
Agama ialah perkara peribadi. Agama perlu menjadi perkara peribadi.
Dan perlu dibuktikan pilihannya? Adakah ini yang anda maksudkan?
Sudah tentu. Kebebasan beragama sekali lagi adalah salah satu nilai sejagat yang asas yang termaktub dalam beberapa konvensyen antarabangsa.
Jadi, pendirian kami adalah jelas. Seperti penganut Buddha yang dibenarkan untuk menjadi seorang penganut Kristian, seorang penganut Kristian juga perlu diizinkan untuk menjadi penganut Islam atau Hindu. Tetapi, lazimnya, sekiranya bukan Islam dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka, jadi umat Islam juga perlu dibenarkan untuk menukar kepercayaan mereka. Ini berkaitan dengan keadilan!
Sekiranya anda memberikan satu kumpulan hak tersebut, jadi anda juga perlu memberikan hak tersebut kepada kumpulan lain. Sekiranya tidak, anda bertindak dengan tidak adil. Anda tidak mengamalkan keadilan. Inilah apa yang dimaksudkan dengan keadilan. Dan saya fikir keadilan adalah salah satu nilai umum yang utama yang juga dikongsi oleh semua agama.
Adakah anda terperanjat apabila kerja-kerja KAF diserang ketika Perhimpunan Agung UMNO? Apa yang anda fikir mengenai kritikan yang dibangkitkan terhadap tajaan anda kepada IFC dan projek Global Ethic oleh delegasi UMNO?
Saya terkejut dengan dakwaan daripada delegasi UMNO Pulau Pinang kerana apa yang mereka katakan tidak sama sekali benar. Dia tidak mengendahkan fakta tetapi terus mengkritik kami dengan perkara-perkara yang tidak kami lakukan.
Tambahan kepada perkara tersebut, sesungguhnya ianya merupakan sesuatu yang dikesali bahawa Encik Shahbudin Yahya tidak menghubungi pejabat kami atau saya sendiri dalam usaha mendapatkan penerangan atau penjelasan mengenai tugas-tugas kami di Malaysia sebelum dia membuat kenyataan dalam mesyuarat penting parti kerajaan memerintah. Benarkan saya sebutkan tiga perkara, tetang kesilapan Encik Shahbudin
Pertama, Professor Dr Hans merupakan seseorang yang boleh dianggap sebagai bapa kepada konsep Etika Global, tidak seperti yang didakwa oleh Encik Shahbudin, ‘seorang Yahudi Dari Jerman’ tetapi dia merupakan seorang ahli teologi Katolik Roman yang terkenal dari Switzerland yang diberi penghormatan tertinggi oleh pemimpin agama dari semua kepercayaan.
Pada Disember 2005, Professor Dr Hans merupakan penceramah yang memberikan ucapan dasar dalam bengkel antarabangsa “Pengajaran Nilai Umum dalam Pendidikan Rasmi” di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh KAF dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Dia juga telah menyertai satu dialog panjang dengan wakil dari semua agama di Malaysia mengenai konsep etika global dan isu-isu yang berkaitan.
Kedua, Projek Global Ethic Pulau Pinang dan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global adalah berdasarkan kepada “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global” yang diambil daripada Parlimen Agama Dunia. Dan dengan itu, lebih dari 5,000 wakil daripada agama yang berbeza telah bersetuju dengan satu gabungan nilai moral umum dan standard etika yang dikongsi oleh semua kepercayaan.
Deklarasi ini juga ditandatangani oleh wakil-wakil dari semua agama di dunia. Dari Malaysia, 2 orang tokoh Muslim yang terkenal menandatangani deklarasi : Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid adalah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Datuk Dr. Ismail Ibrahim, yang pada ketika ini merupakan Duta Malaysia ke Arab Saudi dan merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ketua Pengarah IKIM.
Ketiga, dalam “Deklarasi Ke Arah Satu Etika Global”, tandatangan yang diturunkan adalah sangat jelas : ‘Dengan etika global kami tidak maksudkan ideologi global, atau satu gabungan agama yang mengatasi semua agama yang wujud, dan tentunya bukan dominasi satu agama ke atas agama yang lain. Dengan etika global kami maksudkan satu persetujuan dalam nilai yang terikat, standard yang tidak boleh ditarik balik dan sikap peribadi. Tanpa sebarang persetujuan asas dalam etika, lambat laun setiap masyarakat akan diancam oleh kekacauan atau pemerintahan diktator, dan individu-individu akan berputus asa.
Dalam pandangan di atas, secara jelas bahawa dakwaan Encik Shahbudin terhadap konsep etika global adalah benar-benar tidak berasas.
Saya menjemput dan mengalukan Encik Shahbudin Yahya dan sesiapa yang berminat dalam kerja-kerja yang dilaksanakan oleh KAF untuk menetapkan satu sesi dialog bersama saya di mana kita boleh berbincang secara bebas berkaitan isu-isu projek kami di Malaysia. Dialog adalah cara terbaik untuk mengatasi kejahilan, salah faham, prasangka dan sikap tidak bertoleransi. Dialog adalah penting untuk mengelakkan konflik. Dialog adalah satu-satunya cara di mana kita boleh mencapai harmoni, dan keamanan di antara manusia yang mempunyai latar belakang etnik, budaya dan agama yang berlainan.
Perkauman, sikap pelampau agama dan salah guna kaum dan agama untuk kepentingan politik telah menjadi sebab kepada konflik ganas dan peperangan dalam sepanjang sejarah manusia. Sekiranya kita mahu mengelakkan senario yang mengerikan ini dalam pertembungan tamadun, budaya atau agama, kita perlu mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai satu sama lain dan saling memahami dan menghargai.
Pada bulan Mei, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menghentikan pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek Etika Global yang dilancarkan di sana. Boleh anda ceritakan kepada kami apa yang berlaku?
Ya, benarkan saya menceritakan mengenai Projek Etika Global Pulau Pinang yang telah dianjurkan dari 4 Februari hingga 10 Mac di Pulau Pinang bersama dengan rakan-rakan tempatan yang lain , seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysian Interfaith Network (Rangkaian Antara Agama Malaysia), Penang Heritage Trust (Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang), Muzium dan Galeri Seni Lukis Pulau Pinang dan Lestari Heritage Network (Rangkaian Warisan Lestari). Kami masih memiliki satu laman web yang amat menarik di mana anda boleh menyemak maklumat tersebut.(www.globalethicpenang.net).
Ianya merupakan sangat berkaitan, projek pendidikan agama yang sangat menyeluruh yang saya laksanakan setakat ini. Dan saya fikir Malaysia perlu berbangga dengannya tetapi (ketawa kecil dengan kuat) tidak semua pihak berbangga dengannya. Kerana projek ini mengandungi pameran yang memaparkan Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global dalam 3 bahasa di 3 tempat yang berlainan.
Projek Global Ethic ini juga memaparkan permulaan penggunaan terjemahan dalam Bahasa Malaysia dalam Pameran Agama-Agama Dunia-Keamanan Sejagat-Etika Global. Pameran ini telah dirasmikan oleh Gabenor (Yang Dipertuan Negeri) Pulau Pinang. Pada masa yang sama, beliau juga telah melancarkan versi Bahasa Melayu buku pameran tersebut.
Dan kemudiannya, tambahan kepada perkara tersebut, kami juga mengadakan pameran kaligrafi Arab dan Cina buat pertama kalinya dalam undang-undang utama. Pameran ini juga membawa kepada pertandingan kaligrafi Arab dan Cina berkenaan peraturan umum yang pertama di Malaysia di mana kami anjurkan bersama dengan Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur. Pameran tersebut juga dirasmikan oleh Menteri Pelajaran. Jadi, kami anjurkan pameran tersebut di Pulau Pinang juga.
Dan kemudian, Projek Global Ethic juga terdiri daripada Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Kami anjurkan bersama dengan rakan-rakan kami di Pulau Pinang dan ingin saya nyatakan di sini, khususnya Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang dan Rangkaian Warisan Lestari, dan terutamanya koordinator keseluruhan projek kami yang hebat, Puan Khoo Salma Nasution.
Kami mengadakan Program Berjalan untuk Agama Dunia Pulau Pinang. Anda sebenarnya hanya perlu melalui, di satu lorong, Jalan Masjid Kapitan Keling (mengeluarkan risalah untuk menunjukkan peta) di mana kami telah menamakannya untuk program tersebut sebagai “Lorong Harmoni”, yang juga boleh dipanggil sebagai “Lorong Keamanan Agama”. Dan lorong ini yang tidak terlalu panjang, anda boleh melawat tempat-tempat beribadat beberapa agama. Anda boleh melawat Gereja Kristian, Tokong Buddha, kuil Hindu…
Dan sebuah masjid?
Lazimnya, sebuah masjid! Bahkan dua masjid, Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jalan Acheh, dan anda juga boleh melihat 3 tokong Cina yang menampilkan gabungan sistem kepercayaan Confucian, Tao dan Buddha.
Oleh itu, dalam satu tempat yang sangat kecil, dalam masa beberapa minit sahaja berjalan, anda boleh melawat tempat-tempat untuk beribadat untuk pelbagai agama. Ini merupakan sesuatu yang unik ! Anda tidak akan menemui perkara seperti ini di tempat-tempat lain di dunia (dalam nada yang perlahan)
Ini sebab kenapa kami senang hati, anda tahu, untuk mendapatkan kerjasama daripada orang ramai dan beberapa organisasi untuk melaksanakan program ini. Kami menganjurkan lawatan, yang diadakan oleh Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang, bukan sahaja untuk pelancong tetapi untuk penduduk Pulau Pinang yang berminat. Dan,yang paling penting untuk murid-murid sekolah, ya, untuk pergi ke pelbagai tempat ibadat, melawat tempat-tempat ini, dan mengambil peluang untuk berinteraksi dengan penjaga atau imam atau paderi atau sami. Dan mengajukan soalan yang berkaitan dengan kepercayaan tempat ibadat tersebut kepada penjaga tempat ibadat tersebut. Jadi, para pelajar dan juga orang dewasa dapat menimba beberapa pengetahuan praktikal mengenai agama tersebut.
Jadi, apa yang telah berlaku? Selepas Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang menganjurkan lawatan kepada beberapa buah sekolah, dan terdapat sebuah sekolah agama, sekolah agama yang tertua di Pulau Pinang yang menyertai Program Berjalan untuk Agama Dunia, telah menghantar pelajar mereka untuk menyertai program ini. Sebenarnya, ini adalah sekolah yang pertama menyertai program ini!
Setelah beberapa kali lawatan ini diadakan, sesetengah golongan yang berfikiran sempit rupa-rupanya telah datang ke Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan memberikan maklumat berat sebelah, meyakinkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan sekolah-sekolah yang telah menyertai dan sekolah-sekolah lain untuk menghentikan penyertaan dalam program tersebut.
(Berhenti sejenak) Apabila Ketua Menteri mendapat tahu tentang perkara ini, saya fikir dia marah dan mengarahkan Pengarah Jabatan Agama untuk menarik balik pekeliling tetapi kerosakan yang telah dilakukan amat teruk kerana program menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah tidak akan dilaksanakan sekali lagi.
Walaupun, ingin saya nyatakan sekali lagi dengan jelas, sekiranya kami bersedia, kami akan membiayainya pada masa akan datang. Jadi, ianya bukan satu masalah, anda tahu, sekiranya tidak mempunyai dana, tetapi ianya menjadi satu masalah apabila orang ramai kelihatan dalam ketakutan sekarang dan oleh yang demikian tidak sanggup untuk mengadakan kembali program yang sangat bagus ini.
Bermaksud, sekolah-sekolah itu sendiri tidak mengambil peluang untuk terlibat dalam lawatan ini?
Yang pertama sekali, lazimnya sekolah juga mengambil inisiatif dengan meminta agar lawatan seperti ini dianjurkan . tetapi, sebaliknya ianya juga memerlukan pandangan daripada Pemegang Amanah Warisan Pulau Pinang untuk menawarkan lawatan seperti ini. Dan saya dengar mereka tidak menawarkan lawatan ini lagi.
Tetapi, saya telah memaklumkan kepada pengerusi bahawa kami sedia untuk membiayainya, Jadi, ianya bukan disebabkan masalah dana. Saya tidak tahu apa masalahnya.
Tetapi, secara jelasnya, arahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri telah ditarik balik?
Apa yang Ketua Menteri arahkan Pengarah Jabatan Pelajaran untuk lakukan. Tetapi saya tidak tahu sama ada ianya benar-benar telah ditarik balik. Saya tidak pasti.
Tetapi (berhenti sejenak) bagaimana ianya berjalan. Pekeliling telah dikeluarkan. Sekarang, setiap orang berasa bimbang. Pada saya, ianya seperti isu sensitif.
Ternyata pertengkaran ini menyatakan bahawa ianya merupakan sesuatu yang tidak Islamik untuk membenarkan umat Islam untuk mengunjungi tempat ibadat agama lain.
Saya fikir ianya merupakan satu contoh yang lain daripada, pemikiran yang sempit dari pihak (berhenti sejenak) sesetengah pemimpin Muslim yang mementingkan diri.
Anda boleh Memetik kata-kata saya. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Tetapi, masalah itu tidak berakhir di sini. Kerana, saya juga, kami juga mahu memiliki tempat yang tetap di mana kami boleh menganjurkan pameran. Idea ini juga untuk menganjurkan sesuatu seperti pelancongan agama, di mana orang ramai boleh mendapatkan pemahaman asas mengenai agama-agama yang berlainan dan nilai umum yang mereka kongsi, dan kemudiannya selepas itu, mereka akan menyertai lawatan!
Jadi, apa yang kami temui, apa yang kami kenal pasti sebagai sebuah tempat yang ideal adalah Pusat Warisan Pulau Pinang di 116 & 118 Lebuh Acheh..untuk menganjurkan pameran di sana, dipersembahkan kepada orang awam, pelancong, murid sekolah, dan dari situ, anda boleh mulakan, anda tahu, untuk mengadakan program berjalan untuk agama dunia.
Anda juga boleh melawat Muzium Islam Pulau Pinang yang amat berdekatan dengan Pusat Warisan Pulau Pinang.
Satu surat telah ditulis kepada mereka yang bertanggungjawab untuk Pusat Warisan Pulau Pinang dan rakan tempatan kami telah memohon kebenaran untuk mengadakannya (pameran) di sana, dan jawapannya adalah, ‘Tidak’, mereka tidak dapat mengizinkan pameran tersebut kerana ianya tidak Islamik.
Tetapi, mereka ini tidak menyatakan kenapa ianya tidak Islamik. Saya tidak faham apa yang berkaitan dengan tidak Islamik dan sebuah pameran yang telah diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang telah diadakan di banyak tempat , yang tiada sebarang rancangan untuk menarik penganut baru agama, yang tidak membuat sebarang propaganda untuk mana-mana agama, yang tidak menggalakkan sekularisme tetapi hanya nilai-nilai umum yang baik.
(Sebenarnya), tentangan terhadap pameran dan tentangan terhadap Program Berjalan untuk Agama Dunia di Pulau Pinang tidak menunjukkan pandangan (sentimen) majoriti umat Islam di Pulau Pinang.
Menurut wakil pendapat masyarakat awam yang telah kami biayai (bertajuk, ‘Kenyataan Muslim dalam Tinjauan Pendapat Masyarakat Awam di Semenanjung Malaysia’ yang diselaraskan oleh Dr. Patricia Martinez, 79% Muslim Malaysia berpandangan bahawa mereka perlu belajar mengenai agama-agama lain di Malaysia. Ini bermaksud bahawa mereka yang menentang projek Etika Global Pulau Pinang hanya mewakili minoriti sebanyak 20%.
Dalam masyarakat demokrasi, kemahuan majoriti perlu mengatasi segalanya.
Pada pandangan anda, apa lagi yang perlu dilakukan untuk membina hubungan dan persefahaman yang lebih baik di antara perbezaan kepercayaan dan budaya di Malaysia?
Kami telah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menyertakan pengajaran pengetahuan asas mengenai agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh pelbagai kepercayaan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah…..
Sekiranya kami mahu membina hubungan dan mencapai persefahaman yang lebih baik, saya fikir cara yang terbaik adalah dengan menggabungkan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan nilai umum, dalam kurikulum pelajaran kebangsaan.
Kami perlu menyasarkan anak-anak dan cucu-cucu kita dalam membina masa depan yang lebih baik. Masa depan yang lebih harmoni. Ini adalah sebab kenapa saya percaya bahawa pendidikan merupakan perkara fokus, dan merupakan perkara yang sangat penting. Dan saya berharap agar pada tahun terakhir saya berada di Malaysia – saya pasti akan meninggalkan Malaysia pertengahan tahun depan – kita mampu untuk melangkah ke hadapan dalam menyertakan perkara ini dalam kurikulum tetapi ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya setakat ini, saya tidak terlalu optimistik.
Tetapi benarkan saya menyatakan kepada anda tentang perkara ini – penggabungan pengetahuan asas agama-agama di dunia dan standard etika umum dan nilai moral yang dikongsi oleh kepercayaan yang berbeza dalam kurikulum pelajaran kebangsaan telah termasuk dalam “Larnaca Action Plan” (Rancangan Tindakan Larnaca) yang telah merupakan hasil daripada ASEM Interfaith Dialogue (Dialog Antara Agama ASEM) yang diadakan di Larnaca, Cyprus pada 3-5 Julai. Malaysia merupakan penganjur bersama-sama dengan Cyprus.
Dan keputusan lain yang sangat penting adalah untuk meneroka kemungkinan untuk mewujudkan kumpulan dialog antara agama kebangsaan. Ini adalah sangat penting dengan merujuk kepada projek suruhanjaya antara agama yang telah dimulakan di sini, di Malaysia.
Malaysia akan menjadi negara pertama, bukan, negara kedua selepas Filipina, saya fikir, untuk mempunyai suruhanjaya antara agama seperti itu tetapi dalam keadaan ketika ini yang boleh digambarkan sebagai penuh dengan rasa dendam, saya fikir kita memerlukan masa untuk mencapai perkara tersebut.
Berhubung dengan suruhanjaya antara agama, kami memperoleh keputusan yang sangat menarik dalam tinjauan pendapat masyarakat awam yang diadakan oleh Muslim Malaysia (di Semenanjung Malaysia) pada Disember 2005; 76% yang diajukan soalan menyatakan bahawa Islam perlu menyertai Interfaith Council (Suruhanjaya Antara Agama) sekiranya sesuatu (organisasi) seperti itu diwujudkan di Malaysia.
Ini adalah hasil daripada tinjauan pendapat yang menunjukkan majoriti Muslim Malaysia sebenarnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersederhana daripada mereka yang berpura-pura untuk bercakap mewakili mereka (Muslim Malaysia).
Agama sebenarnya tidak berkaitan dengan apa yang anda pakai, bagaimana anda menyimpan rambut dan janggut, apa yang anda makan dan minum. Tetapi yang paling utama dalam agama adalah memupuk dan menganjurkan nilai moral yang baik berdasarkan standard etika asas, di mana Tuhan telah wahyukan berulang kali kepada semua rasul-Nya di seluruh dunia.
Standard etika ini mempunyai maksud penting kerana ianya telah diwahyukan kepada semua rasul Tuhan. Ianya mempunyai ciri-ciri peringkat tertinggi yang mutlak.
Sekiranya pemimpin dan penganut agama menumpukan perhatian dalam memupuk dan menganjurkan standard etika asas tersebut, yang kami anjurkan menerusi pameran kami dan cara-cara lain, kita akan hidup dalam keadaan dunia yang harmoni pada hari ini.
Malangnya, disebabkan ego, kejahilan, tamak-tamak kepada kuasa, kepada wang, kepada nafsu dan disebabkan perasaan benci, satu bahagian yang penting dalam manusia telah tidak mampu untuk hidup berpandukan perintah etika Tuhan yang asas. Ini adalah sebab utama manusia menderita semenjak Adam dan Hawa. Ianya kedengaran sangat mudah tetapi ianya sangat mendalam.
sumber asal :
thesundaily.com
Jacqueline Ann Surin
Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) – Peter Schier